Seringkali generasi muda yang lahir pada tahun 90-an bertanya apa bezanya Mahathir dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi sekarang ini, kedua-duanya bergabung untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak yang merupakan penentu kuasa Mahathir pada tahun 1987 dan Team Wawasan Anwar Ibrahim 1993.
Sebenarnya tidak banyak beza antara kedua-duanya. Sebab kedua-duanya datang daripada acuan yang sama iaitu PEMUJA MACHIAVELLIANISME. Kedua-duanya adalah penggemar 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'.
Namun sedikit berbeza, Anwar adalah seorang yang gopoh dan tidak berhati-hati sehingga banyak jejaknya dapat dicium dan dijangka. Anwar terlalu terpengaruh untuk menonjol sebagai seorang superhero yang akan menyelamatkan dunia. Manakala Mahathir pula, menggunakan orang lain atau proksi untuk bertindak. Lebih tepat lagi, baling batu sembunyi tangan. Dek kerana itulah, Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim masih gagal untuk merampas kuasa biarpun pada tahun 1999, gerakannya menyeluruh di seluruh Malaysia, bahkan mampu menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara ini menerusi siri tunjuk perasaan jalanan sehingga mendapat perhatian dunia, khususnya Amerika Syarikat apabila Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore berterus-terang menyatakan sokongan kepada gerakan Anwar itu.
Seperkara lagi yang menjadi kelebihan kepada Mahathir berbanding Anwar ialah tindakannya yang lebih tersusun sehingga jejaknya payah dikesan dan mempunyai pelbagai lapisan serta peringkat proksi sebelum sampai kepadanya. Justeru sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada Mahathir seperti skandal pembelian pesawat A4 Skyhawk yang sebenarnya pembelian besi buruk dengan harga yang sangat mahal dan pesawat tersebut merupakan pesawat yang paling pendek khidmatnya dalam TUDM kerana terlalu banyak masalah (RUJUK SINI), hanya berakhir kepada proksi-proksinya seperti Tan Sri Appaavo Packiri Arumugam atau Tan Sri AP Arumugam dengan syarikatnya, Mahkota Technologies yang memonopoli pelbagai kontrak lumayan kerajaan.
Begitu jugalah dengan anaknya, Mukhriz Mahathir yang pernah diangkat sebagai Menteri Besar Kedah yang paling singkat perkhidmatannya memandangkan kekerapannya pulang ke Kuala Lumpur atau bercuti di luar negara bersama-sama keluarganya.
Antara sebab Mahathir memusuhi Najib adalah tuduhannya, Najib enggan membantu Mukhriz untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan kemudian Naib Presiden UMNO. Usaha Mahathir untuk mengangkat anaknya memang sangat jelas, walaupun dia pernah menyatakan tidak menyokong anak-anaknya berpangkat dalam politik. Yang jelas, walaupun kelihatan seperti tidak menyokong anak-anaknya dalam politik, tetapi dia sangat kuat menyokong anak-anaknya membalun kontrak-kontrak lumayan kerajaan menerusi kaedah runding terus seperti yang diperolehi oleh Mukhriz sendiri menerusi OPCOM. Malah anak-anaknya merupakan antara orang terkaya di Malaysia ketika dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Sedar bahawa Mukhriz tidak begitu diterima di Kedah kerana gaya hidupnya dan keluarganya, Mahathir terpaksa bersekutu dengan musuh-musuh lamanya seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Dia berharap persengkokolan tersebut akan lebih memudahkan Mukhriz untuk mendaki tangga politik.
Namun perkembangan terbaharu di Kedah pula menunjukkan sebaliknya.
Kedah adalah antara negeri yang menjadi idaman PKR. Ketika PKR masih bekerjasama dengan PAS, PKR banyak mengecek kerusi-kerusi selamat PAS untuk menjadi dominasi di negeri tersebut. PAS diminta untuk memberikan sokongan kepada PKR. Namun pengundi-pengundi Kedah tidak begitu teruja dengan PKR memandangkan PKR Kedah tidak mempunyai tokoh-tokoh heavyweight. Kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR Kedah hanyalah penumpang.
Sebelum ini, DAP Kedah telah mewuar-uwarkan yang mereka akan bertanding di DUN Gurun memandangkan DUN tersebut mempunyai pengundi Cina yang agak ramai. Bagaimanapun, akhirnya DAP memberi laluan kepada PKR menerusi 'calon MB Kedah PKR' Johari Abdul untuk mencuba nasib itu bersandarkan sokongan daripada pengundi Cina yang dikatakan penyokong tegar DAP.
PPBM selama ini memperkenalkan Mukhriz Mahathir sebagai bakal Menteri Besar Kedah seandainya berjaya menggulingkan UMNO-BN pada PRU-14. Bagaimanapun, laluan yang dipilihnya untuk ke jawatan tersebut, kelihatan terlalu sukar memandangkan lawan yang akan dihadapinya adalah Aminuddin Omar, penyandang DUN Jitra yang bukan sahaja sentiasa berada di kawasan dan mengambil berat hal ehwal warga Jitra, malahan Aminuddin Omar juga lebih dikenali dengan nama panggilannya, 'Pak Tam' berbanding Mukhriz yang dikenali sebagai 'Warga FireFly' ekoran kekerapannya menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.
Sebenarnya apabila Johari Abdul menjadi calon di DUN Gurun, ia adalah isyarat jelas bahawa PKR Kedah sebenarnya enggan dan tidak mahukan anak Mahathir kembali menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan Kedah menang majoriti pada PRU-14 nanti. PKR Kedah merupakan antara yang paling kuat mengkritik dan mengungkit tentang ketidakbertanggungjawaban Mukhriz sepanjang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Malah PKR Kedah juga merupakan antara pihak yang paling kuat mengecop Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah tidak berwawasan dan kuat berlakon.
Dan dalam persaingan tersebut, satu lagi nama yang sangat berpotensi adalah Amiruddin Hamzah yang telah melompat dari PAS ke PPBM. Sebelum ini pun, semasa dia di dalam PAS, dia kerap digambarkan sebagai bakal Menteri Besar Kedah walaupun akhirnya dia terpaksa 'mengalah' kepada Phahrolrazi Zawawi yang kini berada dalam kem PAN, seorang lagi yang bercita-cita menjadi MB Kedah.
No comments:
Post a Comment