Justeru, apabila Mukhriz Mahathir mengancam untuk menyaman pihak yang menyebarkan gambar-gambar peribadi anak-anaknya, ia sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu manifestasi kekecewaan apabila taktik yang sama digunakan oleh pesaingnya.
Apa yang tidak dikatakan terhadap Najib Abdul Razak. Malahan 'jenaka'nya tentang 'Lanun Bugis' telah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia tercalar. Apa pula yang tidak dikatakan tentang Rosmah Mansor. Malahan Rosmah Mansor dikatakan telah menyihir Najib Abdul Razak menggunakan bomoh selain penghinaan terhadap fizikal Rosmah Mansor. Itu belum lagi kata-katanya tentang majlis perkahwinan anak perempuan Najib-Rosmah.
Begitu juga penghinaan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir terhadap Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipa, sedangkan pada sebarang masa, Ahmad Bashah tidak pernah sekali pun berkata buruk tentang Mukhriz, apatah lagi menghina fizikalnya. Malahan, sewaktu Mukhriz dibawa balik ke dalam UMNO Kedah, Ahmad Bashah sanggup berundur dan memberikan ruang kepada Mukhriz. Mukhriz yang tidak tahu apa-apa tentang Kedah, diajar dan dibantu. Dan walaupun Mukhriz selaku Bendahari UMNO Kedah, yang mencari duit untuk pengurusan dan pentadbiran UMNO Kedah adalah Ahmad Bashah. Apa yang diterima oleh Shafie Apdal sewaktu mengetuai Kedah, itulah juga bantuan yang diberikan oleh Ahmad Bashah dan UMNO Kedah kepada Mukhriz.
Keadaan berterusan apabila Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah dan seterusnya Menteri Besar Kedah. Orang yang dihina itulah yang menggalas tugas Mukhriz kerana Mukhriz terlalu sibuk berulang-alik antara KL-Alor Star dan kemudian bercuti ke luar negara bersama anak isterinya.
Tetapi apabila Mahathir banyak bercakap tentang orang lain, berlagak seolah-olah dia adalah wali suci yang bebas daripada rasuah dan kekayaan yang diperolehi oleh anak-anaknya sekarang diperolehi secara tiba-tiba dari perut bumi, dan kemudian mempertikaikan pihak lawannya, maka bermulalah episod pendedahan yang cukup meyakitkan.
Namun yang pasti ialah, segala pendedahan tentang kemewahan luar biasa yang dipertontonkan kepada orang ramai, bukannya dibuat oleh musuh-musuh Mahathir dan Mukhriz sebaliknya oleh ahli-ahli keluarga mereka sendiri!
Jadi, Mukhriz nak marah siapa sebenarnya?
6 comments:
seronok& beruntung nyer jadi anak cucu perampok 'suci'..
tak...nak tanye nie...anak najib, anak rosmah, anak nazri, sume anak2 menteri serta pembesar2 UMNgok tu jagn lupa untuk disebarkan sekali pada umum. Kalo x nampak sangat ko ni pendedak, pencacai pengangkut najis bak kat Aruah P ramlee....tul x?
Keluarga PUAKA!
Dorang mewah kat Dunia je, biarkan..nanti mereka akan diadili juga sama dengan kita..so nak lari mana
Huuu tuduh orang tu tuduh org ni. Anak sendiri buka tembelang bapa
Wahai saudara mengapa sorok identiti tu takut Ker kalau nak ikut kan keluarga DSNajib tu memang kaya-raya tu bukan kerana bapa dia jadi PM kerana nenek moyang dia di sebelah emak dia dan bapak dia pun dah kaya raya kalau banding dengan madey Kutty tu sebelah emak Mukhriz ok lah orang yang berada tetapi sebelah Madey Kutty tu hampeh oleh mana datangnya mereka anak beranak jadi kaya-raya tu tolong habaq mai Noo....
Post a Comment