Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 20, 2018

KERAJAAN PERSEKUTUAN DIMINTA TUNTUT SEMULA RM8 BILION YANG 'DIROMPAK' SHAFIE APDAL DAN KONCO-KONCONYA KERANA IA ADALAH WANG RAKYAT SABAH!!!



Tuntutan dan desakan seorang Ahli Parlimen Sabah, Abdul Ghapur Salleh terhadap Shafie Apdal memang ada asasnya. Malahan dakwaannya yang mengatakan Kerajaan Persekutuan telah melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan terhadap bekas Menteri KKLW tersebut juga ada asasnya. 

RM8 bilion telah dilaporkan disalahgunakan dan diselewengkan oleh Shafie Apdal sepanjang dia menjadi Menteri KKLW. Banyak projek-projek luar bandar atau lebih tepat lagi KKLW di Sabah, hanya wujud di atas kertas, sedangkan hakikatnya, projek-projek tersebut tidak pernah diadakan dan dibangunkan. 

Penyaluran air paip, bekalan elektrik dan jalan yang lebih sempurna yang berada di bawah bidang kuasa KKLW, ketika zaman Shafie Apdal, berada dalam keadaan yang terlalu daif. Rungutan daripada penduduk kampung seperti yang berlaku di Tenom dan Semporna sendiri, seolah-olah hilang begitu sahaja.

Shafie Apdal masih lagi bebas, malahan cuba berselindung di sebalik perjuangan mahu 'memerdekakan' Sabah setelah belang penyelewengannya didedahkan secara besar-besaran. 

Kata Abdul Ghafur, dia hairan mengapa wang RM8 bilion yang disalahgunakan oleh Shafie Apdal sewaktu menjadi Menteri KKLW tidak dituntut semula. RM8 bilion itu adalah wang rakyat Sabah yang telah dirompak oleh Shafie Apdal dan konco-konconya. 

Shafie Apdal telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Oktober tahun lalu dalam siasatan yang berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion. Dia bagaimanapun, dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 pada 27 Oktober.

350 projek di bawah KKLW ketika di bawah Shafie, dilaporkan sedang dipantau SPRM kerana wujud dakwaan penyelewengan dana persekutuan. 

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalanraya di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan antara tahun 2009 sehingga 2015.

No comments:

 
Blogger Templates