Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 1, 2016

PRN-11 SARAWAK... KITA BAKAL TENGOK, DAP BALAS DENDAM DENGAN MENCABAR UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA SEPERTI PRN-10!!!



Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April 2016. Sekaligus membuka satu lagi 'peperangan' merebut negeri Sarawak dalam Pilihanraya Negeri ke-11 antara parti-parti politik melibatkan Barisan Nasional, Pakatan Harapan (DAP-PKR-PAN), PAS dan beberapa parti tempatan Sarawak untuk merebut 82 kerusi DUN.

DAP Sarawak dipimpin oleh Chong Chien Jen manakala 'pembantunya' dari Semenanjung adalah Tony Pua. Bagaimanapun, Tony Pua dan Teresa Kok berhadapan dengan masalah imigresen Sarawak apabila mereka tidak dibenarkan memasuki dan menjejakkan kaki ke tanah Sarawak lagi bagi mengelakkan kekacauan di kalangan masyarakat tempatan. 

Lim Kit Siang melihat Sarawak sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang yang mempunyai potensi untuk dikuasai oleh DAP memandangkan komposisi pengundi-pengundi Cina di Sarawak selain penganut Kristian yang dilihat lebih mesra DAP berbanding BN.

Pada PRN-10 lalu, DAP melancarkan kempen-kempen panas dan penuh kontroversi termasuklah menggunakan isu Bible berbahasa Melayu yang tidak sepatutnya timbul, memandangkan Kerajaan Persekutuan mengecualikan Sarawak dan Sabah dalam hal membabitkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam hal tersebut. 

Itu adalah perjanjian dan persetujuan ketika Malaysia hendak ditubuhkan. 


Bagaimanapun, DAP yang terdesak dan melihat ruang yang lebih besar untuk memanipulasinya, telah menggunakan isu tersebut dengan sebebas-bebasnya seolah-olah Kerajaan Persekutuan anti-Kristian. Malah dalam satu kempen di kawasan bandar Kuching, beredar juga makalah-makalah anti-Jesus dan anti-Christ yang kemudian para pengundi diminta mengundi DAP untuk memastikan ancaman ke atas agama Kristian dan penganut agama Kristian di negeri tersebut.

Lim Guan Eng dikatakan arkitek utamanya, sehingga kemudian selepas PRN-10, berlaku 'baiah' di Hotel Red Rock, Pulau Pinang yang menggemparkan negara ekoran aku janji tentang Negara Kristian dan Perdana Menteri beragama Kristian, yang kemudian dinafikan oleh DAP dengan sekeras-kerasnya.

Kini Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah yang lebih besar membabitkan perundangan. Seluruh perhatian DAP kini ditumpukan untuk membela Lim Guan Eng dan banglo serta hartanahnya yang dibeli dengan diskaun besar.

Projek IMPIAN SARAWAK yang dibuat oleh DAP Sarawak dan Pusat juga nampaknya tidak berkesudahan dengan baik kerana helahnya telah pun bocor. Projek IMPIAN SARAWAK hanyalah projek mengambil dan meletak nama, manakala kesudahannya disiapkan oleh Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Pusat. 


PRN-11 bakal menyaksikan kempen-kempen panas DAP membabitkan perkauman dan keagamaan walaupun tidak menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka dari Semenanjung. DAP Sarawak cukup terkenal dengan kempen-kempen yang langsung tidak mengikut undang-undang termasuklah menggunakan kanak-kanak sebagai tentera-tentera kempen  mereka sepertimana yang tertera dalam gambar di atas.

Pun begitu, populariti dan penerimaan ke atas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem, dilihat cabaran utama kepada DAP yang sedang bercita-cita untuk bertanding di 40 atau 50 kerusi DUN dalam PRN kali ini.

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Kit Siang meroyan sakan apabila anak lelakinya berhadapan dengan kemelut banglo RM2.8 juta di Pulau Pinang sehingga menuduh anak lelakinya itu sengaja dilibatkan dengan kemelut tersebut bagi mengelakkan Lim Guan Eng menjanakan kempen serangan di Sarawak. (RUJUK SINI

Dan pada masa yang sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula bakal berhadapan dengan ketidakabsahannya untuk bertanding dalam PRN kali ini kerana telah mempunyai rekod jenayah.


No comments:

 
Blogger Templates