Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 18, 2017

MENCARI MASALAH VERSI MUHYIDDIN YASSIN... SEKALI DIA BUKA MULUT PASAL DOJ DAN 1MDB, MENDERU-DERU SKANDALNYA SEMASA BERKUASA TERBONGKAR!!!



Bimbang dikenakan tindakan undang-undang kerana menfitnah Rosmah Mansor, Malaysiakini, portal berita yang dibiayai George Soros cepat-cepat menukar tajuk artikel yang melibatkan Muhyiddin Yassin

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini merupakan Presiden Parti Cap Bunga, Muhyiddin Yassin sedar, masanya dalam kerjaya politik semakin berakhir. Dengan penolakan partinya terhadap dirinya sendiri semakin memuncak, hubungan dengan Tun Dr. Mahathir yang semakin renggang dan sentiasa diketepikan oleh Mukhriz Mahathir, tanpa sebarang sentuhan mengkagumkan dan dikehendaki oleh DAP mahupun PKR, Muhyiddin Yassin perlu berpaut kepada sesuatu isu bagi memastikan namanya terus berada dalam arus politik perdana. 

Isu DOJ-1MDB kembali diperkatakan selepas setahun DOJ tidak membuat sebarang tindakan undang-undang susulan selepas diumumkan oleh bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch pada Julai tahun lepas. 

Kali ini, DOJ mengulangi dakwaan dengan kemasukan perkara-perkara baru tanpa berani menyebut nama Rosmah Mansor mahupun Najib Abdul Razak namun nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak disebut pula oleh para pemimpin pembangkang di Malaysia yang mahu menanam persepsi bahawa DOJ menfailkan saman jenayah terhadap Perdana Menteri Malaysia itu walaupun hakikatnya, yang dibuat oleh DOJ ialah permohonan terbaharu saman sivil yang tidak memerlukan juri sebaliknya hanya keputusan hakim. 

Muhyiddin pula melangkaui imaginasi itu dengan membayangkan saman sivil DOJ itu bersamaan dengan saman jenayah. Para penyokong Mahathir dan pembangkang juga enggan percaya bahawa saman sivil itu tidak bermakna apa-apa, bahkan tidak menjejaskan Najib dan Rosmah sama sekali kerana ia bukanlah membuktikan mana-mana pihak telah melakukan jenayah. 

Ia sebaliknya difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan itu benar melainkan selepas mahkamah memutuskan ia adalah benar.

Yang pastinya, DOJ tidak mempunyai bukti prima facie tentang segala dakwaan. Kalau ada sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat dan undang-undang lain yang berkaitan. 

Seperkara lagi, saman sivil DOJ yang terbaharu ini langsung tidak membabitkan 1MDB, Najib mahupun Datin Seri Rosmah Mansor. 1MDB, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bukanlah tertuduh, malah bukan juga defendan. Defendan dalam saman sivil ini adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen setebal 251 muka surat itu adalah Low Taek Szen (Jholow), JW Hospitality (VHG Intl) Ltd, FFP (Cayman) Ltd, Mubadala Development Compnay PJSC, Viceroy Hotel Group dan Jynwell Capital Ltd.

Tuduhan liar yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin, memalukan dirinya sendiri. Dia terlalu melulu sedangkan saman sivil ini baru sahaja di peringkat fail. Belum ada perbicaraan dan sudah tentu kalau ada perbicaraan, nama Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak tidak akan disentuh atau dilibatkan.

Sudah beberapa kali 1MDB menegaskan bahawa wang syarikat itu tidak dicuri, disonglap, diseludup mahupun disapu oleh sesiapa pun. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri kecuali sedikit masalah pengurusan. Persetujuan luar mahkamah timbang tara bersama-sama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan. 

Muhyiddin ketika penghujung kerjayanya bersama-sama UMNO dan Kerajaan pernah berkata, dia tidak tahu apa-apa tentang 1MDB melainkan hanya merujuk kepada akhbar The Edge, yang pemiliknya telah dikaitkan dan didakwa oleh Xavier Justo sebagai peminda dokumen-dokumen yang dicuri dari PetroSaudi bagi tujuan untuk mengenakan 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, selepas dia dipecat dari UMNO, Muhyiddin tiba-tiba sahaja menjadi 'cerdik' walaupun dia sendiri gagal membuktikan sebarang salah laku dalam 1MDB, biarpun pada masa yang sama, mendapat bantuan dan sokongan penuh daripada Mahathir. 

1MDB telah melalui proses rasionalisasi yang baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutang-hutangnya. Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru-baru ini dilaporkan bank antarabangsa HSBC, bersetuju untuk melabur RM1 bilion di TRX. Projek Bandar Malaysia yang juga merupakan projek 1MDB telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat minat pelaburan daripada syarikat-syarikat asing dan tempatan bernilai RM40 bilion di dalam projek berkenaan.



Daripada Muhyiddin sibuk untuk mengenakan Rosmah Mansor yang tidak ada kena-mengena dengannya, lebih baik Muhyiddin menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Mohamed Hafiz Azhar serta beberapa orang Exco Armada lain tentang skandalnya dengan Nika Ghee. Sudah setahun semenjak skandal tersebut mulai diketahui dan masuk mahkamah yang tidak dijawab oleh Muhyiddin melainkan mengatakan ianya hanyalah fitnah semata-mata, biarpun pada masa yang sama, Muhyiddin tidak berani menjawab tentang perbicaraan yang akhirnya Mahkamah Tinggi bersetuju membubarkan perkahwinan Nika Gee dengan pasangannya berdasarkan akuan bersumpah suami Nika Gee tentang hubungan terlarang Nika Gee dengan Muhyiddin.

Bahkan sudah ramai yang mendesak mahu tahu tentang kekayaan yang dimiliki oleh kaum keluarga Muhyiddin terutama sekali anak-anaknya sebelum Muhyiddin berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi.

Muhyiddin sebenarnya sudah lama kalah. Lebih baik Muhyiddin mencari jalan lain untuk mengembalikannya semula ke kancah politik berbanding menggunakan isu-isu yang akhirnya membunuh dirinya sendiri. 

Sekarang zaman orang buka mulut, Tan Sri. Sepatah kita bercakap hal orang, berpatah-patah orang lain membongkar rahsia yang kita cuba pendam!

Dan Tan Sri sebenarnya sudah jauh ketinggalan kerana terlalu sangat mengikut kata-kata Mahathir yang mempunyai agenda lain berbanding menaikkan Tan Sri ke tempat yang lebih tinggi.


1 comment:

Anonymous said...

Kitar isu yg sama. Membosankan. Muhyidin perlu berundur drpd parti barunya yg tak jelas hala tuju.

 
Blogger Templates