Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 20, 2019

UNTUK HALALKAN 'ROMPAKAN OLEH TUAN-TUAN BESARNYA' DAN KEGAGALAN PEMBERIAN HIBAH TABUNG HAJI, MUJAHID BERCAKAP TENTANG HUKUM FIQH BERSABIT WAJIB HAJI!!!



Mujahid mula bercakap tentang keperluan fiqh setelah Tabung Haji yang menjadi agensi tabungan jemaah haji Malaysia dirosakkan, dirompak dan dijarah oleh pentadbiran baru Malaysia.

Sehingga kini, Kerajaan Malaysia masih gagal mengumumkan jumlah hibah untuk para pendeposit dan pemilik akaun Tabung Haji.

Tabung Haji menjadi sasaran utama DAP khususnya semenjak sebelum PRU-14 lagi. Apa yang dilakukan oleh DAP ialah, menimbulkan rasa tidak percaya terhadap Tabung Haji di kalangan umat Islam dan pendeposit. Tabung Haji digambarkan sebagai tempat para pembesar UMNO menyonglap duit para pendeposit dan berjoli dengan wang tabungan Tabung Haji.


Bagaimanapun, data-data menunjukkan sebaliknya. Deposit di Tabung Haji telah dilaburkan dalam pelbagai sektor dan Tabung Haji mencatatkan keuntungan besar saban tahun sehinggalah tahun 2018, sekaligus keuntungan besar tersebut membolehkan Tabung Haji dan Kerajaan mengagihkan hibah yang besar kepada para pendeposit.

Sebaik-baik sahaja Pakatan mengambilalih kerajaan, Tabung Haji yang memiliki rezab tunai tinggi dan pelaburan-pelaburan patuh syariah menguntungkan terus dilemahkan. Bermula dengan penukaran kepimpinan Tabung Haji, sehinggalah kepada penubuhan SPV di bawah Kementerian Kewangan bagi mengendalikan syarikat-syarikat pelaburan yang telah memberikan keuntungan besar kepada Tabung Haji dengan alasan, memperbetulkan Tabung Haji.

Dan ternyata, tindakan Kerajaan Pakatan Harapan itu bukan sahaja telah menyusutkan nilai aset Tabung Haji, bahkan pelaburan-pelaburan Tabung Haji mulai merudum. Contoh terbaik ialah IJM yang merupakan antara pelaburan utama Tabung Haji.


Sebelum ini, kerajaan PH tiba-tiba mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah mengalami defisit pada akhir tahun 2017 kerana mendakwa TH di bawah kerajaan BN telah bertindak terlalu zalim dengan terlebih bayar dividen kepada pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut.

Dengan menggunakan alasan defisit RM4 bilion, mereka juga mengumumkan bahawa aset TH bernilai RM19.9 bilion akan dijual kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang kita sekarang tahu telah mengutip cukai petrol dengan senyap-senyap sejak awal bulan lepas sehingga dibongkarkan oleh saya dan pihak-pihak lain.

Syarikat SPV ini akan meminjam RM19.9 bilion dari TH dengan kadar faedah 2.5% setahun untuk membeli aset-aset bernilai RM19.9 bilion dari TH yang mereka dakwa ialah aset yang tidak baik ataupun aset yang rugi.

Pinjaman TH kepada SPV ini juga tidak dijamin oleh kerajaan.

Walaupun ramai telah menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap langkah ini, kerajaan PH telah mula menjual aset Tabuhg Haji bernilai berbilion-bilion kepada syarikat SPV semalam.

Antara yang sudah dijual semalam termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) and Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) dan TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).

Saya perhatikan banyak antara syarikat-syarikat yang telah dipindah semalam merupakan syarikat yang mempunyai prestasi keuntungan yang baik dan bukan syarikat yang rugi seperti kriteria diumumkan oleh kerajaan PH.

Satu contoh ialah syarikat IJM Corporation Berhad. Saya tengok harga saham IJM agak stabil untuk tahun-tahun kebelakangan sehingga akhir tahun 2017. Syarikat itu juga tetap membayar dividen setiap tahun.

IJM bukan sebuah syarikat yang rugi tetapi mempunyai prestasi keuntungan yang baik. (RUJUK SINI)




Mujahid Yusof merupakan 'tool' yang dipergunakan untuk menjustifikasikan rompakan terang-terang yang dibuat ke atas Tabung Haji. Mempergunakan Mujahid Yusof atas alasan Mujahid adalah menteri yang ditugaskan menjaga hal ehwal orang Islam, jauh lebih baik berbanding Lim Guan Eng atau Tony Pua tampil menjelaskan tentang perlunya rompakan ke atas Tabung Haji menerusi syarikat SPV.

Semakin ramai yang sedar, Kerajaan Pakatan langsung tidak berkredibiliti untuk menjaga negara. Boleh dikatakan hampir setiap hari, berita-berita tentang penjualan harta-harta negara dilakukan dengan rancak oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Pada masa yang sama, hutang negara juga semakin bertambah, manakala peruntukan untuk rakyat pula telah dilupuskan.

Rakyat sudah mula bertanya, ke mana semua wang berkenaan hilang sedangkan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng merupakan bajet yang terbesar dalam sejarah Malaysia!

Setelah didesak tentang hibah yang sepatutnya diagihkan oleh Tabung Haji, Mujahid kini tampil lagi sekali untuk menyelamatkan air muka tuan besarnya, Tony Pua dan Lim Guan Eng.


"Sebagaimana yang kita tahu, kemampuan atau istitha'ah adalah sebahagian syarat untuk kita melakukan haji. Salah satu makna kemampuan ialah dia berupaya dari segi kewangan untuk pergi haji. 

"Kalau dia tak cukup kos yang kita telah tetapkan pada tahun 2019 iaitu RM22,900, maknanya dia tak mampu. Tabung Haji selama 10 tahun kebelakangan ini membantu untuk mengurangkan beban mereka tapi dari sudut keperluan fiqah, kalau ikut betul-betul, dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan yang termampu," kata Mujahid. (RUJUK SINI)

Yang tidak dicakapkan oleh Mujahid ialah, kerana ketidakmampuan itulah, Tabung Haji diwujudkan sebagai tempat deposit atau tempat simpanan. Dengan deposit dan simpanan para jemaah yang bercita-cita mahu mengerjakan ibadat Haji itulah, Kerajaan melabur dan sebahagian daripada keuntungan pelaburan disalurkan kembali kepada pendeposit dan penyimpan kerana modal yang digunakan untuk melabur adalah wang mereka.


Dan sekarang, RM20 bilion wang Tabung Haji yang telah disonglap untuk diberikan kepada Lim Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan, juga merupakan wang pendeposit dan penyimpan Tabung Haji. Sepatutnya, mereka mendapat keuntungan daripada 'pelaburan' itu namun nampaknya, Mujahid memutarbelitkan ajaran agama Islam untuk menghalalkan rompakan yang dilakukan oleh tuan-tuan besarnya!!!

Sejarah pentadbiran Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri sendiri telah membuktikan, Tabung Haji seringkali digunakan untuk bail-out projek-projek kroni sehinggakan Tabung Haji kehilangan berbilion-bilion ringgit sepanjang Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dan sekarang nampaknya, perkara yang sama sedang berulang.

No comments:

 
Blogger Templates