Gara-gara laungan 'JAHANAM PAN', secara tiba-tiba puak PAN yang sangat gemar memaki hamun dan mengkafirkan orang lain, termasuklah puak PAS yang dahulunya mereka adalah sebahagian, kelam-kabut mencari kitab-kitab hadis dan buku-buku agama untuk mencela pemimpin PAS yang melaungkan 'JAHANAM PAN' di Muktamar PAS di Alor Star.
Seperti PAS, orang yang paling berautoriti untuk mengeluarkan kenyataan membabitkan isu-isu sebegitu adalah Mursyidul Amnya.
Mursyidul Am PAN adalah Ahmad Awang.
Ironinya, sebelum ini, mulut dan lidah yang sama jugalah yang mencelakakan pihak lain, khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Dan samalah seperti pembelaan yang dilakukan, celaan dan segala celaka itu turut menggunakan hadis dan sumber-sumber agama.
PAS sebelum ini memperkukuhkan iltizam mereka untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN dengan apa cara sekalipun. Manakala Dewan Ulama PAS pula secara sebulat suara tanpa bahas, menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
PAS ditohmah menerima wang atau rasuah atau sogokan daripada Najib Abdul Razak untuk menukar sikap keras penentangan terhadap UMNO kepada sikap yang lebih lunak dan lebih mesra. Dalam beberapa isu, termasuklah RUU355, PAS dan UMNO berganding bahu dan menunjukkan persefahaman, sesuatu yang tidak pernah selepas pentadbiran Allahyarham Tun Hussein Onn selepas PAS keluar dari Barisan Nasional yang sama-sama ditubuhkannya.
Husam Musa dan Rafizi Ramli mempopularkan fitnah tersebut walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti. Namun ketiadaan bukti itu, tidak menghalang fitnah tersebut daripada tersebar dan digunakan secara meluas. Sama ada penafian dibuat oleh pihak PAS mahupun Najib Abdul Razak, ia tetap juga dipercayai dan digunakan untuk memperlekehkan PAS dan Najib.
Ia samalah seperti kes cincin RM24 juta yang akhirnya terbukti fitnah apabila Rafizi Ramli meminta maaf dan menyatakan dia hanya bergurau ketika ditanya di mahkamah, tetapi isu tersebut tetap juga digunakan untuk menyerang peribadi Rosmah Mansor oleh puak-puak PAN, DAP dan PKR, malah sekarang ini, modal yang sama turut digunakan oleh tukang propaganda Cap Bunga.
No comments:
Post a Comment