Mereka juga wajib lulus dalam perkara yang melibatkan Perjanjian Malaysia membabitkan 20 Perkara untuk negeri Sabah dan 18 Perkara untuk negeri Sarawak.
Mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih dalam sesuatu pilihanraya, gagal dalam ujian tersebut, secara automatik mereka telah gagal untuk menjadi Ahli Parlimen dan seorang calon baru perlu mengambilalih dengan cara pilihanraya semula.
Kalau tidak, sampai bila pun, kita akan berhadapan dengan ketongongan Ahli-Ahli Parlimen yang bukan sahaja bodoh tolol tetapi juga cuba mendoktrinkan ketololan itu menerusi manipulasi yang menjadi-jadi.
Itulah yang berlaku kepada Teresa Kok petang semalam semasa sesi penggulungan di sidang Parlimen. Ketika jawapan tentang perpaduan rakyat Malaysia diberikan oleh Menteri terbabit, Teresa Kok mengambil kesempatan untuk mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak melarang dia dan beberapa orang pemimpin pembangkang daripada memasuki negeri Sarawak.
Katanya, tindakan Kerajaan Negeri Sarawak itu bertentangan dengan Perlembagaan dan menyebabkan perpaduan antara Negeri Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung akan longgar.
Joseph Kurup yang mewakili kementerian berkenaan segera membidas nyonya itu, larangan tersebut adalah untuk memastikan, kedamaian dan ketenteraman awam di Sarawak tidak akan tercemar. Walaupun dalam bahasa sopan, Joseph Kurup seperti memberitahu Teresa Kok bahawa nyonya itu dan rakan-rakan pembangkangnya yang dilarang memasuki Sarawak untuk berkempen bagi pilihanraya negeri atau kempen politik biasa, adalah pengacau dan penghasut besar.
Perkara 6 dalam Perjanjian Malaysia membabitkan Sarawak, memberi kuasa imigresen kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menghalang, menghalau atau pun melarang mana-mana individu daripada memasuki Sarawak. Ia adalah autonomi negeri Sarawak yang telah dipersetujui dan tidak boleh dicabul.
Walaupun dalam Perlembagaan Malaysia, Sarawak dan Sabah merupakan antara salah satu daripada 13 buah negeri dalam Malaysia, tetapi Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi serta kuasa-kuasa tersendiri yang tidak boleh dicampuri oleh Kerajaan Pusat yang tidak ada pada negeri-negeri di Semenanjung yang sebelum itu membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Sebagai Ahli Parlimen, sepatutnya Teresa Kok hadam tentang hal tersebut dan tidak cuba mempengaruhi orang ramai sambil menyebarkan persepsi kononnya Kerajaan Negeri Sarawak sangat kejam kerana tidak membenarkan dia masuk berkempen dan kezaliman itu pula dipersetujui dan disokong oleh Kerajaan Pusat. Walhal isu sebenarnya adalah Perlembagaan yang tidak boleh dilanggar dan dicabuli.
Sememangnya hendak menjadi Ahli Parlimen DAP, seseorang itu perlu membuang rasa tanggungjawabnya untuk memelihara dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan?
Bayangkanlah DAP menjadi Kerajaan Pusat dan Ahli-Ahli Parlimen serta ahli-ahli akar umbinya macam pengganas komunis yang mengganas di merata-rata tempat, hidup tanpa undang-undang dan undang-undang hanyalah untuk orang lain, bukan untuk mereka.
Itulah nasib Sarawak kalau DAP dibenarkan menang!!!
2 comments:
Baca perjanjian malaysia 63.
Persekutuan malaysia di tubuhkan oleh 4 negara. 4 bukan 13!
Persekutuan malaya, singapura, sabah sarawak!
20 dan 18 perkara juga bukan perjanjian malaysia! Itu hanya contract sosial antara parti politik!
Termasuk perlembagaan malaysia yg banyak mencabul perjanjian malaysia 63!!! Itu hakikat.
Ko pun kene faham beza perlembagaa, kontrak sosial dn perjanjian.. Serta bagaimana 3 perkara ini berlaku.. Jgn pandai sebut je..
Post a Comment