Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 20, 2018

PAN TAK BOLEH BUAT APA-APA BILA DILUDAH DAP... MAKLUMLAH, MACAI SERPIHAN!!!



Kalau tak kerana Wee Ka Siong, Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Ayer Hitam menyerang dan melondehkan Lim Guan Eng dengan skandal terowongnya, sudah pasti PAN yang akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam sebagaimana yang telah dijanjikan oleh DAP kepada Mat Sabu.

Maruah Lim Guan Eng bererti perlu mengalahkan dan seterusnya membenamkan lawannya dalam pilihanraya. Kemenangan dalam pilihanraya bermaksud, Lim Guan Eng adalah seorang dewa, seorang yang suci dan seorang yang tidak bersalah.

Ketika cerita Terowong Dasar Laut Pulau Pinang semakin terdedah termasuklah pendedahan yang melibatkan Lim Guan Eng dengan seorang penipu yang dikenali sebagai Dato' Seri Gnaraja semakin membesar, DAP terpaksa menutup cerita tersebut dengan menimbulkan pelbagai isu lain.

Kaedah terbaik untuk membuatkan orang ramai terlupa tentang skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang mencecah puluhan bilion ringgit itu ialah dengan menyibukkan orang ramai dengan isu-isu remeh yang disensasikan.

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang yang cukup susah untuk ditemui di kawasan yang diwakilinya, bahkan besar kemungkinan tidak tahu pun di mana terletaknya Kluang, dikatakan akan menjadi calon di Ayer Hitam.

Sekaligus membenamkan hasrat PAN yang bercita-cita besar mahu memperolehi sekurang-kurangnya satu kawasan Parlimen yang kukuh memandangkan Ayer Hitam mengandungi 56% pengundi Melayu.

Pada PRU-13 lalu, Pakatan diwakili oleh calon dari PAS, Hu Phang Chaw. Hu Phang Chaw dari Dewan Himpunan Penyokong PAS bagaimanapun kalah kepada Wee Ka Siong dengan majoriti 7,310 undi.

Sepatutnya berdasarkan kepada persetujuan, di mana kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS mewakili Pakatan pada PRU-13 lalu, akan diambilalih oleh PAN. Apatah lagi, kerusi Ayer Hitam sebenarnya kerusi majoriti Melayu. DAP sendiri sudah pasti tidak akan menyerahkan kerusi DUN Yong Peng yang merupakan salah satu daripada DUN dalam Parlimen Ayer Hitam kepada PAN sebagai tukar ganti, apatah lagi pada PRU-13 lalu, calon DAP, Chew Peck Choo berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,475 undi.

Penelanjangan Lim Guan Eng oleh Wee Ka Siong telah menyebabkan DAP berubah fikiran. DAP menggunakan kuasa vetonya untuk mengenepikan PAN yang sebenarnya tidak ada apa-apa, melainkan terpaksa merengek belas ehsan daripada DAP.

Untuk menutup mulut Wee Ka Siong, sekaligus menutup sebarang skandal dan salahlaku serta penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, PAN perlu dikorbankan. Masyarakat pengundi Melayu di Ayer Hitam dipaksa mengundi DAP dan Liew Chin Tong.

Apa yang boleh dilakukan oleh PAN?

Menangis tak berlagu sajalah!!!


1 comment:

Anonymous said...

Khadam angguk je lah...mana ada berani lawan abg besar.

 
Blogger Templates