Pendedahan tentang kekayaan luar biasa Adam Rosly dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang tinggal di Ampang, Jamal Mohd Yunos. Pada mulanya, Adam Rosly memberikan pelbagai alasan tentang bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa dalam masa yang singkat.
Zuraidah Kamaruddin cuba membela Adam Rosly dengan mengatakan, Adam Rosly mewarisi kekayaan bapanya. Bagaimanapun, siri pendedahan seterusnya menunjukkan Adam Rosly tinggal bersama-sama neneknya di rumah PPRT sebelum itu dan pencapaian akademik tertingginya hanyalah SPM.
Adam Rosly kemudiannya dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan. Dengan wajah dan lagak seperti orang yang tidak bersalah, Adam Rosly menunjukkan aksi-aksi hebat di hadapan jurugambar dan wartawan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Dan tidak lama kemudian, dia ditahan sekali lagi kerana telah memberikan dokumen dan kenyataan palsu kepada SPRM walaupun kes pemilikan harta dan kekayaan luar biasanya, masih belum dibawa ke mahkamah.
Hari ini, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara selama 6 bulan dan denda RM30,000 kerana memberikan kenyataan palsu kepada SPRM berkenaan aktiviti rasuah.
Adam telah didakwa melakukan kesalahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya antara 10 Februari dan 22 Februari tahun lepas.
Dia telah menafikan sebarang salahlaku dan kekayaannya itu datang daripada perniagaan serta perwarisan.
SPRM turut menyita banglonya yang menyerupai istana Disney dan lima buah kereta mewah. Akaun banknya, akaun bank isterinya yang mengandungi wang tunai bernilai lebih RM212,000 turut dibekukan.
Adam Rosly berhadapan dengan enam pertuduhan. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia telah didakwa memberikan kenyataan berakam palsu kepada dua orang pegawai penyiasat SPRM, di bawah Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Empat lagi pertuduhan, dia didakwa menggunakan dua dokumen perjanjian palsu daripada dua individu dan dua baucer tunai palsu daripada syarikatnya untuk memperdaya pegawai-pegawai penyiasat SPRM, di bawah Seksyen 89 akta yang sama.
No comments:
Post a Comment