Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 1, 2017

SELAMAT BERSARA WAHAI MUHYIDDIN YASSIN!!!!



Bekas Timbalan Presiden UMNO merangkap bekas Menteri Besar Johor, merangkap Pengerusi Parti Cap Bunga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin tidak menyangka nasib politiknya tidak sebaik seperti yang diharapkan. Penggabungan dan kepercayaannya kepada Dr. Mahathir selama berpuluh-puluh tahun, dari zaman Menteri Besar Johor yang terpaksa 'dilarikan' ke Pusat, sehinggalah dia memilih untuk membakar jambatan dengan UMNO selepas mengaku dia adalah UMNO TOTOK, akhirnya dibalas dengan nasib yang sedikit baik berbanding Anwar Ibrahim.

Berdekad-dekad Mahathir dilindungi oleh sistem UMNO dan sikap orang Melayu yang hormatkan pemimpin sehingga pelbagai cerita-cerita mitos tentang pemimpin terutama Mahathir dicipta untuk mengekalkan sokongan kepadanya.

Dan tidak hairanlah mengapa Mahathir masih lagi tidak sedar akan realiti yang sudah jauh berubah seiring dengan perubahan dan ledakan maklumat. Zaman maklumat disorok bagi membolehkan dia sentiasa dilihat putih bersih mulus dan tulus telah lama berlalu. Sebaliknya zaman dia ditelanjangkan, bahkan mana-mana pemimpin yang tersilap langkah dibogelkan sehingga tanpa seurat benang, telah pun berlaku.

Mahathir masih lagi mewakili zaman feudal walaupun dia mungkin tidak berasal dari serambi istana. 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dengan semua kata-katanya didengar, membuatkan Mahathir lupa bahawa dia hanyalah seorang pesara dan cubaannya untuk kembali ke kancah kuasa semata-mata untuk mempertahankan legasi dan kemewahan kawan-kawan serta anak-anaknya, akan meletakkannya sebagai seorang negarawan paling lekeh dalam sejarah Malaysia.

Belum pernah ada mana-mana bekas Perdana Menteri Malaysia yang memekak kerana anak mereka hilang kontrak mewah kerajaan atau kawan-kawan yang menghadiahkan kemewahan, diburu pengutip cukai kerana melarikan cukai selain daripada Mahathir.

Ironinya, Mahathir menganggap perbuatan dan tindakannya itu sebagai salah satu perjuangan rakyat. Dan untuk itu, dia perlu kembali menjadi Perdana Menteri!

Apa sudah jadi dengan Muhyiddin Yassin yang sanggup mengorbankan diri dan kerjaya politiknya dengan Mahathir? Tidakkah sedikit pun jasa Muhyiddin kepada Mahathir berbanding jasa Mahathir kepadanya yang perlu dikenang, kalau tidak oleh Mahathir, oleh Mukhriz yang semua orang tahu, bukan sahaja tidak berbakat, malahan tidak tahu apa yang dilakukannya dan mengapa dia berada dalam arus politik negara.

Rata-rata kini, Muhyiddin jadi kambing hitam untuk ahli-ahli Cap Bunga keluar parti. Mahathir dan Mukhriz tidak bersalah langsung. Segala-gala yang berlaku termasuklah urusan melantik Pengerusi Bahagian Perhubungan Negeri pun, salah Muhyiddin sebab jawatan Muhyiddin adalah Pengerusi walaupun semua orang tahu, walaupun sebagai Presiden, Muhyiddin tidak ada kuasa apa-apa kerana semua kuasa dipegang oleh Mahathir. Segala titah perintah Mahathir adalah undang-undang Cap Bunga. Manakala Mukhriz pula adalah anak emas yang bapanya akan buat segala-galanya untuk dia.

Mahathir telah pun bersuara. Dia tidak menolak untuk jadi Perdana Menteri semula!

Baguslah... amat dialu-alukan. Ini Malaysia. Di negara ini, semua orang bebas menjadi pemimpin. Apatah lagi kalau dikelilingi oleh aura dan mitos yang bukan-bukan tentang dirinya.

Yang pastinya, Muhyiddin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada dunia politik. Kerjaya politiknya dimatikan oleh Mahathir demi Mukhriz Mahathir!


1 comment:

Anonymous said...

daripada menyusahkan orang lebih baik undur secara terhormat..sokongan dipagoh tu pun atas tiket umno..

 
Blogger Templates