Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 1, 2017

LIM GUAN ENG TERUS LEMAS DENGAN SKANDAL-SKANDAL TANAH YANG TERDEDAH DAN DIDEDAHKAN!!!



Lim Guan Eng semakin terdesak. Pembohongannya sudah tidak menjadi, bahkan semakin banyak pula ulahnya yang terdedah dan didedahkan. Kebanggaan palsu yang sering dipertontonkannya, mula memakan diri, apatah lagi kes mahkamah melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedang menantinya juga memerlukan perhatian khusus setelah 9 tahun dia berlagak seperti Maharaja Kecil Pulau Pinang. 

Selama ini, Lim Guan Eng cukup garang. Pantang terdedah, dia akan menyaman. Bila dah asyik kalah di mahkamah, dia bergantung pula kepada Tun Dr. Mahathir. Semasa hayatnya dahulu, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sandaran dan modalnya, sekarang Dr. Mahathir pula yang digunakan oleh Guan Eng untuk menyelamatkan kerjaya politik dan kemewahan yang dikumpulnya selama 9 tahun. 

Ditambah pula dengan usaha giat pihak berkuasa memburu dan menyelongkar premis-premis sindiket yang melanggar AMLA atau lebih tepat lagi skim cepat kaya, menjadikan segala usaha dan latihan yang diterima untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara idaman sekular sosialis chauvinist yang terasnya adalah DAP, mungkin tidak akan menjadi kenyataan. 

Laporan kepada SPRM oleh Datuk Huan Chen Guan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia berhubung penjualan tanah kerajaan di Lebuhraya Peel kepada sebuah syarikat dari Singapura bagi pembinaan hospital mewah yang sudah tentu bukan untuk rakyat, tanpa melalui proses sewajarnya dan pada harga yang sangat rendah, membungkamkan Lim Guan Eng. 

Begitu juga dengan pendedahan tentang Pulau Pinang yang sudah tidak ada wang sehingga memaksa mereka untuk meminjam dari bank luar negara dan kemudian cubaan menutup isu tersebut dengan MERASUAH BONUS kepada penjawat awam negeri sambil berbangga-bangga kononnya pemberian bonus tersebut adalah hasil daripada kecekapan pengurusan negeri, masih tidak mampu menutup cerita sebenar tentang kegilaan penjualan tanah dan ceteknya otak Lim Guan Eng untuk menjana pendapatan negeri dan rakyat selain daripada menjual tanah, laut, bukit bahkan air di Pulau Pinang untuk membuat penyelesaian kewangan jangka pendek. 

Namun, dia sekurang-kurangnya mengakui peningkatan 500% perbelanjaan operasi secara tahunan semenjak dia mengambilalih pentadbiran negeri. Alasan yang diberikannya, peningkatan tersebut adalah perlu bagi memastikan semua projek berjalan lancar.

Maka bayangkanlah seandainya Kerajaan Persekutuan di bawah Najib Abdul Razak berbelanja 500% semenjak 2008 seperti Pulau Pinang dan memberikan alasan bahawa peningkatan 500% itu adalah perlu bagi membolehkan semua projek berjalan lancar, sudah pasti, Lim Guan Eng yang paling awal akan mengutuk menghentam, mencerca dan memaki hamun Najib serta Kerajaan Persekutuan. 

Yang tidak pernah diberitahu ialah, dari mana dia memperolehi perolehan bagi mendapatkan surplus berbanding meningkatkan 500% dalam perbelanjaan?

Adakah wang tersebut datangnya daripada Kerajaan Persekutuan? Atau peningkatan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Pulau Pinang? Atau penjualan aset-aset Pulau Pinang sehingga tidak tinggal suatu apa pun sehingga akhirnya terpaksa meminjam dari bank asing semata-mata untuk membayar gaji dan bermegah-megah?


Selepas Lebuhraya Peel yang bernilai RM156 juta, kini terdedah lagi tentang penjualan tanah dan hak ke atas tanah tanpa tender terbuka oleh Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang melibatkan 36.53 ekar tanah dan tanah tambah bagi projek Queens Waterfront yang teletak berhampiran Queensbay Mall yang berhadapan dengan Pulau Jerejak.

Queens Waterfront merupakan sebuah projek yang dibangunkan oleh Ideal Property Group yang secara keseluruhan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.15 bilion. 

Pemaju mengatakan, projek pegangan bebas itu terletak di tapak seluas 36.53 ekar yang mana 24.79 ekar adalah tanah tambak. (RUJUK SINI)

Dengan menggunakan harga jualan tanah kerajaan negeri di Bayan Mutiara pada tahun 2011, yang juga merupakan kombinasi tanah sedia ada yang hanya berharga RM240 sekaki persegi, nilai harga bagi 36.53 ekar sepatutnya RM382 juta. 

Tiada sebarang pengisytiharan kepada awam tentang urusniaga tanah berkenaan apatah lagi tender terbuka sekaligus menimbulkan tandatanya adakah DAP Pulau Pinang menjual satu lagi aset negeri berharga RM382 juta tanpa melalui tender terbuka kepada Ideal Property?

Sekiranya benar, apakah tukaran untuk menjustifikasikan urusniaga langsung itu? Pembinaan lebih banyak kondo mewah?

Penjualan 49%  saham di Tropical Island Resort Sdn. Bhd (TIRSB) oleh PDC Pulau Pinang pada harga RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak kepada Ideal Property Group turut menimbulkan tandatanya. 

Jualan tersebut telah dilakukan tahun lepas. Syarikat berkenaan memiliki 80 ekar tanah di Jerejak. Dengan 49% pegangan bagi nilai RM156 juta, Ideal secara efektifnya telah membeli 39.2 ekar tanah pada harga hanya RM40 sekaki persegi. 

Adakah jualan 49% oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi open terbuka? Adakah pembida lain?

Ideal Property Group juga adalah pemegang 20% kepentingan dalam Projek Penang Transport Masterplan yang membabitkan penebusan tanah seluas 4,500 ekar di selatan Pulau Pinang, lebih luas dari Melaka Gateway dan Projek Forest City seandainya kedua-duanya digabungkan. 

Berapa banyak projek tanah lain yang telah dijual oleh DAP Pulau Pinang tanpa pengetahuan dan tanpa melalui tender terbuka?


No comments:

 
Blogger Templates