Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 21, 2016

SELEPAS MEJAR ZAIDI DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI INFORMASI, RBA-RBA MELAYU MENGITAI MANA-MANA FAKTA BANGLO LIM GUAN ENG AGAR SKANDAL LAIN TIDAK BOBOS!!!



Kewujudan RBA adakalanya seperti boogeyman yang tidak dapat diperjelaskan oleh sesiapa walaupun ada juga maklumat lokasi dan pusat operasi mereka serta jumlah RBA sebenar yang sebelum ini lebih memberikan perhatian kepada laman-laman berbahasa Inggeris rojak dan Bahasa Cina bagi memanjangkan lidah fitnah DAP serta pendoktrinan ketuanan Lim Guan Eng.

Namun selepas Mejar Zaidi, bekas pegawai TUDM yang menjadi masyhur kerana dakwat kekal semasa PRU lepas dan menyertai PAS sebelum melompat menyertai PAN selepas mendapat tawaran makan gaji dengan Lim Guan Eng, memulakan tugas sebagai Pegawai Informasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, RBA-RBA Melayu kelihatan cukup aktif memasuki mana-mana laman yang mendapat sambutan seperti Wakeup Malaya untuk melakukan serangan dan pemesongan fakta.


Fakta tentang banglo Lim Guan Eng adalah jelas. Surat dari LHDN telah menjelaskan bahawa nilai sebenar rumah tersebut jauh lebih tinggi berbanding nilai yang dibayar oleh Lim Guan Eng untuk memilikinya. Manakala lawatan dan kesudian Lim Guan Eng membuka pintu untuk para wartawan melawat rumahnya selain cabaran Lim Guan Eng agar Shabudin Yahaya bersemuka dengannya, langsung tidak berkaitan dengan peraturan penjawat awam dalam urusan pembelian hartanah dan aset.

Perhatikan dan teliti cara jawapan mengelirukan dan memesongkan yang cuba dilakukan oleh RBA-RBA tersebut. Mereka tidak sahaja membela perbuatan Lim Guan Eng, memujinya sebagai bijak kerana telah membeli hartanah pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran, sebaliknya langsung tidak memetik atau mengaitkan kepentingan Phang Li Koon yang mendorong harga hartanah tersebut menjadi lebih murah.

Malah untuk memantapkan hujah mereka, mereka cuba mengalihkan kepada para pemimpin UMNO dan mereka-reka tentang pemilikan harta serta aset dengan cuba menanamkan sentimen bahawa pemilikan tersebut adalah tidak sah dan melalui jalan rasuah.



Mereka akan membuat posting-posting negatif dan subversif secara berturut-turut agar menggambarkan kebencian kepada Kerajaan dan UMNO itu adalah terlalu banyak. Sekaligus mempengaruhi pengkomen-pengkomen lain agar terpengaruh untuk membuat komen dengan ayat-ayat negatif sama seperti mereka kehendaki dan sasarkan.

Hujah-hujah tentang Lim Guan Eng oleh RBA-RBA tersebut, dilihat cuba menyembunyikan sesuatu yang lebih besar membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan skandal penjualan tanah di seluruh Pulau Pinang yang telah dijadikan sebagai mata pendapatan utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng itu.

Semakin melalut mereka membela Lim Guan Eng, terutama sekali ketakutan dan kekecutan mereka untuk mengaitkan Phang Li Poon, pemilik asal rumah yang dibeli murah oleh Lim Guan Eng menerusi tanah PPRT yang dirampas, dijarah dan dirompak untuk diserahkan kepada sebuah syarikat berkaitan, semakin jelas pula, memang ada skandal besar yang sedang disembunyikan daripada pecah dan bobos!!!


No comments:

 
Blogger Templates