Shafie Apdal yang bukan sesiapa tetapi menjadi kaya raya dengan harta kekayaan melimpah ruah selepas menjadi pembesar utama UMNO dan Menteri Kabinet, sekarang ini merupakan salah seorang daripada pemimpin ANC yang dikatakan meninggalkan segala-galanya demi rakyat.
Sepanjang beberapa dekad di dalam UMNO, mengapa agaknya Shafie Apdal tidak melakukan sesuatu kepada mereka yang berduyun-duyun datang ke rumahnya di Semporna untuk mendapat dedak yang tidak seberapa? Apa program yang telah dibuat oleh Shafie Apdal sepanjang dia menjadi Menteri KKLW selain terlibat dalam pelbagai kontroversi pemberian kontrak dan tender menerusi beberapa syarikat?
Sabah memang boleh hidup tanpa UMNO tetapi sekiranya, Shafie Apdal dipaksa dan terpaksa memulangkan semula kesemua harta-hartanya sepanjang dia duduk dalam UMNO, agak-agaknya Shafie Apdal boleh hidup tak?
Sekarang, Shafie Apdal sudah pandai bercakap pemimpin-pemimpin UMNO hidup kaya-raya. Sedangkan kekayaan yang dinikmatinya sekarang pun ketika dia bergelar pemimpin UMNO. Sekarang, Shafie Apdal sudah pandai bercakap tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tapi masa dia di KKLW dahulu, berapa banyak kes-kes kontroversi yang menjadi penyebab kepada ketidakpuasan hatinya kepada kepimpinan utama?
Pulangkan dahulu apa-apa yang diperolehi semasa di dalam UMNO, kemudian baru bercakap tentang nilai-nilai kejujuran, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Selagi masih berkokok di atas timbunan harta yang ditumpukkan semasa berkuasa dahulu, ibarat macam ayam jantan yang berkokok ekor bergelumang dengan tahi!!!
7 comments:
Hanya satu perkataan merujuk kepadacsikap ini dan kalau dieja ianya jadi begini: D.E.R.M.A.G.O.G.i
Maknanya bhai...pemimpin umno ni mmng mncari kekayaan semata2 lh...najib, Zahid,salleh, nazri dan lu sbgi blogger totok umno je yg hidup zuhud dlm umno ya...terimakasih kerana entry lu yg tmpilkn bekas pemimpin umno semuanya pelahap dan ahli2 umno yg bangang sbb tolong pemimpin umno mnjd jutawan kecuali pemimpin teragung lg suci 'najib and the gang'...
Aku akan tetap menyokong safie afdal
Kak ros seorang surirumah lagi kaya raya..dlm akaun ada juta2. Itu hang tak nak cerita ke?
Termasuklah Madey, Anwar, Guan Eng, Midin, Mat Sabu, Azmin. Selama jadi pemimpin buat harta cukup banyak. Cuba londeh semua. Hanya tinggal bulu tampuk saja lah!
Kpd yg bangang yg HANYA nmpk kekayaan pemimpin umno tetapi tidak pemimpin pmbgkang boleh blah..cakap x serupa bikin, agak2 laa...
Rosmah kaya sbb Pm Najib mamng keturunan Bangsawan.begitu juga Datu Salleh keruak tapi....mahadey ni..bapaknya guru besar kan..midin anak alim ulamak mat sabu....anak petani...shafiee anak nelayan. Guan eng bapak ahli politik. Azmin anak ustaz..so dlm ramai ni...sapa yang sepatutnya kaya dan sapa yang sepatutnya tak kaya....kaya ni kalau rajin usaha mmg boleh kaya mcm qu putih mcm terlajak larus mcm jackel tapi klau guna kedudukan tak payah banyaj cakaplah sendiri nanti jawab depan Allah
Post a Comment