Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 22, 2016

ELEH KAK WAN 'SEPAT KERING'... BAB GUAN ENG, KEMAIN LAIN AKAK BELA YER, TUNGGU SPRM LER APA BAGAI... BAB 1MDB, AKAK TAK TUNGGU PULA PAC!!!



Kalau kata bangang, nampak sangat biadap dan kurang ajar, terutama kepada orang tua yang digelarkan suaminya sebagai SEPAT KERING. Lagipun sebangang-bangang dia pun, dia berjaya juga menipu Tun Dr. Mahathir yang dianggap sebagai manusia paling bijaksana di Malaysia dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang hari tu.

Tetapi hujahnya untuk membela Lim Guan Eng dalam isu banglo RM2.8 juta yang disusuli dengan tanah tapak PPRT yang kemudian dirampas dan dijual kepada syarikat kroni, sangat melucukan, bahkan tidak sepatutnya dituturkan oleh seorang Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Sebagai manusia yang mengakui dan mendabik dada kononnya menentang kemungkaran rasuah dan penyelewengan serta salahguna kuasa, sikap double-standard yang ditunjukkan dalam isu yang membabitkan Guan Eng, mendedahkan Wan Azizah sebenarnya tdak mempunyai sebarang prinsip, sebaliknya hanya berpendapat, apa-apa sahaja yang berkaitan UMNO dan BN adalah RASUAH, manakala yang membabitkan rakan-rakan sekonconya adalah FITNAH.

Wan Azizah masih lagi mengulangi tentang 1MDB dan RM2.6 bilion yang dilabelkannya sebagai RASUAH dan SALAHGUNA KUASA. Walhal sebagai Ahli Parlimen, dengan pembentangan kertas siasatan membabitkan 1MDB serta RM2.6 di Parlimen nanti, tidak seharusnya dia mendahului PAC dan SPRM.

Dalam kes Lim Guan Eng amat jelas ada elemen rasuah dan salahguna yang berlaku, terutama kaitan antara bekas pemilik banglo yang sudi menjual banglo pada harga murah, jauh lebih murah dari nilai pasaran dengan tanah PPRT yang kemudian telah ditukarkan menjadi tapak pembinaan klinik pakar pergigian, hotel dan suite servis menerusi syarikat yang memperolehi tanah berkenaan.

Kenyataannya, "Dia (Lim) sedang disiasat oleh SPRM, saya rasa kita patut tunggu sebab moral berkait dengan 1MDB dan RM2.6 bilion lebih besar," (RUJUK SINI) adalah sesuatu yang melucukan kerana dalam isu 1MDB dan RM2.6, SPRM dan PAC tidak ditunggu pun, malah tiada sesiapa dari kalangan mereka yang menghormati 'peraturan' dan 'etika' seperti yang dimahukan oleh Wan Azizah untuk Lim Guan Eng.

Menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada Lim Guan Eng merupakan satu serangan berbentuk politik, sama ada Wan Azizah mabuk ketum atau barangkali terlebih minum air stokin, Lim Guan Eng sendiri adalah orang politik. Jadi, apa-apa yang berlaku atau dilakukanya adalah satu bentuk politik. Menyalahkan pihak lawan kerana menggunakan kelebihan tersebut, merupakan satu kebodohan nyata yang bukan sahaja wajar dihindari, bahkan tidak boleh langsung dipelajari.

Kalau nak tunggu siasatan SPRM, maka mengapa Wan Azizah dan kawan-kawannya dari blok pembangkang sudah tidak sabar-sabar untuk menunggu pembentangan laporan siasatan PAC mengenai 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang telah banyak diperkatakan, bahkan diperakui oleh pihak Arab Saudi bahawa ianya adalah derma daripada mereka untuk Najib. Malah pengakuan Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video berhubung komplot menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri juga, amat jelas ia adalah satu tradisi di kalangan parti-parti politik Malaysia.

PKR sendiri tidak pernah berani bercakap tentang derma politik yang mereka terima daripada pelbagai pertubuhan termasuklah NED,George Soros mahupun CIA sepertimana yang banyak didedahkan sebelum ini. Ketiadaan desakan bersungguh-sungguh daripada pihak UMNO-BN agar SPRM masuk campur menyiasat sumber kewangan PKR terutama sekali sepanjang tahun 2008-2013 yang memperlihatkan PKR berbelanja besar, lebih-lebih lagi di Sarawak, menyelamatkan PKR daripada menerima nasib seperti Lim Guan Eng.

Jadi, Wan Azizah seharusnya mengelak daripada mengaitkan segala-galanya dengan politik kerana dia sendiri bermain politik dalam semua isu!!!



3 comments:

Anonymous said...

Kak jijah nih. Pmpuan banggang ! Nk lepaskn laki, nk jadi pm, dia sanggup buat apa aja... Firaun pun dio sokong!!!

Anonymous said...

Dah tua2 pon bodohhhh

Anonymous said...

Jijah dah kempunankan btg laki dia. tapi laki dia dlm penjara xbleh balik rumah. sebab tu dia meroyan

 
Blogger Templates