Kegagalan DAP memastikan, PKR mengikut telunjuk mereka dan tidak menyaingi DAP di kerusi yang sama, nampaknya melebarkan lagi masalah yang melanda antara DAP dan PKR.
Sekalipun Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak menyatakan, pintu rundingan masih lagi terbuka menjelang hari pengundian pada 7 April antara PKR dengan DAP, nampaknya DAP lebih berminat untuk menghentam dan mengutuk PKR kerana gagal mengikut telunjuk mereka.
Lim Guan Eng sendiri mengecop PKR sebagai penipu, walaupun hakikatnya, yang menipu adalah DAP!
DAP memilih-milih kerusi DUN yang dilihat mampu mereka menangi, manakala kerusi yang agak sukar, diserahkan kepada PKR untuk ditandingi. PKR yang telah memasang cita-cita tinggi semenjak dari PRN-10 dahulu, beranggapan mereka mempunyai peluang yang lebih besar berbanding DAP di kawasan-kawasan luar bandar. Apatah lagi DAP lebih dikenali sebagai Parti Cina di Sarawak, bahkan di seluruh Malaysia berbanding PKR yang mengandungi calon daripada pelbagai kaum dan agama.
Namun itu hanyalah di atas kertas. Menjelang hari penamaan calon di PRN Sarawak, PKR dan DAP mula bertelagah kerana beberapa kerusi menjadi rebutan dan setiap daripada kedua-dua parti tersebut telah meletakkan calon masing-masing. Sekurang-kurangnya enam kerusi DUN di Sarawak menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara DAP dan PKR.
Mungkin tepat kalau dikatakan, ini membuktikan JANJI DICAPATI!
Sama ada PKR dan DAP kedua-duanya sudah mati akal atau bermain kayu tiga, yang pastinya, Pakatan Harapan langsung tidak boleh dipercayai dan diberikan harapan.
Mereka hanyalah terdiri daripada gerombolan tamak kuasa yang langsung tidak bernilai walau satu sen pun. Mereka sanggup menipu dan memperdayakan walaupun sesama sendiri.
Perjanjian yang mereka sendiri tandatangani pun mereka gagal patuhi!
Memang patutlah Lim Guan Eng mengamuk kerana masalahnya semakin bertambah-tambah dan jalan untuknya terlepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semakin terbentang luas.
No comments:
Post a Comment