Puaslah PAN menafikan perkara tersebut sambil menyatakan ia hanyalah satu kebetulan sahaja. Malah syarikat televisyen tersebut pun turut menyiarkan berita tersebut dalam rangkaian mereka dengan penuh bangga walaupun hakikatnya dari segi etika korporat, PAN mungkin boleh disaman sekiranya syarikat televisyen tersebut mahu berbuat begitu.
Hanya kerana PAN di Malaysia dan Imayam TV di Chennai, India, membuat tindakan sivil bukanlah satu kerja mudah kerana ia membabitkan G2G apatah lagi terdapat undang-undang yang berbeza membabitkan kedua-dua negara dalam soal ini.
Kes yang sama seperti PAS mahupun peguam peribadi Najib Abdul Razak terlepas cakap mahu menyaman WSJ atau Sarawak Report.
Semalam, kecoh pula tentang logo Parti Peribumi Bersatu (Berhad).
Namun yang terbaharu pula, ada yang melihat logo parti Muhyiddin yang menggunakan singkatan BERSATU berbanding PERKASA, dengan gerakan menyokong Gerakan Gay dan Lesbian Malaysia (MGLC).
Anggap sahajalah semua itu hanyalah satu kebetulan semata-mata seperti penafian yang dibuat oleh para pemimpin PAN apabila logo mereka dikatakan ciplakan daripada logo IMAYAM.
Mungkin para penyokong BERSATU berasas jengkel dengan promosi dan publisiti besar-besaran tentang logo BERSATU sambil mengandaikan, sudah tidak ada bahan lain untuk ditakuti sampaikan logo yang diciplak itu pula menjadi bahan.
Hakikatnya, segala temberang dan cakap-cakap besar sebelum ini, ibarat meludah ke langit dan akhirnya ludah berkahak itu jatuh bertepek di dahi sendiri.
Kereta buruk... UMNO sudah busuk dari kepala sampai ke usus... UMNO sudah tua... UMNO itu UMNO ini... tetapi sebuah parti baru yang dipenuhi orang kecewa kerana kehilangan jawatan setelah gagal dalam perlumbaan merebut jawatan tertinggi dalam UMNO, tidak lebih baik daripada sekadar memplagiat dan mencuri karya orang lain untuk dibuat sedikit modifikasi dan kemudian dikatakan jenama baru...
Apa-apa pun, kita ucapkan selamat maju jaya kepada sebuah lagi parti politik yang diasaskan oleh orang yang kecewa. Jangan harap sangatlah atau jangan beriya-iya sangatlah dengan perubahan besar kerana anda tetap melihat muka-muka yang sama dalam permainan politik Malaysia....
Balik-balik muka itu juga!
Kes yang sama macam logo jugalah... objeknya sama iaitu bunga raya atau bunga berkelopak... jadi, tak payahlah obses sangat!
5 comments:
Kebetulan aje tu.Tapi tak kisahlah.Yang penting parti jangan korup dan jangan bersekokongkol dengan pemimpin korup macam umno.Malulah jadi dayus.Parti bkn agama,setakat keluar dari parti korup masuk dalam parti baru yg bersih bukan satu masalah pun.
Saya mesti pileyyy!
Nak buat logo pun dah ketandusan idea,macamana nak ada idea2 untuk memerintah negara.
sekor India mali; yang sekor lagi Taiwan mali ... memang segak dan memang ngam.
Biar logo cam gay..jgn pemimpin lembut cam gay hahahhha....kuat songlap lak tu...hahahha
Aku tengok cantek je logo tu...bunga raya bunga kebangsaan .. Dah bosan laa logo dacing..asyik timbang menipu jee
Post a Comment