Walaupun dipuji melambung oleh Saifuddin Nasution serta juak-juak Anwar Ibrahim yang lain, tetapi sebahagian besar, terutama yang pro-Azmin Ali mengutuk rapat Wan Azizah yang jelas tidak menampakkan langsung kewibawaan dan pendirian sebagai seorang Presiden parti apatah lagi sebagai ADUN dan Ahli Parlimen selain Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Wan Azizah dalam temubualnya berkata, dia hanyalah sandaran bagi suaminya. Semua jawatan yang ada padanya, adalah untuk Anwar Ibrahim. Dia hanyalah wakil dan proksi Anwar Ibrahim yang sedang di dalam penjara menjalani hukuman akibat jenayah liwat.
Isteri Anwar Ibrahim itu menyatakan kesediaannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan yang ditunjangi oleh DAP memenangi PRU-14 nanti. Sekaligus mengenepikan cita-cita Dr. Mahathir untuk meletakkan anak lelakinya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah berusaha seboleh mungkin untuk memburuk-burukkan Najib Abdul Razak walaupun pada masa yang sama, Mahathir juga sedar, anak lelakinya itu tidak mempunyai sebarang kebolehan selain daripada menjadi PENGANTIN.
Bagaimanapun, kesediaan Wan Azizah itu tertakluk kepada persetujuan daripada DAP selain ia hanyalah pegangan sementara kerana baginya yang lebih layak menjadi Perdana Menteri adalah suaminya, Anwar Ibrahim yang lebih bijak bermain retorik dan putar belit.
Wan Azizah kemudiannya 'menggemparkan' kem pembangkang yang diketuai oleh DAP apabila menyatakan, dia bersetuju dengan hukuman hudud dijalankan di Malaysia, sekaligus menyokong PAS yang merupakan musuh utama DAP dan Lim Guan Eng sekarang ini.
Dalam temubualnya itu, PKR Presiden itu berkata, perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia boleh dijalankan apatah lagi Pakatan DAP belum lagi menolaknya secara total sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang.
Dalam RUU355 sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen PKR terlibat dalam menolak usul tersebut, sekaligus menyebabkan PAS menerusi Muktamar Ke-63 telah membuat usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walaupun pada saat-saat akhir, Anwar Ibrahim menerusi sepucuk surat menyatakan sokongan PKR kepada RUU355, namun suara Rafizi Ramli serta blok PKR yang lebih pro-DAP menenggelamkan suara pemimpin agung PKR di dalam penjara itu. PAS sendiri melihat surat sokongan Anwar Ibrahim kepada RUU355 sebagai usaha terdesak pada saat-saat akhir setelah wakil-wakil Parlimen dari UMNO menyokong sebulat suara usul persendirian berkenaan.
Kenyataan Wan Azizah berkenaan sokongan PKR kepada hukuman hudud, dilihat PAS sebagai salah satu cara 'pujukan' agar PAS tidak meninggalkan PKR terkontang-kanting. PKR amat memerlukan PAS terutama sekali di Selangor. Kata-kata Wan Azizah itu, dilihat sebagai satu cubaan untuk memastikan PAS tidak bertahaluf siyasi dengan UMNO kerana PKR secara dasarnya masih bersama-sama PAS memperjuangkan hukuman hudud, walaupun akta bagi hukuman takzir yang lebih ringan dan hanya melibatkan umat Islam di Malaysia iaitu Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) ditentang keras oleh PKR. Malahan Rafizi Ramli ketika sidang Parlimen olok-olok untuk membahaskan usul tersebut menyatakan, sekiranya RUU355 diluluskan, para hakim mahkamah syariah akan berhadapan dengan risiko rasuah, sekaligus menyebabkan dia bakal mengatur tangga mahkamah kerana melakukan perbuatan fitnah.
Dalam program UpFront yang disiarkan oleh Al Jazeera pada hari Jumaat lepas, pengacara, Mehdi Hassan telah bertanyakan tentang beberapa isu kepada Dr. Wan Azizah termasuklah hukuman hudud, rejam dan potong tangan.
Dalam reaksinya, Wan Azizah berkata, 'Hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua setelah semua perkara membabitkan keadilan telah diambil kira."
Apabila ditekan lebih lanjut tentang situasi di mana hukuman rejam mungkin akan diterima, Wan Azizah berkata, "Tidak akan berlaku dalam masa terdekat."
Wan Azizah dalam temuramah itu kemudiannya berkata, hudud adalah hukuman Tuhan. Bagaimanapun apabila ditanya lagi, Wan Azizah kemudiannya mereka-reka dan mengubahsuai hukuman Tuhan yang dimaksudkannya.
Begitu juga ketika ditanya hubungan antara PKR dengan PAS dan Hukum Hudud. Menurutnya, "Kami mahukan undi pada peringkat akar umbi."
Salah seorang pemimpin kem Wan Azizah yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot, Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, kenyataan Wan Azizah berhubung hukuman hudud itu merupakan 'pendirian parti'.
Menurutnya, Wan Azizah tidak membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti ketika mereka menentang usul persendirian RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bulan lalu di Parlimen.
"Kami hanya kaan menyokong sekiranya wujud keadilan dalam setiap aspek kehidupan," kata Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dilaporkan, tidak pernah berada di Parlimen yang diwakilinya selepas memenanginya pada PRU-13 lalu.
Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR yang tidak akan bertanding pada PRU-14 nanti kerana didapati bersalah oleh mahkamah akibat menfitnah, Tian Chua berkata, secara umumnya, PKR tidak menjadikan hudud sebagai satu keutamaan.
No comments:
Post a Comment