Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, April 19, 2017

PEMBERONTAKAN TERHADAP KRONISME MUHYIDDIN DAN BOBOI, SETIAUSAHA KERJA PENAJA PULA LETAK JAWATAN DAN KELUAR PARTI!!!



Kalau dah busuk, ditutup dihias, baunya tetap juga busuk!

Begitulah yang berlaku kepada Cap Bunga yang diterajui oleh Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Belum pun selesai kemelut yang melanda Cap Bunga Perak, muncul pula satu lagi masalah apabila salah seorang pengasas Cap Bunga yang juga antara penggerak utama penentangan ke atas Najib Abdul Razak, jam 11:00 pagi tadi di Hotel Sunway, mengisytiharkan meletakkan semua jawatan dan meninggalkan parti yang sama-sama diasaskannya.

Setiausaha Kerja Penaja Cap Bunga, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, tindakannya itu diambil ekoran kekecaannya terhadap kepimpinan tertinggi Cap Bunga terutama sekali Presidennya, Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Dr. Shahruddin Md Salleh yang bersikap pilih kasih selain mengenepikan penggerak-penggerak awal parti tersebut.

Kamarul Azman turut mempersoalkan golongan yang menurutnya, 'tidak berkualiti dalam UMNO' yang melompat masuk ke Cap Bunga untuk kejar jawatan. Sedangkan kepimpinan pula mempergunakan penggerak awal dalam mendapatkan sokongan untuk parti, mula dipinggirkan secara sistematik dan berperingkat-peringkat. Biarpun golongan penggerak awal itulah yang telah berhabis duit ringgit sendiri serta bersusah payah menggerakkan penentangan terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak, tetapi akhirnya yang mendapat laba termasuklah jawatan Ketua Bahagian adalah golongan oportunis yang baru melompat masuk Cap Bunga.

Menurutnya, dia sangat kecewa apabila golongan yang benar-benar bekerja untuk parti telah diketepikan dan dilayan sebagai ahli 'kelas kedua', manakala mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan tertinggi parti diberikan keistimewaan walaupun mereka sendiri tidak mempunyai sebarang keistimewaan apatah lagi aura kepimpinan.

"Seseorang itu akan lebih tinggi darjatnya jikalau mereka adalah kenalan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung. Saya sangat kecewa kerana golongan yang benar-benar bekerja dilayan sebagai ahli kelas kedua. (Cap Bunga0 belum bergerak jauh tetapi sudah amalkan sifat pilih kasih dan kronisme yang mendalam," kata Kamarul Azman.

Susulan itu, Kamarul Azman melepaskan semua jawatan yang disandangnya termasuklah Ketua Penaja Bahagian Cap Bunga Teluk Kemang, penolakan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Cap Bunga Negeri Sembilan, meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerja Cap Bunga Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan pengunduran diri daripada ahli Cap Bunga.

Menurut Kamarul Azman lagi, sekurang-kurangnya 821 ahli parti itu sudah menyatakan keinginan untuk meninggalkan parti berkenaan. Sebelum ini seramai 60 ahli Cap Bunga Baling mengisytiharkan keluar dari parti diikuti 500 orang lagi ahli Cap Bunga Rembau yang mengambil tindakan yang sama.

Difahamkan juga, esok (20 April), satu sidang media akan diadakan oleh Mohd Anas Sudin, bekas Ketua Aktivis Cap Bunga Negeri Sembilan yang mengetuai 500 orang ahli Cap Bunga keluar parti pada 5 April lalu berkenaan saman ke atas Muhyiddin Yassin. Lokasinya adalah lokasi yang sama ketika dia mengisytiharkan keluar dari Cap Bunga iaitu Tingkat Atas Restoran Syed Maju Senawang jam 9 malam.


1 comment:

Anonymous said...

Takde pemberontaklah bai. Org pun tak suka cikgu sekolah ni. Eloklah dia buat hal dia. Puak2 umno kalau nak amik dia pun boleh. Baik buang yg bermasalah ni sekarang. Kalau tak nanti jadi macam umno. Berapa banyak pemimpin dalam umno yg jadi pelesit. Syian najib nak kena cover bab perangai penyokong dia. Hal dia sendiri pun taktau lepas ke tak.

 
Blogger Templates