Jemaah Menteri sebulat suara menamatkan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, penamatan itu ekoran tindakan Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pembangkang baru-baru ini.
Justeru, Jemaah Menteri berpendapat Dr Mahathir tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada.
“Kabinet (Jemaah Menteri) hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
“Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara. Sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan. - (SUMBER FMT)
NOTA:
Berbanding Najib, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, PETRONAS kerapkali dijadikan 'mangsa' untuk bail-out termasuklah syarikat anak lelaki Mahathir pada penghujung tahun 1990-an.
3 comments:
Biar lah dia rest ada banyak masa dengan chuchu
Hahaha setelah tak brkuasa maka mcm2 tuduhan dan tindakan boleh diambil..semasa berkuasa apa pun boleh...insyaAllah itu juga yg akan najib lalui setelah hilang kuasa ...tk mustahil blog tfk juga yg akan mnjaja kebobrokkn yg najib tlh lakukn..hahaha masa blh mmberi mkn maka makanlh puas2 wahai para blogger yg mcm sygkn agama bangsa dan negara ttp yg jelas kasih dan syg kpd presiden dan siapa pm lbh terserlah...
Berapa elaun Tun Hilang
Post a Comment