Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 8, 2018

ALASAN LETAK JAWATAN SEBAB PAN GAGAL DAPAT KERUSI TITIWANGSA TAPI SEBENARNYA MALU SEBAB DR. MAHATHIR CALON PM PAKATAN!!



Semasa zaman Reformasi, Dr. Hatta Ramli merupakan salah seorang tenaga penggeraknya. Malah dari PAS, dialah yang paling aktif membela Anwar Ibrahim dan menentang Dr. Mahathir. Penentangan Dr. Hatta ke atas Dr. Mahathir berterusan sehinggalah dia kerapkali dianggap sebagai sebahagian daripada DAP walaupun berbaju PAS.

Apabila barisan kepimpinan yang disokong kuat oleh DAP kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS pada tahun 2015, Dr. Hatta bersama kawan-kawan sealirannya bertindak keluar dari PAS dan menubuhkan PAN dengan kiblat yang masih sama iaitu DAP.
Penyandang kerusi Kuala Krai atas tiket PAS pada PRU-13 lalu itu sudah tahu hayat politiknya di Kelantan sudah berakhir. Dia perlu mencari tempat baru bagi menyambung hayat politiknya. 

Selama lebih dua tahun, Dr. Hatta 'bekerja' di Parlimen Titiwangsa. Dr. Hatta mengidamkan kerusi Parlimen Titiwangsa yang pernah dimenangi oleh Allahyarhamah Dr. Lo'lo' Ghazali pada PRU-12. Bagaimanapun, kehendak Dr. Hatta itu tidak ditunaikan. Sebaliknya alasan yang diberikan oleh Pakatan ialah, kerusi Parlimen Titiwangsa terlalu kuat untuk ditandingi oleh Dr. Hatta. Sebaliknya Dr. Hatta akan dicalonkan di kerusi yang lebih selamat bagi menjamin kemenangannya.

Kerusi Parlimen Titiwangsa sekarang ini disandang oleh Menteri Kewangan II, Johari Abdul Ghani yang disifatkan kebal di kawasan terbabit kerana prestasi baiknya selaku Wakil Rakyat.

PPBM mendapat kelebihan kerana diberikan hak bertanding di Titiwangsa sekalipun PPBM tidak menjalankan sebarang gerak kerja di Titiwangsa, sebaliknya sekadar bersandar kepada faktor mereka adalah 'bekas UMNO' dan UMNO mempunyai pengaruh di Titiwangsa.

PAN Johor sebelum ini telah memulaukan Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam dua hari sudah. Secara keseluruhan, PAN menampakkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan pembahagian kerusi Pakatan Harapan meskipun pada masa yang sama, PAN adalah 'Unit Melayu-Islam DAP'. Sekaligus menjadikan DAP paling dominan dalam Pakatan Harapan biarpun tidak memasukkan lagi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak.

Namun difahamkan, antara faktor penting Dr. Hatta meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAN Wilayah Persekutuan adalah kerana Dr. Mahathir.


Dr. Hatta merupakan antara mereka yang menolak secara total pencalonan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan. Perjuangannya selama lebih 30 tahun menentang Mahathir, tidak boleh dilenturkan dengan hanya atas nama persepakatan Pakatan Harapan.

Majoriti kelompok Reformis menentang keras idea Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sebaliknya lebih berminat dengan Azmin Ali.

Cuma hanya untuk 'memujuk' ahli-ahli UMNO untuk memenangkan Pakatan atas nama Mahathir sahaja, membuatkan mereka terpaksa manis muka dan mengangguk-angguk meskipun pada masa yang sama, rungutan-rungutan keras kedengaran sepertimana yang dilakukan oleh Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR yang menentang keras pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri.


1 comment:

Anonymous said...

kesiannnn otai reformasi...teruk di balun FRU masa demonstrasi dulu...akhirnya kena tipu hidup hidup.......adusss..

 
Blogger Templates