Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 30, 2019

TENGOK BIJAKNYA DAP DAN PAKATAN, SEMUA LANTIKAN GLC ADALAH LANTIKAN POLITIK... TAK MACAM UMNO-BN, KEDEKUT DAN PENAKUT!!!



Antara kebodohan utama UMNO-BN masa berkuasa sebelum ini ialah kegagalan melantik ahli dan kepimpinan menguasai GLC sekaligus menjadikan UMNO-BN tertolak dan tidak mesra ahlinya sendiri.

Sepanjang UMNO-BN berkuasa, tidak sampai 20% ahli dan pemimpinnya sama ada di Pusat atau pun Negeri yang dilantik di dalam GLC. Kebanyakan yang dilantik merupakan bekas dan pesara-pesara kakitangan awam.

Apabila Pakatan, khususnya DAP bising tentang perlantikan 20% tersebut yang disifatkan mereka sebagai perlantikan politik, UMNO terlalu kelam-kabut untuk cuba memperbetulkan keadaan berkenaan. Dan akhirnya dalam keadaan tersebut, akhirnya UMNO 'terlantik' musuh dan golongan yang kuat tikam belakang untuk mengetuai dan menganggotai BOD GLC.

Hasilnya, berlakulah tragedi 9 Mei 2018 apabila UMNO-BN hilang kuasa dan dipandang terlalu lekeh dan hina. Malahan musuh-musuh UMNO-BN secara berterus-terang mengejek, UMNO-BN sudah pupus dan tidak perlu disokong lagi.

Dan sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, mereka juga dengan segera mengambilalih GLC.

Di sini bijaknya DAP.

DAP tidak teruja dan tidak terkinja-kinja untuk menduduki BOD GLC. Malah kelihatan tidak begitu berminat untuk dilantik sebagai Pengerusi atau Presiden mahupun CEO mana-mana GLC. Sebaliknya, DAP lebih berminat menjadi dalang yang menentukan perlantikan-perlantikan di dalam GLC akan menuruti kehendak mereka.

Itulah yang berlaku kepada BERNAMA, NST, FGV Plantation, Tabung Haji dan sebagainya.

Tanpa DAP di barisan hadapan, sebaliknya menjadi dalang besar di belakang setiap keputusan, terhasillah penjualan-penjualan aset-aset GLC termasuklah aset-aset pelaburan Tabung Haji yang selama ini berjaya memberikan keuntungan besar kepada orang-orang Islam yang hendak menunaikan ibadat haji menerusi pemberian subsidi besar.




Begitu juga dengan FELDA terutama menerusi FGV yang seringkali digambarkan sebagai merugikan dan mendatangkan kerugian. Sebaik-baik sahaja memperolehi kuasa, apa yang mereka lakukan ialah, mula menjual aset FGV.

Ironinya, semua yang dijual dan dilelong itu membabitkan kepentingan Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini!

Walaupun Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP berjanji kononnya, tidak ada lagi lantikan politik jika mereka diberikan mandat, ia hanyalah satu pembohongan untuk mengaburi mata rakyat. Sebenarnya, setelah menang, mereka mengisi semua kekosongan jawatan dalam GLC dengan lantikan-lantikan politik. Perebutan ketara berlaku untuk perlantikan politik adalah membabitkan PAN dan PPBM.

Paling ketara adalah dari PAN. Seperti yang diketahui, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu merupakan organisma politik Melayu-Islam sayap kanan DAP.

Perhatikanlah bagaimana Menteri Pertanian dari PAN bertindak. Semua agensi di bawahnya, Pengerusi-Pengerusinya akan dilantik dari PAN. Dia sebenarnya cukup bijak dan hebat. Selain daripada memperluaskan kuasanya dalam parti, dia juga memastikan agensi-agensi di bawah kementeriannya akan memastikan PAN dan DAP adalah keutamaan mereka!


Begitu juga dengan Mujahid Yusof, menteri yang ditugaskan menjaga hal-ehwal agama dan umat Islam. Apa yang dilakukan oleh Mujahid ialah mengatur dan memastikan semua agensi di bawahnya dikuasai sepenuhnya oleh PAN, mengatasi PPBM dan PKR apatah lagi DAP.

YADIM contohnya, dari Pengerusi sehinggalah ke Ahli Lembaga Pengarah, 100% merupakan orang politik kepartian. Secara tidak langsung, walau apa pun keputusan mesyuarat mereka, keutamaan mereka adalah kepentingan politik DAP dan PAN. Dakwah Islamiah hanyalah kuda tunggangan dan topeng sahaja. Islam bagi mereka hanyalah alat solek untuk mencantikkan saja dan umpan untuk memperdayakan umat Islam di seluruh Malaysia.

Maka di sinilah bijaknya Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP berbanding UMNO-BN. Pakatan bukan sahaja mesra ahli dan kepimpinan bahkan memastikan kekayaan kocek dan akaun mereka lebih terjamin.

Maka tidak hairanlah mengapa BAJET 2019 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng merupakan BAJET TERBESAR DALAM SEJARAH KEWUJUDAN MALAYSIA tapi untuk rakyat, terlalu sedikit berbanding untuk 'PERBELANJAAN PENGURUSAN'.

Kita cuma nak tengok Azmin Ali pula yang mengetuai Kementerian Ekonomi. Lebih-lebih lagi Azmin Ali sangat bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, sudah pasti dia lebih pelahap walaupun sekarang ini dia kelihatan sangat berhati-hati!




No comments:

 
Blogger Templates