Sedang kecoh sekarang ini dengan persepsi bahawa Malaysia akan bankrap, Najib akan dipenjarakan, Kementerian Kewangan akan dimufliskan dan syarikat pelaburan milik penuh Kerajaan, 1MDB bukan sahaja akan mendapat malu, bahkan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sangat dahsyat daripada Amerika Syarikat yang secara tiba-tiba dilabelkan dan dipandang sebagai sebuah negara penjunjung undang-undang terhebat dan paling adil di dunia.
Sama seperti proses timbang tara atau arbitration yang akan dibuat di London tetapi di Malaysia, kaum penjilat jubur si tua mengatakan ia adalah saman sivil, kes melibatkan kleptocracy enforcement membabitkan tiga (atau empat orang individu) yang dikatakan telah menyonglap wang 1MDB (yang dinafikan kehilangan oleh 1MDB) untuk melakukan penggubahan wang haram di Amerika Syarikat menerusi pelaburan dan pemilikan asest, pula dikatakan sebagai tindakan undang-undang berdasarkan jenayah ke atas Najib secara peribadi dan 1MDB.
1MDB telah mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang pelaburan mahupun memiliki sebarang aset di Amerika Syarikat. Sekaligus membawa makna bahawa penyitaan yang bakal dilakukan oleh Amerika Syarikat menerusi Jabatan Kehakimannya, sekiranya berjaya, akan membuatkan harta-harta tersebut yang diperolehi daripada pencurian wang 1MDB akan dipulangkan semula kepada 1MDB.
Bagaimana dengan prosedur rampasan harta tersebut? Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset itu. Kedua, selepas pemilik aset itu ditentukan, mahkamah perlu pula emutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset itu benar-benar berpunca dari sumber yang haram menurut undang-undang Amerika Syarikat. Selepas semua itu dibuktikan, barulah kerajaan Amerika Syarikat boleh merampas aset itu.
Terdapat empat orang yang dinamakan dalam saman oleh DOJ tersebut. Mereka adalah Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy Al-Husseiny dan seorang lagi yang tidak dinamakan sebaliknya digelarkan sebagai 'Malaysian Official No.1'.
Dan disebabkan prinsip 'SEMUANYA SALAH NAJIB' maka 'Malaysian Official No.1' telah dinamakan oleh bijak pandai media sosial di Malaysia sebagai Najib Abdul Razak tanpa perlu dibebani sebarang pengemukaan bukti seperti yang dituntut bagi sebarang tuduhan terhadap Mahathir, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir.
Mereka semua tidak akan didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat di atas sebarang tuduhan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan Amerika Syarikat untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan, 'The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges'. Namun puak-puak penjilat jubur si tua pula, mempunyai imaginasi yang jauh lebih besar apabila mereka mendahului DOJ dengan mengatakan, ini hanyalah proses permulaan untuk tindakan undang-undang bersabit jenayah pula terhadap Najib dan 1MDB.
Harus juga difahami bahawa:
(i) Ianya bukan bahan bukti;
(ii) bukan keterangan;
(iii) bukan penghakiman mahkamah.
Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk menyita harta beberapa individu yang disebutkan di atas perlu melalui satu proses rumit di mahkamah. Perlu juga difahami bahawa:
(a) MENGEMUKAKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal yang lain.
(b) MEMPUNYAI BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI YANG BOLEH DITERIMA MAHKAMAH adalah satu hal yang lain.
(c) MEMPUNYAI BUKTI adalah satu hal, tetapi MENGEMUKAKAN BUKTI MELALUI SAKSI YANG ADA PENGETAHUAN TENTANG BAHAN BUKTI adalah satu hal yang lain.
(d) MEMPUNYAI SAKSI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN SAKSI YANG RELA HADIR DALAM BIDANGKUASA MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT adalah satu hal yang lain.
(e) MENGEMUKAKAN KETERANGAN (EVIDENCE) adalah satu hal, namun PEMILIHAN HANYA KETERANGAN YANG RELEVAN KEPADA PROSIDING adalah satu hal yang lain/
(f) MENGEMUKAKAN BUKTI DAN KETERANGAN adalah satu hal tetapi MEMILIH BUKTI DAN KETERANGAN YANG BOLEH DITERIMA MASUK adalah satu hal yang lain.
(g) MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MELEPASI TAHAP PEMBUKTIAN YANG DIKEHENDAKI OLEH UNDANG-UNDANG adalah satu hal yang lain
(h) MELETAKKAN BUTIRAN DI DALAM TUNTUTAN adalah satu hal, namun SAMA ADA BUTIRAN ITU AKHIRNYA DIPUTUSKAN DAN DIMASUKKAN KE DALAM PENGHAKIMAN MAHKAMAH adalah satu hal yang lain.
Andai kita bijak dan berhemah, janganlah mendahului proses dan keputusan mahkamah kerana BERLAGAK PANDAI adalah satu hal, tetapi MENJADI PANDIR adalah satu hal yang lain.
Faham ke idak para penjilat jubur si tua?
Jangan kerana saiz otak anda yang sebesar biji kacang hijau itu, mahukan sesuatu, maka ia akan berjalan menurut kehendak otak anda yang bersaiz mini itu.
4 comments:
bagi aku lah...hanya doa dapat aku tadah semoga segala mendung yang melingkari Umno dan Datuk Najib segera berakhir dan Datuk Najib beroleh kemenangan yang jitu .Dengan itu Datuk Najib dapat meneruskan tugas-tugas memakmurkan negara.InsyaALLAH...
Aku bermohon kepada Mu ya Allah yang maha berkuasa dan bijaksana. Selamatkanlah agamaMu dan selamatkanlah negara Malaysia dari sesiapa sahaja yang cuba merosakkan dan merompak harta rakyat. Kau campaklah mereka ini ke tempat yang paling hina agar menjadi pengajaran kepada generasi sekarang dan akan datang.
Aamiin... semoga Allah perkenankan doa kami ini
Lebihkan membaca.Bukan hanya us tapi ada sekurang2nya 6 atau 7 negara lain juga sedang menyiasat kes yg berkaitan 1mdb ini.Singapura juga sudah menyita harta2 haram jho taik low yg dikaitkan dengan 1mdb bernilai lebih rm700 juta.Switzerland juga sedang mengambil langkah yg sama.
Selain daripada itu UAE,Australia dan beberapa negara lain juga sedang menyiasat skandal yg sangat memalukan negara ini.Mungkin orang yg tak biasa ke luar negara tak merasa malu dan tak tahu najib sudah menjadi pemimpin pariah di peringkat antarabangsa yg dipandang sinis dan Malaysia sudah menjadi bahan jenaka tentang korupsi dan penyelewengan wang.
This initiative done by doj USA will trigger similar actions by other advance country.
Post a Comment