Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 20, 2017

GUAN ENG TAKUT DIBICARAKAN! LEPAS NI, NAK KATA AKTA MANA PULA TAK BERPERLEMBAGAAN UNTUK TANGGUHKAN PERBICARAAN?



Seperti yang dijangka, Lim Guan Eng yang diperkuatkan oleh barisan peguam yang juga merupakan pemimpin-pemimpin kanan DAP akan memanipulasikan atau lebih tepat lagi mempermain-mainkan undang-undang negara dalam usaha melengah-lengahkan perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasanya.

Walaupun hakim sebelum ini telah mengeluarkan arahan, 'tiada lagi penangguhan', tetapi nampaknya keputusan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada 6 Januari lalu, nampaknya tidak laku langsung. (RUJUK SINI)

Lim Guan Eng menghadapi dua pertuduhan yang sepatutnya dibicarakan. 

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew.

Dia didakwa meluluskan perlingkungan semula daripada zon pertanian kepada zon perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada Syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd yang dimiliki oleh Phang Li Koon.

Bagi pertuduhan kedua pula, Guan Eng mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Rumah tersebut dimiliki pada harga RM2.8 juta sedangkan nilaian semasa hartanah itu sebanyak RM4.27 juta.

Bagaimanapun, hari ini Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menangguhkan perbicaraan pertuduhan rasuah melibatkan Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung 27 Mac ini ditangguhkan bagi menunggu keputusan rayuan pihak pembelaan untuk mencabar keputusan yang mengisythiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan penangguhan itu berikutan permohonan dari peguambela Gobind Singh Deo pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Hadhariah berkata, tarikh 27 Mac itu dilapangkan sementara menunggu keputusan Rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 25 April depan untuk pengurusan kes.

Gobind memaklumkan bahawa notis rayuan yang telah difailkan oleh pihak pembelaan masih belum didengar di Mahkamah Rayuan.

Timbalan pendakwaraya Datuk Masri Mohd Daud, berkata pihaknya bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga dalam proses membuat permohonan di Mahkamah Rayuan supaya kes itu dapat didengar secepat mungkin.

Pada 7 Mac, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak petisyen yang difailkan Guan Eng dan Li Koon bagi mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berpelembagaan dan tidak sah.

Dalam Penghakimannya, Hadhariah berkata Seksyen 62 adalah berpelembagaan dan sah serta tidak bercanggah dengan Perkara 5(1) dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Susulan itu, Gobind telah memfailkan permohonan notis rayuan keputusan berkenaan Di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

6 Januari lepas, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon mencabar untuk mengisytiharkan seksyen 62 Akta SPRM 2009 itu sebagai tidak berpelembagaan dan tidak sah.

Seksyen 62 menetapkan tertuduh perlu menyerahkan antara lain pernyataan pembelaan kepada pihak pendakwaan sebelum perbicaraan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud dan Peguambela Gobind Singh Deo mewakili Lim Guan Eng manakala Datuk V. Sithambaram mewakili Phang Li Koon.

Cara Lim Guan Eng melengahkan kes mahkamahnya. Bermain-main dengan prosedur mahkamah.

Di luar sana bukan main DAP dan pembangkang menggunakan cerita SPRM jika ada pemimpin BN yang disiasat atau didakwa. Bukan main mereka memuja-muja Akta SPRM. Baru disiasat atau dakwa mereka jatuh hukum lebih awal. 

Bila kena kat dia....dia cabar di mahkamah kesahihan Seksyen 42 Akta SPRM. Dah kalah dan ditolak rayu lagi untuk melengahkan masa. Peguam mereka dah rancang masa panjang. LGE takut berdepan kesnya. Kalau benar bersihkan lah nama dari kes ini. Dia main benda lain. Tuntutan kes yang tidak berfaedah ini sepatutnya tidak dilayan.

Akta SPRM ni dah dibentang dalam Parlimen. mereka lebih tahu. Selagi nyawa masih dihidung macam tu lah. Lim Kit Siang sibuk minta orang lain cuti kerana disiasat. Anaknya, Joseph Lim Guan Eng sedang bermain-main lari mahkamah!


No comments:

 
Blogger Templates