Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 14, 2016

RAFIZI DIPENJARAKAN KERANA DIA DEDAH BENDA BETUL, ATAU SEBENARNYA KERANA DIA MEMANG DIBENGAPKAN TONY PUA?



Seperti biasa, setiap kali orang seperti Rafizi Ramli atau lebih tepat lagi para pemimpin PKR, DAP, PAN dan Cap Bunga dikenakan tindakan mahkamah, maka akan terkeluarlah cerita-cerita kononnya, MAHKAMAH LANUN, sorok perkara sebenar di belakang SOSMA atau OSA dan sebagainya.

Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas Rafizi Ramli sendiri ENGGAN MEMBELA DIRI dan membongkarkan segala-galanya dalam mahkamah seperti yang diikrarkannya di lobi Parlimen sebelum itu. 

Di sana sini, terutama di media-media sosial, heboh diperkatakan, 'pendedahan' Rafizi Ramli itu adalah benar. Dan kerana benarnya pendedahan tersebut, malah demi untuk menutup penyelewengan dan penyonglapan, maka Rafizi pun dipenjarakan!


Kes yang menyebabkan dia dipenjarakan selama 18 bulan itu HANYALAH membabitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Rafizi mendedahkan 'rahsia besar' yang sudah pun diketahui oleh 5 orang Ahli Parlimen Pakatan yang berada dalam PAC dan mempunyai akses penuh kepada laporan OSA itu. Laporan tersebut membabitkan projek antara LTAT dengan 1MDB dan belum dibayar sepenuhnya, walhal sudah dilunaskan. 

Sesuatu yang pasti ialah, Rafizi dihukum bukan kerana membuat pendedahan skandal besar-besaran 1MDB sebagaimana yang didakwa oleh para pemimpin Pakatan termasuklah oleh para pengikut mereka yang bengong. 

Sebaliknya dia dihukum kerana telah 'dikelirukan' dan keliru sehingga melanggar undang-undang untuk mendedahkan satu halaman daripada Laporan Ketua Audit Negara membabitkan 1MDB - yang sudah pun dibaca oleh 5 orang Ahli Parlimen Pakatan termasuklah Tony Pua. 


Rafizi mendedahkan dokumen OSA kononnya untuk menunjukkan LTAT mempunyai hubungan dengan 1MDB tetapi belum dibayar sepenuhnya. Walhal berita-berita tentang LTAT dianugerahkan kontrak oleh 1MDB untuk memindahkan pangkalan udara Sungai Besi dan membangunkan 8 buah pengkalan udara gantian merupakan maklumat awam. 

Dalam kes yang disebutkan oleh Rafizi Ramli, LTAT tidak hilang sebarang wang sebagaimana yang didakwa, bahkan telah dibayar oleh 1MDB dan akan dibayar sepenuhnya oleh Projek Bandar Malaysia dimana konsortium IWH-China Rail mempunyai pemilikan 60%. (RUJUK SINI)

Apa yang didedahkan oleh Rafizi Ramli hanyalah 'tempahan penjara' dan bukannya kerana skandal besar-besaran seperti yang mahu dipercayai oleh para pengikut dan golongan bengong!

LTAT pada masa yang sama, tidak membazir wang mereka walau sesen pun, malah sebenarnya sedang membuat keuntungan dan akan terus membuat keuntungan daripada kerja-kerja pembinaan pengkalan tentera dan daripada kontrak pemindahan pangkalan udara Sungai Besi. 

18 BULAN PENJARA HANYALAH UNTUK OSA... 





Rafizi Ramli masih ada beberapa kes mahkamah yang lain, termasuklah sivil dan jenayah yang masih tertunda. 

Kes yang paling ditunggu-tunggu adalah kes BAFIA yang sudah masuk tahun keempat. Saman fitnah oleh NFCorps dan Salleh Ismail ke atasnya, menyaksikan Rafizi Ramli kalah dan terpaksa membayar RM300 ribu sebagai gantirugi.

Kes fitnah LTAT belum lagi disebut di mahkamah. Begitu juga dengan Tabung Haji, bahkan kes 'SAYA HANYA BERGURAU' membabitkan kes cincin RM24 juta juga belum lagi disebut. 

Sebelum ini, semasa membuat pendedahan OSA di lobi Parlimen, bukan main berlagak lagi Rafizi kononnya dia akan mendedahkan segala-galanya di mahkamah. Tetapi ternyata, dia hanya mendiamkan diri dan langsung tidak membela diri, apatah lagi membuat pendedahan sebagaimana yang didakwa. 

Sebelum ini, besar sangat cakapnya kononnya dia tidak takut dengan tindakan undang-undang, bahkan percaya mahkamah akan berpihak kepadanya. (RUJUK SINI). Sekarang pusing cakap dan tukar dari kesalahan OSA kepada fitnah pulak? 

Sabar dulu,  perbicaraan membabitkan fitnah yang sepatutnya pendedahan besar-besaran oleh Rafizi Ramli di mahkamah belum berlaku lagi memandangkan peluang pertama untuknya membuat pendedahan di mahkamah sesyen dalam kes OSA telah dibazirkan apabila dia memilih untuk enggan membela diri.


1 comment:

Anonymous said...

Kalah - mahkamah lanun
Menang - rakyat hakim negara

Macai's logic!

 
Blogger Templates