Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 25, 2016

SALUTE! TEAM 'THE MAGNIFICIENT 12' PDRM JAUH LEBIH MULIA BERBANDING TEAM MAHATHIR-KIT SIANG!!!



PENGHORMATAN UNTUK 'THE MAGNIFICIENT 12' , KUMPULAN PEGAWAI POLIS TERBAIK TUMPASKAN BOTAK CHIN!

Hari ini adalah Hari Ulang Tahun PDRM ke 209. Terlalu banyak kisah suka duka, semangat dan keperwiraan pasukan untuk diangkat. Namun aku mengambil keputusan untuk bercerita mengenai sebuah kumpulan pegawai dan anggota polis terbaik yang telah ditubuhkan khas oleh PDRM bagi memburu penjenayah 'legenda' - siapa lagi kalau bukan BOTAK CHIN.

Sedikit mengenai Botak Chin, rompakan terbesar yang pernah dilakukannya pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.


Botak Chin kemudian ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.

Keganasannya semakin menjadi-jadi apabila menembak Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, DSP S. Kulasingam untuk menghalang gerakan memburu ke atasnya.

Untuk itu, sebuah kumpulan khas yang digelar MAGNIFICIENT 12 telah ditubuhkan. Mereka adalah pegawai dan anggota detektif TERBAIK yang dipilih khas bagi memburu Botak Chin.

Pasukan itu dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam,Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan empat lagi yang aku tak dapat kesan nama mereka.


Dalam tempoh hanya dua minggu pasukan khas itu ditubuhkan, iaitu pada 16 Februari 1976, mereka berjaya mengesan Botak Chin dan konco-konconya bersembunyi di sebuah kilang papan Eng Leong Swmill di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada pukul 10 malam, team Tuan Gilbert menyerbu di bahagian depan manakala team Tuan Kenny menyerbu di bahagian belakang.

Lalu berlakulah kejadian berbalas tembak yang sangat bersejarah di mana akhirnya dua pengikut Botak Chin berjaya ditembak mati manakala dua lagi termasuk Botak Chin parah ditembusi peluru.

Kehebatan MAGNIFICIENT 12 akhirnya berjaya menumpaskan serta melumpuhkan terus kekejaman penjenayah Botak Chin yang telah sekian lama diburu.

Namun sayang sekali, yang diangkat adalah Botak Chin kononnya dia penjenayah ala Robin Hood kerana memberi wang kepada orang miskin sedangkan kita terus melupakan jasa-jasa ahli kumpulan MAGNIFICIENT 12 ini khususnya dan PDRM amnya.

 "Kita ditipu sekian lama kononnya Botak Chin itu bagi duit untuk orang miskin, hakikatnya duit itu diberi sebagai upah kepada orang ramai agar memberi maklumat padanya jika ternampak kehadiran polis, " - Tuan Kenny.


Beberapa tahun lepas aku sempat bertemu dengan Tuan Kenny dan Tuan Bahwandi di rumahnya di Cheras. Tuan Gilbert sudah pun meninggal dunia manakala yang lain entah di mana dan apa khabar mereka.

Jadi sempena Hari Ulang Tahun PDRM ke 209 hari ini, aku abadikan penghormatan aku khas buat mereka, satu team yang telah mencatatkan sejarah tersendiri sebagai wira, wira yang dilupakan (unsung heroes).

 The one and only - The Magnificient 12.

 SALUTE!

Dari FB Shahril A. Kadir


No comments:

 
Blogger Templates