Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 4, 2019

KERANA FENOMENA 'APA MALU BOSSKU', PARA PEMIMPIN PAKATAN BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK MENANGI HATI RAKYAT SEMULA!!!



Fenomena 'Malu Apa Bossku' terus menular. Bahkan penularannya sehingga ke luar negara. TV3 dalam siaran secara langsung Anugerah Juara Lagu malam tadi pun, tidak segan silu melaungkan 'Malu Apa Bossku' dengan disambut tepuk sorak penonton.

Dan 'Malu Apa Bossku' merupakan perwakilan tubuh badan Najib Abdul Razak sendiri. Slogan itu adalah slogan bekas Perdana Menteri itu. Dan rakyat secara keseluruhannya menyambut slogan tersebut dengan gembira dan bersemangat, jauh berbeza daripada tanggapan awal para pemimpin Pakatan Harapan yang mahu rakyat membenamkan Najib Abdul Razak buat selama-lamanya.

Kini 'Bossku' sudah menjadi fenomena. Sudah menjadi gelombang besar. Sudah mula menimbulkan
kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin utama Pakatan dan meresahkan penyokong-penyokong kuat Pakatan Harapan.

Kalau ada pun pemimpin Pakatan seperti Mahfuz, Saifuddin Nasution, Lim Kit Siang, bahkan Dr. Mahathir sendiri pun yang memperkecil-kecilkan fenomena Najib Abdul Razak, ia tidak lebih daripada cubaan menutup malu dan kebimbangan.

Laporan polis yang dibuat oleh lima orang penyokong PPBM di Langkawi ekoran percutian Najib di Langkawi, sudah cukup untuk menunjukkan fenomena 'Bossku' amat menakutkan.

Lain yang dirancang dan dilaksanakan, lain pula hasil yang ditunjukkan!

Para pemimpin tertinggi Pakatan boleh terus membuat self-denial tentang fenomena 'aneh' ini. Tetapi sesuatu yang mereka tidak boleh nafikan ialah, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, lelaki yang mereka cuba perosokkan ke dalam penjara, telah mencipta gelombang besar ke mana sahaja dia pergi dan di mana sahaja dia berada.

Lebih ironi, Najib dan 'Bossku' mendapat momentum luar biasa di media-media sosial, platform yang dikuasai oleh Pakatan khususnya DAP semenjak tahun 2008 lagi.


Contoh terbaik ialah, gambar dia sedang makan nasi lemak bungkus bersama beberapa orang penduduk tempatan di sebuah warung di Langkawi telah mendapat 104,000 LIKES. Malah dalam tempoh lima minit selepas status tersebut dimuatnaik sahaja, LIKES yang tercatat sudah melebihi 10,000. Jumlah yang jauh mengatasi daripada mana hantaran individu yang lebih popular seperti Neelofa mahupun Siti Nurhaliza apatah lagi Dr. Mahathir.

Kehadiran dan kedatangan Najib di 'kandang singa' yang dianggap kubu kebal musuh utamanya, Dr. Mahathir, ternyata lebih menakutkan penyokong-penyokong Mahathir sendiri.

Pasar Malam Langkawi yang menjadi lokasi Najib mencari apam balik, tiba-tiba sahaja diserang keriuhan. Orang ramai mengambil kesempatan bersalam, bersentuhan, bergambar, malahan tidak melepaskan peluang memeluk bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Lelaki yang pernah dilihat sebagai 'golongan bangsawan' atau aristokrat, jauh lebih bersikap selamba berbanding Ahli Parlimen Langkawi yang sentiasa menjarakkan diri untuk bersama-sama rakyat marhein.

Ramai yang menjangkakan, akibat fenomena dan gelombang besar di Langkawi, Najib bakal berhadapan dengan beberapa lagi tuduhan jenayah komersial selepas Tahun Baru Cina ini. Sebabnya, sebelum ini pun, itulah yang berlaku. Setiap kali rakyat mula memberikan perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Najib di media sosial, setiap kali itulah juga, Najib akan dikehendaki hadir di mahkamah untuk mendengar tuduhan-tuduhan baru.



Sudah ada seruan agar pemimpin Pakatan mencontohi Najib. Ambiga Sreevanesan yang merupakan orang yang disebut oleh Clare Rewcastle-Brown sebagai pemberi maklumat dalam kes fitnah PAS dan Presiden PAS berkata, para pemimpin Pakatan seharusnya menukar cara mereka memerintah negara sekarang. Pakatan katanya, perlu menunaikan segala janji yang dibuat pada PRU-14 lalu. (RUJUK SINI)

Peperangan politik di media sosial ini sememangnya adalah antara Najib dengan para pemimpin Pakatan. Sesuatu yang Dr. Mahathir gagal tandingi. Dr. Mahathir masih terkongkong dalam stigma konvensional dan cara lama. Dan dia sudah terlalu tua untuk mahir seni peperangan politik cara baru.

Mahathir masih lagi dilihat terlalu bergantung kepada media-media cetak dan portal-portal atas talian tradisional sedangkan audiens sudah pun beralih kepada media sosial yang lain.

Namun persoalannya kini ialah, berapa lama fenomena "Bossku" boleh bertahan? Adakah sehingga April, iaitu ketika kes Najib mula diperdengarkan dan dibicarakan di mahkamah? Dengan 42 kes jenayah sivil yang difailkan oleh Peguam Negara yang tidak berani mengadakan sidang media, dan kemudian beberapa kes diminta tangguh kerana pihak pendakwaraya belum bersedia atau siasatan belum lengkap, atau kertas pendakwaan belum dibuat, adakah fenomena 'Bossku' dan kegagalan Peguam Negara itu sendiri bakal merencatkan peluang Azmin Ali menjadi Perdana Menteri?



2 comments:

Anonymous said...

Allah maja mengetahui
Allahlah yg membolak balikkan hati manusia.."Malu apa Bossku" berjaya.Kebenaran akn timbul..lambat..tetapi amat perit.Skrg ni musim Allah blender2 org dan benamkan.org flm.tanah..diapa yg bersalah ..pasti akn merasakannya
Tunggu......

Anonymous said...

Peguam Negara sendiri menanti untuk dipecat gara2 tribunal akademik salah laku SPR. Silap2 keputusan PRU14 pun boleh batal!

 
Blogger Templates