Nampak jelas bagaimana Kit Siang sangat tidak yakin kemampuan partinya sendiri tanpa dokongan PAS sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 sehingga 2013 sehingga membolehkan DAP berlagak angkuh dan bersikap seperti tuan besar. Apatah lagi suasana di kalangan pengundi-pengundi Cina sendiri sangat muram terhadap DAP berbanding waktu-waktu keemasan DAP.
Kalau kita lihat di media-media sosial, para penyokong mahupun petugas-petugas propaganda DAP tidak seaktif dahulu. Mereka sekadar berkitar-kitar sesama sendiri, tidak lagi menerjah pihak lawan sebagaimana yang mereka sering lakukan pada tahun 2008 dan 2013. Apatah lagi sekarang ini, jumlah pengguna media sosial dari masyarakat Cina yang tidak lagi sembunyi-sembunyi, sebaliknya menghentam kepimpinan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tanpa segan silu. Banyak pendedahan tentang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang mereka lakukan, sama ada menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Cina di media-media sosial.
Kenyataan demi kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Hadi Awang, termasuklah perkataan BIAWAK HIDUP terhadap Pakatan yang diketuai oleh DAP, benar-benar menconteng arang ke muka Kit Siang.
Pujukan sudah tidak jalan, jadi, taktik yang boleh digunakan sekarang adalah memalukan PAS. PAS dituduh bekerjasama dengan UMNO. PAS dituduh menjadi sebahagian dan pemakan dedak UMNO. Abdul Hadi Awang dituduh membela Najib. Abdul Hadi Awang dituduh mahu membawa PAS masuk dan menyertai Barisan Nasional.
Pada masa yang sama, PAS pula menunjukkan mereka semakin 'sombong' dengan Pakatan DAP apabila beberapa Kawasan mulai bertindak memutuskan hubungan dengan PKR. Kedudukan DAP di Selangor sendiri sudah semakin genting.
Jadi tidak hairanlah mengapa Kit Siang marah sangat dengan Abdul Hadi Awang!
1 comment:
Tabik utk Pas kerana tidak mudah terpengaruh dgn pujukan Dap yg jelas ada agenda tersendiri.
Post a Comment