Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 28, 2017

AIDIL FITRI DIGUNAKAN AZMIN ALI SEPENUHNYA UNTUK PUJUK PAS BERSAMA-SAMA PKR DI SELANGOR!!!



Berasakan Aidil Fitri tahun ini adalah Aidil Fitri terakhir sebagai Menteri Besar Selangor dan kepala Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Melayu PKR Selangor agar memastikan kunjungan ke rumah-rumah terbuka para pemimpin PAS Selangor turut sama membawa misi memujuk. 

Sumber-sumber menyatakan, tahun ini awal-awal lagi beberapa orang pemimpin Melayu PKR sudah sampai di rumah para pemimpin PAS Selangor. Malah, para pemimpin PKR setempat juga, diwajibkan ke masjid dan surau bersama-sama pemimpin PAS setempat untuk menunaikan Sunat Solat Aidil Fitri. Arahannya jelas iaitu, mereka harus berada sebelah menyebelah walau dengan cara apa sekalipun.

Semuanya kerana terlalu terdesak!

Selepas PAS memutuskan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan PKR secara rasmi di peringkat Pusat, PKR Selangor sememangnya sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Walaupun Wan Azizah, Presiden PKR dengan dibantu oleh anaknya, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli cuba berlagak macho dengan cubaan menggertak PAS bagi tujuan mengkagumkan DAP dan Lim Guan Eng, hakikatnya mereka sendiri sedar, PKR tidak akan ke mana-mana tanpa bantuan daripada PAS. Bahkan besar kemungkinan PKR akan mengalami kekalahan yang paling teruk dan kehilangan kerusi Parlimen terbanyak selepas berjaya memenanginya dengan bantuan PAS selama ini.

Azmin Ali sendiri mungkin terpaksa berpindah dari kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa memandangkan Gombak dan Bukit Antarabangsa merupakan sarang PAS. Kemenangan Azmin Ali di Gombak khususnya, banyak dibantu oleh undi-undi orang PAS. Begitu juga dengan Bukit Antarabangsa, terutama melibatkan kawasan orang Melayu di Keramat AU dan Jalan Enggang.

Di sebalik semua kemelut tersebut, Azmin masih cuba menggambarkan kononnya sokongan akar umbi ke atasnya masih cukup kuat. Isu 3 orang Exco PAS cuba diperlihatkan sebagai tidak memberikan kesan negatif secara langsung kepada Kerajaan Azmin Ali. Ini adalah kerana ketiga-tiga wakil PAS dalam pentadbiran Azmin itu, sudah 'diikat' Azmin dan kartelnya dengan pelbagai kemudahan selain bantuan yang kerap diberikan kepada mereka yang sebenarnya lebih kerap berbanding kepada wakil-wakil PKR sendiri. 

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan PKR Selangor. Azmin Ali dianggap trojan horse yang cuba menghapuskan legasi DAP-PKR terutama selepas dia merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Azmin dianggap sebagai 'musang yang dibiarkan dan dibela bersama-sama ayam di dalam satu reban'. 

Di sebalik umpat keji dan cercaan yang diberikan kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun cukup yakin, 3 orang Exco PAS itu selain 13 orang ADUN PAS dan lebih kurang 5000 orang petugas politik PAS di Selangor akan berkempen untuk memenangkan pasukan mereka, sekalipun pada masa yang sama, akan memboikot DAP.

Azmin berharap, sekiranya ini yang berlaku, dia boleh mendabik dada terhadap DAP yang banyak mengongkong Azmin Ali dan pentadbirannya selama ini. Banyak keputusan yang dibuat terutama membabitkan kewangan, tender dan projek di Selangor, 

'Kekuatan' itulah yang membuatkan Wan Azizah terpaksa akur dan menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada Azmin Ali untuk menguruskan isu di Selangor walaupun ditentang keras oleh Rafizi Ramli. Bagaimanapun, Rafizi juga terpaksa akur apabila Wan Azizah menjelaskan tentang rasional PKR perlu berbaik-baik dengan PAS kerana kesannya bukan sahaja di Selangor tetapi di beberapa negeri lain, termasuklah di Perak dan Pulau Pinang.

Disebabkan itulah, Azmin mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin PKR Selangor agar terus memujuk dan berbaik-baik dengan PAS Selangor. Aidil Fitri tahun ini, perlu diuruskan sebaik-baiknya bagi mendapatkan atau lebih tepat lagi, menakluk kepercayaan daripada ahli-ahli PAS memandangkan PAN yang dipimpin oleh Mat Sabu langsung tidak boleh diharap kerana terlalu tamakkan jawatan dan kedudukan di Selangor!


1 comment:

Unknown said...

Dulu kautim dgn PAS jadi mb
Ada hutang budi dgn PAS.. malu sendiri..

 
Blogger Templates