Ramai yang telah sedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng ini cukup menyalahi undang-undang. Bayangkan, bagaimana seorang Ketua Menteri telah menyalah gunakan kuasanya untuk membolehkan beberapa bidang tanah di jual di bawah harga pasaran sebenar. Apa tujuan dia melakukan perkara sedemikian?
Seperti biasa, orang seperti Lim Guan Eng ini mana pernah mengakui salah sendiri. Ayat paling popularnya adalah, semua ini salah Kerajaan Persekutuan walhal segala urusan negeri di bawah kuasa dia sendiri. Jadi untuk apa menyalahkan Kerajaan Persekutuan jika diri sendiri gagal mengawal nafsu tamak?
Terus terang saya katakan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang maruah dan intergriti untuk menerajui sebuah negeri. Dengan kes mahkamah yang sedang dia hadapi disamping pelbagai tuduhan dan pertikaian keatas tingkah lakunya, untuk apa lagi Lim Guan Eng menerajui negeri kelahiran saya?
Sepanjang 9 tahun pentadbirannya, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat oleh dia sehinggakan kini saya sendiri tidak pasti samada Pulau Pinang masih kekal menjadi salah sebuah negeri di dalam Malaysia atau sudah menjadi sebuah negeri yang telah dijual sepenuhnya oleh Guan Eng kepada pihak luar.
Letak jawatanlah Lim Guan Eng. Kehadiran kamu di Pulau Pinang memang benar-benar merosakkan negeri yang kami cintai ini.
Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
No comments:
Post a Comment