Dari 5 Mei 2013 sehinggalah 6 April 2018, pelbagai isu dan drama telah disaksikan oleh rakyat Malaysia.
PRU-14 juga menyajikan satu lagi drama politik yang tidak kurang hebat dan menariknya apabila Dr. Mahathir yang sudah pun berusia 93 tahun melunaskan dendam lama terhadap musuhnya dengan cara yang paling sopan dan dengan kaedah yang paling halus.
Selama berdekad-dekad Mahathir bersama-sama UMNO, musuh utamanya adalah DAP, PAS dan sesiapa sahaja yang menentang atau menghalangnya dalam UMNO. Ramai yang telah menjadi mangsanya. Sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, UMNO telah diharamkan pada 1988 dan 'diperbaharui' dengan berbilion-bilion aset serta tunai UMNO hilang begitu sahaja. Pada masa yang sama, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang berpotensi tetapi hanya kerana menentang Mahathir, mereka disenyapkan dan kemudian 'dilupuskan'.
1988, UMNO berpecah dan akibat pengharaman, Semangat 46 ditubuhkan. Menerusi kawalan media dan undang-undang yang sangat ketat, Semangat 46 yang menyertai dua PRU akhirnya terpaksa dibubarkan dengan sebahagian besar ahli-ahli dan para pemimpinnya menyertai kembali UMNO sebagai 'orang yang kalah'.
PRU 1999 hanyalah pemanas. Anwar Ibrahim dan pasukannya tetap yakin mereka boleh mengambilalih pentadbiran negara seandainya Mahathir terus menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Terlalu banyak penyelewengan dan skandal kewangan negara yang telah didedahkan oleh Anwar dan pasukannya membabitkan Mahathir dan ahli keluarga serta proksinya. Media antarabangsa melaporkan tentang penyelewengan dan skandal tersebut dalam skala yang sangat besar sehinggakan Al-Jazeera yang berpangkalan di Dubai, turut tertarik untuk membuat siaran secara langsung.
2003, Mahathir akhirnya meletakkan jawatan setelah melihat PRU tahun 2004, dia akan dipersalahkan kerana kegagalan Barisan Nasional mempertahankan Kerajaan Persekutuan dan negeri. Abdullah Badawi mengambilalih. Ternyata, perubahan tersebut menyaksikan Barisan Nasional menang lebih besar. Mahathir mula mengatur langkah selepas itu untuk menjatuhkan Abdullah Badawi. Fenomena dan kekaguman besar terhadap Mahathir yang masih lagi membekas, membuatkan penipuan dan pemerdayaan Mahathir tidak diperhalusi. Ramai yang terpedaya dan akhirnya Abdullah letak jawatan dan Najib pula naik sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Dendam Mahathir semakin bertambah apabila anaknya, Mukhriz Mahathir bukan sahaja gagal menjadi Ketua Pemuda UMNO, bahkan gagal juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO. Lebih gagal lagi ialah sebagai Menteri Besar Kedah. Mahathir keluar dari UMNO dan bermulalah penentangan.
Mahathir sedar, untuk menentang UMNO dan Najib, dia memerlukan organisasi. Menubuhkan sebuah organisasi ketika nama baiknya telah tercalar dengan pelbagai skandal dan penyelewengan, apatah lagi ketika kuasa tiada di tangan untuk mengawal media, bukanlah satu kerja mudah. Mahathir melihat PKR sebagai elemen utama. Walaupun bermusuh dengan Anwar Ibrahim dan keluarganya, Mahathir ada orang di dalam PKR iaitu AZMIN ALI!
Muhyiddin diperdaya untuk menubuhkan parti baru iaitu PPBM. Mukhriz dipertanggungjawabkan untuk menguruskan halehwal parti walaupun diketahui dia tidak berkebolehan dan terlalu cuai. Akhirnya pada 5 April, PPBM diisytiharkan digantung oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana melanggar perlembagaan parti sendiri membabitkan pendaftaran ahli, Cawangan, Bahagian dan penyata kewangan.
Umum mengetahui, wujud perselisihan besar dalam PKR yang menyaksikan Azmin mengetuai satu fraksi, manakala Wan Azizah di pihak yang lain. Pergolakan dalam dua kem tersebut diperkukuhkan lagi dengan laporan yang dibuat oleh Rafizi Ramli pada 30 Mei 2016 tentang dakwaan wujudnya 'rasuah meminta ganjaran seks' melibatkan pegawai Kerajan Negeri Selangor sebagai imbuhan kepada projek yang diberikan.
Melalui pembubaran PPBM, ahli yang diserap ke dalam PKR akan memperkukuhkan kekuatan Azmin daripada bayangan Anwar. Biarpun menyedari perkara tersebut, Wan Azizah dan kumpulannya tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Azmin dan Mahathir berjaya mengikat DAP untuk bersama-sama mereka.
Melalui pembubaran PPBM, ahli yang diserap ke dalam PKR akan memperkukuhkan kekuatan Azmin daripada bayangan Anwar. Biarpun menyedari perkara tersebut, Wan Azizah dan kumpulannya tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Azmin dan Mahathir berjaya mengikat DAP untuk bersama-sama mereka.
Semuanya boleh dilihat apabila Mahathir menidakkan kemampuan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pilihannya memandangkan Azmin telah menjadi pilihannya. Pengumuman Mahathir di London tentang Muhyiddin hanyalah sebagai menguji reaksi penyokong dan semenjak awal lagi, Azmin adalah pilihan Mahathir manakala Timbalannya adalah Mukhriz. (RUJUK SINI)
Perjuangan ahli-ahli asal PKR yang menentang dasar-dasar Korupsi, Kronisme dan Nepotisme (KKN) Mahathir bermula 4 April 1999, kini telah dipergunakan oleh Mahathir untuk menaikkan anaknya, Mukhriz Mahathir menerusi Azmin Ali!
No comments:
Post a Comment