Pentaksub Mahathir yang selama ini sangat bergantung kepada segala macam teori dan langsung tidak memerlukan dalil dan bukti, kembali mengaktifkan pembohongan dan fitnah mereka demi kelangsungan nama Tun Dr. Mahathir.
Dalam hampir kesemua isu yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan pentaksub-pentaksubnya, ternyata jelas, mereka adalah penipu dan pembuat fitnah. Dan apabila Mahathir bersama-sama dengan Lim Kit Siang serta Mat Sabu dalam usaha untuk menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan UMNO sebagai parti politik tulang belakang Barisan Nasional yang menjadi kerajaan negara ini, pembohongan serta fitnah itu semakin jelas.
Penjelasan yang dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi dengan pinjaman RM2.6 bilion sudah menjadi liang lahad buat Mahathir dan pentaksubnya sehingga mereka terpaksa mencipta cerita lain yang lebih sensasi tetapi kurang mendapat perhatian.
Pilihanraya Negeri Sarawak dilihat sebagai peluang terbaik untuk memburuk-burukkan Najib sekaligus menjatuhkan Najib dan kerajaan yang ada pada hari ini.
Namun indikasi yang ada, tidak menunjukkan ke arah itu, sebaliknya Najib yang berulang-alik ke Sarawak dari Semenanjung lebih dari 50 kali, dilihat menjadi pemangkin dan ditambah pula dengan faktor Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak, sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional jauh lebih utuh berbanding sebelumnya.
Ditambah pula pertentangan antara DAP dan PKR yang masih tidak dapat menyelesaikan peruntukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti serta beberapa perkembangan terkini membabitkan parti-parti kecil tempatan Sarawak yang bukan sahaja mengalihkan sokongan daripada menjadi hamba abdi DAP kepada mesra BN, Najib dan Adenan Satem kukuh di Sarawak.
Barangkali kerana itulah, pentaksub Mahathir terpaksa memomok-momokkan tentang UMNO yang sedang menyusup masuk dan berakar umbi di Sarawak. UMNO merupakan entiti yang paling dibenci oleh DAP dan UMNO juga sudah bertahun-tahun dimomokkan sebagai punca petaka negara, sekalipun kewujudan DAP sendiri adalah kerana toleransi Kerajaan UMNO.
Pentaksud Mahathir menyatakan, UMNO sedang memasuki negeri itu menerusi beberapa orang pemimpin PBB yang merupakan parti tulang belakang BN di Sarawak. Sabotaj tersebut sengaja dibuat agar rakyat Sarawak menjadi marah dan kemudian bertindak menentang Barisan Nasional.
Walaupun sudah berkali-kali diberitahu bahawa UMNO tidak akan masuk ke Sarawak sebagaimana Mahathir menjanakan UMNO di Sabah bagi menggantikan USNO dan kemudian bertindak menikam belakang Allahyarham Tun Datu Mustapha, pengasas USNO, tokoh yang menyertakan Sabah ke dalam Malaysia dan bekas Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh apabila USNO dilihat terlalu kuat di Sabah dan bekerjasama dengan PBS yang dipimpin oleh Pairin Kitingan, namun pentaksub Mahathir tetap memomok-momokkan kebimbangan tersebut. Kebimbangan Mahathir bahawa dia akan kehilangan kuasa, telah menyebabkan Sabah kehilangan USNO buat selama-lamanya, cuba direalisasikan di Sarawak menerusi tindakan sabotaj yang cuba dilakukan oleh pentaksub.
Sepanjang sejarah pemerintahan BN di Sarawak, PBB telah memainkan peranannya yang utama dan berkesan. UMNO tidak diperlukan lagi di Sarawak berbanding Barisan Nasional. Apatah lagi hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di bawah Adenan Satem dan Najib Abdul Razak sangat baik, tidak memungkinkan UMNO dibawa masuk ke negeri tersebut.
Menjelang tarikh akhir pembuangan undi, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak usaha sabotaj yang dilakukan oleh pentaksub-pentaksub Mahathir. Amat mudah untuk memahiri taktik mereka... jialau Mahathir tidak dapat menguasai dan mengawal UMNO-BN, tiada sesiapa pun boleh dan UMNO-BN perlu kalah dalam setiap pilihanraya.
Amat jelas, sekiranya orang-orang Mahathir cuba mensabotaj BN dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, tidak mustahil mereka akan turut mensabotaj Barisan Nasional pada PRU-14. Ini adalah kerana mereka terdiri daripada golongan manusia tamak yang tidak puas-puas dengan apa yang telah diperolehi pada zaman Mahathir dan mereka mengharapkan Najib akan turut memberikan dedak kepada mereka sebagaimana mereka dapat pada zaman Mahathir.
Ini kes proposal tak dilayan dan permintaan untuk menguasai sektor tertentu ditolak, membuatkan mereka meradang dan bertukar sifat menjadi 'pejuang rakyat' walaupun sebenarnya kerana sakit hati tidak dapat membolot lagi!!!
Cubaan sabotaj ini boleh dirujuk DI SINI sebelum dipadamkan oleh pemiliknya kerana si pemilik memang akan memadam semua entri selepas dibiarkan sehari dua kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang. Itu sudah menjadi amalannya semenjak dahulu lagi.
3 comments:
Hahahahahaha.. X yah sabotaj pun.. Umno bn akan kalah pada pru 14.. Cuba la guna otak kawan.. Hahaha
Aku x ada dengar plak citer pasal ni?
Ke kau yg buat citer guna nama tun mahathir?
Bagi bukti bagi mengiakan apa yg kau cakap.
WE DON'T WANT MAMAK KERALA AND CRONIES TO CONTROL SARAWAK ANYMORE! 22 YEARS OF NEGLECT IS ENOUGH!
THANK YOU PM NAJIB FOR HELPING SARAWAK!
Post a Comment