Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 8, 2018

SEMBANG AZMIN ALI MACAM NAK RUNTUH LANGIT TENTANG RUMAH SELANGORKU, AKHIR SEKALI PROJEK DIBATALKAN DAN TANAH PROJEK 'HILANG' LAGI!!!



Sebenarnya, Lim Guan Eng sebenarnya berkongsi masalah dengan Azmin Ali. Kalau di Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang kalut berkungfu dan berkungtau tentang Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan penjualan tanah yang melibatkan wang rakyat bernilai berbilion Ringgit, di Selangor juga tidak kurang masalahnya. 

DEIG, skandal tanah LCBN dan Mukim Ijok serta beberapa skandal tanah yang lain sepertimana yang banyak didedahkan oleh pelbagai pihak, termasuklah dari dalam PKR sendiri, melibatkan jumlah wang yang bukan sedikit jumlahnya. Berpuluh-puluh bilion Ringgit wang rakyat gagal dijawab oleh Azmin Ali. 

Terbaru ialah pendedahan tentang peruntukan MARRIS dari Kerajaan Pusat yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan-jalanraya di seluruh Selangor, tetapi RM2 bilion hilang begitu sahaja. Dan Azmin sampai ke hari ini, masih tidak mampu menjawab ke mana menghilangnya wang berkenaan. Sebaliknya dia cuba berlagak seolah-olah dia tidak mendengar dan isu tersebut diharapkan hilang begitu sahaja. 


Ketika Kerajaan Persekutuan mengumumkan tentang projek perumahan PRIMA dan sebagainya yang berstatus mampu milik bagi kepentingan rakyat, Azmin Ali tidak mahu ketinggalan. Dia juga mengumumkan tentang Projek Rumah Selangorku yang katanya, jauh lebih murah dan lebih baik berbanding projek Kerajaan Persekutuan. 

Beberapa pengumuman telah dibuat tentang Rumah Selangorku. Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat menunjukkan tiada projek Rumah Selangorku di Semenyih, sebaliknya syarikat pemaju hartanah yang diberikan hak telah membangunkan kawasan kediaman mewah. (RUJUK SINI

Terbaru, seperti yang ramai jangkakan, akhirnya Kerajaan Negeri Selangor membatalkan 9 Projek Rumah Selangorku yang telah diluluskan sebelum ini. Itu yang diumumkan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Samad. 


Kata Iskandar, keputusan tersebut dibuat semasa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku ekoran kegagalan pemaju mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pembatalan 9 projek tersebut melibatkan tiga projek di Kajang, dia projek di Selayang dan masing-masing satu projek di Subang Jaya, Shah Alam, Ampang Jaya dan Klang. 

Ironinya, pembangunan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil telah berjaya disiapkan 17 bulan lebih awal dari tempoh yang dijadualkan selain menjadi projek pertama seumpamanya dibina tanpa penglibatan sebarang kos oleh Kerajaan Pusat. 

Pada masa yang sama, Majlis Daerah Kuala Langat telah menaikkan cukai pintu sehingga 400%!!!

Ni baru namanya Prihatin dan Hebat, kan?


1 comment:

Anonymous said...

Pelik bin ajaib... gagal dapat lebenaran merancang alasan paling bangang... Kuasa PBT jauh lebih rendah dari exco dan MB.... apasal yak bole lulis kebenaran merancang...? Apakah PBT selangor di bawah kuasa orang UMNO atau BN... sedangkan PBTdinkuasai oleh orang PKR PAS...?


Mangang bertingkek tingkek....

 
Blogger Templates