Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 8, 2017

PERGERAKAN TUNTUT SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP PEMBERIAN KEWARGANEGARAAN 1.75 JUTA BUKAN MELAYU ANTARA TAHUN 1957-1970!!!



Sebuah pergerakan berasaskan Melayu-Islam menuntut agar dilakukan semakan kehakiman yang boleh mencabar pemberian kerakyatan negara ini kepada 1.75 juta orang antara tahun 1957 dan 1970.

Semuanya bermula apabila beberapa pihak yang asalnya diberikan kerakyatan, membuat bising dan menentang kerajaan kerana memberikan status penduduk tetap kepada penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik selepas status tersebut didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi awal bulan ini. 

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, ketua sekretariat untuk Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) mendakwa, pemberian status kerakyatan tersebut secara pukal telah melanggar terma-terma yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ianya perlu disemak semula.

Sekretariat dalam mesyurat mereka telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah perundangan yang akan dilaksanakan. Sebagai contoh, untuk semakan terhadap pemberian kerakyatan kepada bukan Melayu yang diberikan oleh Kerajaan Malaya pada tahun 1957, sama ada mengikut undang-undang seperti mana yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.

Menurut Khairul Azam, beberapa perlanggaran undang-undang telah dikesan. Justeru, tindakan perundangan perlu dibuat untuk mempersoalkan pemberian kerakyatan tersebut kepada bukan Melayu, kata Mohd Khairul.

Menurutnya lagi, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan ikrar taat setia sebelum kerakyatan diberikan sekiranya individu tersebut berada di sini. 

Perkara tersebut, menurutnya, tidak dilakukan antara tahun 1957 sehingga 1970 menjadikan 1.75 juta orang berjaya memperolehi kerakyatan Malaysia pada ketika itu. Justeru, semakan kehakian perlu dibuat.

"Ini adalah isu perundangan yang memerlukan kita membawanya ke mahkamah dan kita mahu mahkamah membuat keputusan," katanya. 

Isu pemberian kerakyatan secara pukal dari tahun 1957 sehingga 1970 sudah banyak diperkatakan. Malaysia merupakan SATU-SATUNYA NEGARA YANG BERMURAH HATI yang melaksanakan amalan ini. Tidak ada satu negara di dunia ini yang begitu mudah memberikan kerakyatan secara pukal sebegitu rupa kecuali Malaysia. 

Pemberian secara mudah itu, akhirnya memberikan kesan buruk kepada sosio budaya negara ini apabila setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mulai dipertikaikan oleh golongan terbabit.




No comments:

 
Blogger Templates