Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 27, 2017

KEDAH JADI TUMPUAN PAKATAN HARAPAN UNTUK DITAWAN DENGAN LIM KIT SIANG MISI BESAR SEBAGAI CALON PARLIMEN ALOR STAR!!!



Kedah sekarang menjadi tumpuan DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. Kalau tanya para penyokong, mereka sangat yakin Kedah akan mereka kuasai pada PRU akan datang. Semua nama-nama besar kecuali Lim Guan Eng, telah menjejakkan kaki ke Kedah untuk berkempen. Sehinggakan Azmin Ali yang sedang hangat di Selangor pun, turut masuk ke Kedah, bertemu dengan para pesawah untuk menghasut mereka agar menyokong Pakatan yang akan diketuai oleh DAP.

Paling menarik ialah apabila DAP pun sudah berani masuk ke FELDA. DAP yang sangat diketahui memusuhi dan membenci para peneroka FELDA, sekarang ini cuba memujuk masyarakat FELDA agar menyokong mereka sepertimana yang berlaku di Lubuk Merbau.

PAN pula bersungguh-sungguh mahu merampas kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kubu kuat PAS. PAN mahu membuktikan kepada taukeh besar mereka, DAP, yang mereka memang sangat kuat di Kedah sepertimana kuatnya mereka di Kelantan.

Manakala Cap Bunga pula, sudah tentulah mahu menjadikan dan membuktikan Kedah adalah kubu kuat mereka, bersandarkan kepada Mahathir adalah orang Kedah, manakala anaknya, Mukhriz pula adalah bekas Menteri Besar Kedah.


Ada juga ura-ura Lim Kit Siang akan mengalihkan kawasan yang akan ditandinginya dari Gelang Patah ke Alor Star. Sebabnya mudah, di Gelang Patah, Lim Kit Siang melihat bagaimana dia dimalukan kerana tidak pernah melawat kawasan selepas menang pada PRU-13 lalu. Dia terlalu sibuk dengan kawasan-kawasan lain. Perpindahan pengundi ke Gelang Patah yang dilakukan secara giat oleh DAP sebelum SPR memperketatkan undang-undang dan mengambilalih tugas mendaftar para pengundi daripada parti-parti politik, telah cukup meyakinkan DAP dan Lim Kit Siang bahawa Gelang Patah sememangnya menjadi hak milik mutlak DAP. Apatah lagi majoriti kemenangan DAP di Gelang Patah pada PRU lepas sangat besar jumlahnya.

Alor Star baru sepenggal di tengah Goh Hooi. Bagaimanapun Ahli Parlimen PKR itu, sama seperti Lim Kit Siang, tidak pernah berada di Alor Star. Tidak pernah ambil tahu apa yang berlaku di Alor Star. Hanya mula bersuara pada akhir-akhir ini sebagai menandakan dia masih hidup dan masih bernafas walaupun dia tidak pernah ada di Alor Star.


Misi mengekalkan kerusi-kerusi ibu negeri di tangan DAP perlu melibatkan Alor Star. Alor Star, Kangar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu sudah pun berada di dalam radar DAP untuk PRU akan datang. Begitu juga dengan Shah Alam. PKR, PAN dan PAS yang sekarang menyandang kerusi-kerusi berkenaan, perlu 'bertolak ansur' dengan DAP. Manakala kerusi-kerusi yang disandang oleh UMNO pula, akan ditandingi oleh PAN atau PKR pada mulanya dan selepas itu, barulah DAP akan masuk jarum sebagaimana yang mereka cuba lakukan di Alor Star.

PRU-14 bagi Pakatan DAP-PKR-PAN-Cap Bunga akan bermula di Kedah!

Maka atas sebab itulah, Mahathir dan Mukhriz bersungguh-sungguh memburuk-burukkan dan melawak-lawakkan Menteri Besar Kedah sekarang, Ahmad Bashah selain cuba menghidupkan kenangan puncak mereka iaitu Abdullah Badawi walaupun pada masa yang sama, mereka juga sedar, rakyat semakin besar mata kerana maklumat-maklumat tidak lagi dikawal sepenuhnya oleh satu pihak sebagaimana zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.


1 comment:

Anonymous said...

Semua nak kuasa tpi belum tentu berjasa setelah ada kuasa.

 
Blogger Templates