Para penyokongnya beranggapan bahawa UMNO takut dengan Mukhriz dan untuk mengelakkan Najib tersungkur, Mukhriz perlu berhenti jadi orang UMNO bersama-sama Mahyuddin dan Shafie Apdal.
Mukhriz sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak setara dengan keintelektualannya yang diperkatakan selama ini... Deklarasi Anti Najib bersama-sama Lim Kit Siang, PKR dan NGO-NGO anti kerajaan hanyalah untuk mendesak Najib letak jawatan tetapi mengekalkan UMNO-BN sebagai kuasa kerajaan.
Sesuatu yang amat mustahil dilakukan memandangkan DAP dan PKR serta NGO-NGO anti kerajaan sememangnya bercita-cita menggulingkan UMNO-BN dan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk tujuan tersebut.
Sedar tentang kehangatan yang sedang melanda sekarang, Mukhriz mengungkit mengapa tindakannya bersama-sama Mahyuddin dan bapanya, Mahathir mendesak Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 boleh pula diterima.
Mukhriz terlupa bahawa pada waktu itu, ia hanyalah UMNO dan BN semata-mata. Dia tidak berada bersama-sama Lim Kit Siang, Azmin Ali, Hishamuddin Rais, Tian Chua dan sebagainya untuk berbuat perkara yang sama. Dia dan bapanya tidak buat sebarang deklarasi bersama-sama DAP-PKR-NGO seperti yang dilakukannya untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak.
Seharusnya dia sedar, apabila dia bersama-sama barisan pembangkang untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak yang mewakili UMNO-BN, sekaligus dia adalah sebahagian daripada pembangkang walaupun dia masih belum keluar dari UMNO!
3 comments:
Toyol nih bongok!!! Dh duk dgn kafir nk hancurkn bangsa sendiri dia dh sama dgn kaum2 tu. Keturunan jahil agama.. Ank bini pun x tutup aurat.. Balasan Allah.
Jho low mana................?
Kah kah kah...bhai adakh desakkn tun dan yg lain2 semasa dlm umno tlh diterima???smpi bila yg mereka harus tngu smpi najib akan letak jawatan...knp najib dgn hati terbuka menerima jawatan pm dari pak lah klu betul brpegang kpd demokratik...calon dari dap mana yg ptt ganti pak lah dan parti mana lk yg ganti umno/bn waktu tu..
hahaha semakin lu bnyk bg entry semakin bnyk info yg mmpu buat ahli brfikir...yg ni gua puji lu bhai sbb lu tlg bg populariti kpd gang deklarasi selamatkn malaysia...hmmm
Post a Comment