Salin Tampal Dari: selangor-leaks.com
November 2017, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato Seri Irmohizam Ibrahim mengeluarkan satu kenyataan yang bertanyakan tentang pampasan kepada bekas pemilik-pemilik tanah dalam program petani PKPS. (BACA DI SINI)
Sebagai tambahan, beberapa orang pemimpin Pemuda turut membuat kenyataan dan laporan kepada SPRM untuk memperjuangkan nasib petani-petani miskin yang telah dijanjikan pampasan semenjak tanah mereka diambil bagi tujuan pembangunan dari tahun 1999 lagi. Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi dan jawapan diberikan.
Ecoworld Development Berhad telah mengumumkan pembelian beberapa bidang tanah bernilai RM1.18 bilion pada September 2015. (BACA DI SINI). Wang pembelian tanah tersebut sepatutnya telah diserahkan kepada petani-petani dan pemilik-pemilik tanah memandangkan Eco World telah pun memajukan hartanah itu dan membuat promosi jualan. Pemindahan tanah pastinya telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri bagi membolehkan pembangunan dijalankan. Dan sudah pasti jugalah, pembayaran telah dibuat kepada Mujur Zaman dan LBCN Development.
Sumber-sumber di kalangan pemilik-pemilik asal berkata, mereka telah dihubungi oleh Latheefa Koya dari firma guaman Daim & Garmany sebelum ini. Mereka juga telah diberikan jaminan olehnya tentang pengagihan wang dan rumah yang sepatutnya. Dia telah meminta mereka bersabar. Bagaimanapun, sehingga kini Januari 2018, tiada sebarang perkembangan berhubung wang dan rumah yang dijanjikan.
Rakan kongsi Daim & Garmany adalah ahli-ahli politik dan aktivis yang dikaitkan dengan PKR seperti Latheefa Koya sendiri, Sivarasa dan Eric Paulsen. Rakan kongsi lain yang mewakili Kerajaan Negeri termasuklah N. Surendran yang merupakan Naib Presiden PKR dan rakan aktivis.
Sumber-sumber mahkamah pula mendakwa wang tersebut tersangkut kerana individu yang berhak dan menguasai pegangan saham LBCN dan Mujur Zaman, Dato Chin Chan Leong sedang berhadapan dengan masalah perundangan dengan pembiayanya berhubung isu wang. Turut didedahkan sepanjang tempoh perbicaraan, entiti yang rapat dengan Azmin Ali telah dibayar dengan sejumlah wang yang banyak iaitu RM1.18 bilion oleh Eco World selepas akaun Chin Chan Leung dibekukan. Ini menjejaskan petani-petani miskin tersebut yang sekarang ini terpaksa bergantung hidup kepada pekerjaan rencam dan menyewa rumah selama lebih 20 tahun!
Azmin tidak peduli dengan arahan mahkamah agar Kerajaan Negeri menyerahkan kembali tanah-tanah tersebut kepada petani-petani itu sebaliknya menyelesaikan masalah berkenaan dengan menjual tanah itu kepada Eco World. Seandainya benar yang Azmin Ali memperolehi bahagiannya dalam penjualan tanah tersebut, bermakna dia telah merompak petani-petani miskin itu. Sepatutnya penyelesaian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri memastikan para petani berkenaan memperolehi tanah dan rumah, namun sebaliknya yang untung besar adalah Azmin Ali.
Pembayaran tersebut sebenarnya untuk siapa? Tidakkah ianya merupakan satu lagi rasuah yang boleh didefinisikan di bawah undang-undang SPRM?
1 comment:
Hukum tembak je siperasuah....
Post a Comment