Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 3, 2017

ADAKAH KERANA TIDAK FASIH BERBAHASA KEBANGSAAN ATAU KERANA JAGA KEPENTINGAN SYARIKAT SWASTA, TERESA KOK CIPTA CERITA PESARA TIDAK LAGI DAPAT UBAT?!!!



Ahli Parlimen Seputeh yang kurang fasih berbahasa kebangsaan, Teresa Kok, semalam menyalak lagi untuk menimbulkan kegemparan. Sama ada dia benar-benar tidak faham, atau berusaha untuk menjaga kepentingan Oratis Services dengan lidah pelatnya, Teresa Kok menyalahkan JPA dan kemudian menyatakan bekalan ubat serta peralatan perubatan kepada pesara akan dihentikan mulai 28 Februari.

Tuduhan semberononya itu pastinya akan segera menarik perhatian dan kemarahan terutama sekali dari kalangan pesara yang dikatakan tidak lagi menikmati ubat dan rawatan percuma. 

Teresa Kok menyalahkan sepenuhnya Jabatan Perkhidmatan Awam yang sebelum  ini telah melantik pihak ketiga, Oratis Services Sdn. Bhd, mengarahkan pemberhentian pembekalan ubat dan peralatan perubatan kepada pesara selain mendakwa pemberhentian tersebut tidak disertai notis sewajarnya kepada para pesara.

Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa kebangsaan itu juga mempersoalkan kewajaran pemberhentian tersebut selain cuba menimbulkan tanggapan bahawa JPA sudah tidak ada wang dan tidak berminat lagi untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada pesara. (RUJUK DI SINI)

Sudah pastilah, berita seperti ini, ditokok pula dengan media-media pro-DAP yang akan menyemarakkan dan mengadun kenyataan serta dakwaan Teresa Kok mengikut acuan yang telah dibuat, akan membuatkan ramai yang mudah percaya. Paparan tajuk berita yang mengelirukan akan digunakan oleh portal-portal dan media massa berkenaan. 

Hakikatnya, Teresa Kok sengaja membesar-besarkan dan mengada-adakan perkara berkenaan. Bagi mengelakkan dia dikenakan tindakan undang-undang, hasutannya dibuat dalam bentuk pertanyaan dan meminta penjelasan walaupun niat dan motif sebenar dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkannya. 

Sebelum tahun 2012, pesara boleh mendapatkan ubat dari hospital kerajaan dengan kadar bayaran yang minimum.

Sebagai alternatif mereka boleh mendapatkan ubat dari klinik dan hospital swasta. Dan kemudian boleh menuntut semula bayaran kepada kerajaan. Pesara yang membayar untuk ubat-ubatan boleh menuntut kembali wang mereka dari kerajaan.

Pada tahun 2012, kerajaan telah membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat swasta untuk menyediakan ubat-ubatan ini melalui e-MASS bagi klinik dan hospital swasta. Dalam kes ini, pesara akan memohon melalui sistem dan mengumpul ubat dari klinik swasta, farmasi dan hospital yang paling mudah kepada mereka tanpa membayar apa-apa.

Selain perkhidmatan tambahan ini, pesara masih boleh mendapatkan ubat mereka di klinik dan hospital kerajaan. Tiada cas yang akan dikenakan.

Walau bagaimanapun sistem e-MASS ini kemudiannya didapati tidak berkesan dan bermasalah. Malahan Malay Mail juga melaporkan hari ini bahawa laman web syarikat itu telah digodam dan masih belum dipulihkan. (RUJUK SINI)

Disebabkan MOF perlu menentukan kesahihan dan memerlukan tindakan segera, perkhidmatan melalui e-MASS telah ditamatkan dan untuk kesejahteraan semua, ia kembali semula kepada sistem lama sebelum tahun 2012 dan masih belum terdapat alternatif yang lebih sesuai.

Jika sistem ini didapati mempunyai kekurangan yang serius dan tidak memberi kepentingan kepada orang awam, adalah lebih baik ia dihentikan segera supaya kerajaan tidak dipersalahkan dalam hal ini dan kembali semula kepada sistem lama.

Pesara masih boleh mendapatkan ubat mereka dari hospital dan klinik kerajaan secara percuma dengan kos yang minimum. Ini tidak pernah berubah.

Pesara masih boleh mendapatkan ubat mereka yang diluluskan dari klinik swasta, farmasi dan hospital yang paling mudah untuk mereka seperti sebelum tahun 2012, mereka perlu membayar dahulu dan kemudian menuntut kembali.

Kerajaan tidak menafikan bahawa pesara yang mempunyai kelayakan berhak menerima perubatan mereka - walaupun DAP cuba untuk memberi persepsi yang salah untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan.

Persoalannya kini, adakah sebenarnya Teresa Kok bimbangkan hak pesara atau sebenarnya dia lebih bimbangkan nasib Oratis Services yang telah ditamatkan perkhidmatan kerana kegagalan dan kepincangan tugas itu?

No comments:

 
Blogger Templates