Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin dikatakan mengetuai 'pasukan pemberontak' di Selangor. PKR Selangor telah terbahagi sekurang-kurangnya kepada tiga puak iaitu puak Azmin dan puak Wan Azizah yang diwakili oleh Rafizi. Manakala Zuraidah Kamaruddin pula mengetuai puak ketiga.
Rafizi Ramli sebelum ini menyerang hebat Adam Rosly dan pegawai khas Azmin Ali, Hilman yang memiliki kekayaan luar biasa dan sekelip mata.
Semuanya kerana PAS!
Pihak yang menjadi KHAWARIJ dan 'penghasut Syiah' pula adalah PAN yang sudah tidak sabar-sabar mahu menggantikan PAS serta jawatan-jawatan yang dipegang oleh PAS di dalam pentadbiran dan Kerajaan Negeri Selangor.
Terdapat desakan kuat agar Azmin Ali bertindak dengan menyingkirkan kesemua ahli-ahli pentadbiran dari PAS sama ada di dalam PBT, mahupun dalam GLC apatah lagi di dalam Kerajaan Negeri dan digantikan dengan wakil-wakil dari PAN yang dikatakan lebih setia kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.
Terbaharu, khabar-khabar angin tentang empat orang ADUN dari PKR yang mahu menghadap KDYMM Sultan Selangor untuk menyatakan mereka akan melompat parti bagi membentuk satu kerajaan majoriti mudah baru di Selangor, semakin kuat kedengaran.
Nama keempat-empat ADUN PKR itu bagaimanapun, belum didedahkan.
Pada tahun 2009, tiga orang ADUN dari Pakatan Rakyat (1 DAP dan 2 PKR) telah melompat parti di Perak membuatkan Kerajaan DAP yang berbonekakan Nizar Jamaluddin kehilangan pegangan ke atas Perak. Selama beberapa bulan, Nizar Jamaluddin seperti orang sasau selepas semua kuasanya beralih tangan kepada Zambry Abdul Kadir, MB baru dari UMNO. Nizar juga dalam beberapa keputusan peliknya, termasuklah bersidang DUN di bawah pokok, cuba menggunakan kuasa mahkamah untuk membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri dijalankan.
Namun ketika sudah terdengar ura-ura lompat parti, Nizar Jamaluddin berkata, PRN tidak perlu diadakan kerana berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Nga dan Ngeh, cerita-cerita tentang lompat parti agak mustahil berlaku di Perak. Tetapi selepas hilang kuasa, Nga dan Ngeh sekali lagi menasihati Nizar Jamaluddin agar menggunakan semua ruang-ruang perundangan yang ada bagi mengisytiharkan Kerajaan Negeri baru yang diberikan kepada UMNO-BN sebagai tidak sah dan tidak menurut Perlembagaan.
Nampaknya, keadaan yang serupa sedang berlaku di Selangor.
Adakah hari Selasa nanti, Azmin Ali akan memanggil sidang DUN khas bagi mengusulkan pembubaran DUN Selangor sekaligus membolehkan PRN baru diadakan di Selangor?
Masih ada masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk memujuk sesiapa sahaja yang mahu melompat parti itu agar mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor sedia ada sehingga sekurang-kurangnya sehingga PRU-14.
Yang pastinya, nama Tan Sri Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin kembali kedengaran!
3 comments:
Hihi....sedap cerita ni..
Masing2 sdg berebut nak brkuasa dgn agenda tersndiri. Politiking nombor satu. Kepentingan rakyat entah nombor berapa.
Mungkin Khalid dah dapat 60 juta dari UMNO
Post a Comment