Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 8, 2016

PDRM KATA ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA OLEH IS DAN DAESH DARI KALANGAN IMIGRAN, SUKAR DIKAWAL... IMIGRESEN DAN JABATAN PENDAFTARAN, MASIH LENAKAH LAGI ANDA?



Malaysia sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman keselamatan. Antaranya, ancaman DAP selain ancaman kebebalan, kebodohan dan kebiolan para penyokong anti Najib serta anti kerajaan, malah yang terbaharu adalah ancaman IS atau DAESH yang sebelum ini disifatkan sebagai sandiwara semata-mata oleh puak pembangkang dan penentang kerajaan.

Hanya kerana kehidupan berjalan normal di Malaysia tanpa ancaman-ancaman keselamatan ketara, membuatkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia langsung tidak peduli dengan ancaman yang sedang dihadapi dan pertambahan ancaman dalam pelbagai bentuk, oleh negara.

Sebelum ini, ancaman IS dan DAESH dipandang lekeh oleh DAP yang hidup senang-lenang dan aman damai walaupun boleh dikatakan tidak seorang pun daripada mereka terlibat dalam penjagaan dan pengawasan keselamatan negara. Namun setelah berlaku pengeboman di Puchong melibatkan sebuah kelab malam, barulah DAP memekak dan sedar yang IS dan DAESH benar-benar wujud selain menjadikan sasaran pusat-pusat hiburan yang banyak terdapat di kawasan yang dikuasai oleh DAP sebagai sasaran.

Dan kerana itulah juga, Nga Kor Ming bising dan takut kerana pusat tahanan militan terletak di Kamunting. 

Dalam dia bajet suci dan mulus, rupa-rupanya Cina DAP itu takut mati juga! 

Ingatkan sebagai pahlawan Cina yang bermulut lancang dan sangat kuat buat fitnah, dia tidak takut mati!

Kenyataan Penolong Pengarah Divisyen Counter Terrorisme Cawangan Khas, Ayob Khan Mydin Pithcay sepatutnya menjadi satu lagi pemangkin kepada penanda aras kepada tahap keselamatan di negara ini. Apatah lagi dengan trend di kalangan taukeh-taukeh besar yang lebih memilih untuk menggunakan khidmat buruh asing yang boleh dibayar dan diupah murah, sekaligus mendorong kemasukan pendatang asing ke negara ini secara haram dan halal.

Tidak dinafikan sebahagian daripada pendatang asing tersebut benar-benar datang untuk mencari rezeki di negara ini. Namun sebahagian yang lain pula mempunyai maksud tersendiri. Malah ada yang datang ke negara ini hanya semata-mata untuk menjalankan kerja-kerja jenayah.

Menurut Ayob Khan, pihak polis sedang berhadapan dengan masalah baru untuk berhadapan dengan penduduk tempatan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Islamic State (IS). Ini juga kerana terdapat ramai penyokong dan simpatisan IS di kalangan jutaan imigran yang telah masuk ke negara ini secara haram.

Kecuali pihak berkuasa tahu di mana lokasi tepatnya dan siapa di kalangan pendatang asing tersebut, tiada sebarang cara untuk memantau pergerakan mereka.

"Kami sedang memantau para pengikut IS dan ditangkap kerana bukan sahaja melaksanakan arahan IS untuk melancarkan serangan, tetapi juga membiayai dan menyokong kumpulan pengganas tersebut. Namun masalahnya bermula apabila kita tidak tahu siapa sebenarnya yang harus kita pantau, atau di mana mereka berada," kata Ayob.

Kita tanya Imigresen!

Kita tanya Jabatan Pendaftaran!

Apakah kedua-dua jabatan ini tidak berfungsi walhal sepatutnya mereka yang lebih tahu tentang hal-hal berurusan dengan imigresen di negara ini.


No comments:

 
Blogger Templates