Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 22, 2017

PENIPUAN KRONI MAHATHIR YANG NAK JADI CALON CAP BUNGA DI PEKAN, MENDEDAHKAN KEBODOHANNYA SENDIRI!!!



Seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Cap Bunga), Dato' Abdul Rahman Mohd Noor menyiarkan sebuah video yang antara lain, dia berharap akan dapat bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri pada PRU akan datang. 

Sekalipun dia mendakwa, dia adalah seorang pesara yang miskin, Abdul Rahman sebenarnya berbohong. Sehingga kini dia adalah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah untuk PECD Bhd (Peremba) yang dimiliki oleh Daim Zainuddin semenjak tahun 2008, selain merupakan rakan sekomplot Mahathir dan Daim.

Seperti yang diketahui, Daim dan Mahathir bukannya orang miskin. 

Selain daripada mengulangi pembohongan-pembohongan yang dituturkan oleh Mahathir, apa yang menarik di dalam video tersebut ialah dakwaan Abdul Rahman bahawa dia berada di United Kingdom ketika Najib tidak menduduki peperiksaan akhirnya di University of Nottingham. Sekaligus Abdul Rahman mendakwa Najib berbohong tentang latar belakang akademiknya. 

Tuduhan ini sangat berat dan bersifat jahat.

Carian dan siasatan menerusi laman web rasmi University of Nottingham menyatakan sebaliknya. (RUJUK SINI)

"Najib graduated in Industrial Economics from The University of Nottingham in 1974 and has been active in Malaysian political life for more than 30 years."
Profesor David Greenaway, Naib Canselor University of Nottingham berkata, "Saya sangat berbangga lulusan University of Nottingham berjaya memegang jawatan yang sangat penting. Universiti ini telah mempunyai sejarah yang sangat panjang dengan Malaysia - dua bekas Raja juga merupakan lulusan Nottingham dan kami merupakan universiti British pertama yang mendirikan kampus di Malaysia."

Profesor Ian Pashby, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif University of Nottingham Kampus Malaysia berkata, "Seluruh komuniti UNMC sangat berbangga kerana salah seorang daripada kami menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia."

Amat jelas bahawa bukan sahaja Perdana Menteri tamat pengajian dari University of Nottingham, malah para profesor universiti tersebut berbangga.

Dan amat jelas juga, Dato' Abdul Rahman Mohd Noor berniat jahat dan membuat tuduhan palsu. 

Dan dia juga bukanlah pesara miskin sepertimana yang diakuinya. 

Sekali lagi, kalau bukan fitnah, bukan Pakatanlah. Satu lagi pembohongan dan fitnah jahat daripada Mahathir dan orang-orangnya didedahkan. 

Kita ingin bertanya kepada Dato' Abdul Rahman Mohd Noor, dia kelulusan universiti mana? Katanya, dia telah graduasi pada tahun 1972 dari Universiti Malaysia. 

Tiada Universiti Malaysia - baik di Malaysia atau mana-mana negara di dunia ini. Adakah dia mencipta universitinya sendiri?



1 comment:

Anonymous said...

Kantoi

 
Blogger Templates