Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 18, 2019

RAMAI SAMBUT BAIK KEPUTUSAN MAHKAMAH ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA DI KERUSI DUN RANTAU!!!!



Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, PRK Rantau perlu diadakan semula. Sekaligus kemenangan Tok Mat Hassan pada PRU-14 lalu, telah dinafikan oleh mahkamah dan SPR.

Pada PRU-14 lalu, Tok Mat Hassan yang sekarang merupakan antara perancang strategi utama Barisan Nasional, menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas pada 28 April borang penamaan calon PKR, Dr. S. Steram ditolak oleh SPR.

Steram tidak berpuas hati dan PKR membawa kes tersebut ke mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa kemenangan tak bertanding Tok Mat Hassan tidak sah.

Akhirnya pada 29 Ogos 2018, mahkamah menolak permohonan Tok Mat Hasan menolak petisyen Steram dan PKR dan menetapkan tarikh untuk membicarakan Pegawai Pengurus Pilihanraya SPR DUN Rantau, Amino Agus Suyub.

Pada 10 Oktober 2018, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan pada Amino Agus Suyub atas dakwaan menghina mahkamah.

16 November, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Tok Mat Hasan terbatal dan tidak sah, sekaligus memutuskan satu pilihanraya kecil perlu diadakan serta-merta.

Tok Mat Hasan membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan. Hari ini, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk menolak permohonan rayuan Tok Mat Hasan dan PRK DUN Rantau perlu diadakan.

16 November 2018, pada hari yang sama Mahkamah Tinggi memutuskan kemenangan Tok Mat Hasan di DUN Rantau terbatal dan pilihanraya kecil perlu diadakan semula, PAS menerusi Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man mengikrarkan bahawa PAS tidak akan meletakkan calon di DUN Rantau. Sebaliknya akan menyokong Tok Mat Hasan. (RUJUK SINI)

Berbeza daripada tanggapan sebelum ini, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini disambut dengan baik oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional. Walaupun sedar, mereka tidak mempunyai banyak kelebihan lebih-lebih lagi dengan konsep RULE OF LAW aneh yang dipraktikkan oleh Pakatan, ditambah pula dengan SPR yang jelas terlalu condong dan cenderung kepada Pakatan Harapan, ramai yang mahu melihat pertandingan ini akan memalukan PKR dan SPR sendiri.

Sekurang-kurangnya ada 62 lagi kes yang hampir serupa telah difailkan oleh SPR di bawah Art Harun.

Nampaknya berterusanlah pilihanraya kecil di Malaysia selepas PRU-14 semata-mata untuk memastikan Pakatan Harapan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen dan DUN atau setidak-tidaknya mahu menunjukkan dan membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah lupus dan pupus.

Namun dengan perkembangan semasa, apakah SPR di bawah Art Harun akan meneruskan petisyen membatalkan kemenangan calon-calon BN?

Atau bukankah lebih baik sekiranya, Mahathir membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU kembali?


No comments:

 
Blogger Templates