Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 12, 2019

GAME OF THRONE: ANWAR IBRAHIM DAN MAHATHIR BERTANDING, SIAPA YANG BOLEH TARIK LEBIH RAMAI CROWD DI TANJUNG PIAI!!!



Anwar Ibrahim semakin kelam-kabut untuk memastikan dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang dijanjikan oleh Dr. Mahathir. Pelbagai usaha dan taktik telah digunakan. Namun nampaknya Dr. Mahathir yang memenangi semua permainan tersebut dengan gaya klasiknya yang tersendiri.

Bukan rahsia lagi, di belakang Anwar Ibrahim di Malaysia ini adalah DAP. Anwar Ibrahim bergantung sepenuhnya kepada sokongan DAP untuknya mengalahkan DAP. DAP juga sudah beberapa kali memberi amaran kepada Dr. Mahathir agar menyegerakan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim terutama menerusi amaran keras Ronnie Liu yang mengatakan, Pakatan masih boleh membentuk Kerajaan tanpa penyertaan atau pembabitan PPBM yang dipimpin oleh Mahathir.



Sebab itulah, Ceramah Perdana di Pusat Perniagaan Kota Emas yang mencatatkan kehadiran hampir 600 orang pendengar, menjadi kebanggaan dan sering diperkatakan serta dipropagandakan oleh para penyokong serta jentera propaganda Pakatan Harapan setelah lebih seminggu, ceramah-ceramah Pakatan Harapan hanya didengar dan dihadiri oleh tenaga kerja parti, anggota serta pegawai polis, petugas SPR dan segelintir kecil orang tempatan. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, PRK Tanjung Piai mempunyai banyak motif dan maksud selain untuk dimanfaatkan oleh Anwar Ibrahim. 

Seandainya calon PPBM tewas dalam PRK Tanjung Piai dan jikalau terbukti 40% pengundi Cina menolak Pakatan dan DAP, ia merupakan petanda terbesar malapetaka kepada gabungan anak beranak, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. 


Perlu diingat, dalam dua PRK lepas, undi Cina kepada Pakatan Harapan berkurangan secara drastik kerana faktor Lim Guan Eng-Lim Kit Siang. Bukan rahsia lagi apabila Lim Guan Eng dianggap sebagai liabiliti dalam DAP terutama apabila terbukti, dia hanya pandai bercakap dan berdalih tetapi dia tidak mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya selaku Menteri Kewangan. 

Disebabkan ketidakcekapan dan ketidakbolehannya itulah, ekonomi negara semakin teruk terjejas. Pelabur-pelabur asing semakin menjauhkan diri dari pasaran modal Malaysia. BSKL mengalami kejatuhan yang sangat teruk. Nilai Ringgit berbanding matawang serantau mengalami kemerosotan ketara. Malahan, Indonesia, Vietnam dan Filipina yang dahulunya berada di belakang Malaysia dalam pencapaian ekonomi, kini semakin jauh meninggalkan Malaysia.


Cadangan Lim Guan Eng untuk meletakkan Liew Chin Tong sebagai pengatara calon PPBM di Tanjung Piai sekiranya Pakatan menang, jelas menunjukkan betapa terdesaknya Lim Guan Eng untuk mendapatkan kembali sokongan pengundi Cina. 

Pastinya, seluruh tumpuan masyarakat dan pengundi Cina di seluruh Malaysia khususnya di Semenanjung akan tertumpu kepada keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai, khususnya yang melibatkan PDM-PDM Cina. 

Kehilangan lebih 40% undi Cina dalam PRK Tanjung Piai kepada Pakatan Harapan akan mengancam survival DAP. Perlu diingat, hanya dalam tempoh kurang 500 hari sahaja, gabungan DAP-Anwar Ibrahim-Anwar Ibrahim kehilangan lebih 80% sokongan rakyat dan pengundi mereka sendiri. 


Selain ketidakmampuan Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri menggalas tanggungjawab masing-masing, faktor over politicking, over kill dan keserakahan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan menjadi asas kepada kejatuhan pantas ini. Keangkuhan melampau DAP dalam banyak hal terutama yang membabitkan kepentingan Islam, Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu, semakin menambahkan lagi parah Pakatan Harapan. 

DAP dan Anwar Ibrahim sedar kehilangan kepercayaan di kalangan akar umbi beberapa bulan lalu terutama dalam isu-isu yang membabitkan Mahathir dengan DAP. Percubaan mereka untuk cuba memperbaiki kerosakan tersebut, ibarat tikus membaiki labu. Kerosakan semakin teruk dan Mahathir pula menambahkan lagi kerosakan itu dengan pelbagai kenyataannya yang menggambarkan dan menzahirkan rasa tidak selesa dan senangnya kepada cengkaman DAP dalam pentadbiran negara. 

Percubaan Mahathir untuk mendapatkan kembali sokongan Melayu menerusi Kongres Maruah Melayu pula, bukan sahaja menambahkan lagi masalah dengan DAP dan Anwar Ibrahim, malahan majoriti orang Melayu mencebik dan memperlekehkan kongres berkenaan selepas Mahathir berulangkali menghina orang Melayu sebagai 'pemalas', 'mengharapkan tongkat', 'bangsa subsidi' dan sebagainya.

Kalau kita perhatikan di page-page serta portal-portal yang dihurungi netizen yang menggunakan bahasa Cina pun, kita akan dapat melihat bagaimana DAP sedang diserang dan dikecam kerana membiarkan Mahathir berterusan menjadi Perdana Menteri. Secara tidak langsung, kecaman demi kecaman tersebut menunjukkan kelonggaran sokongan masyarakat Cina yang menjadi teras DAP kepada parti tersebut. Biarpun pelbagai bentuk 'rasuah' dan sumbangan daripada peruntukan negara disalurkan kepada masyarakat Cina, termasuklah kepada kolej-kolej persendirian dan sekolah-sekolah persendirian Cina, namun sumbangan tersebut tidak mengurangkan kesengsaraan DAP sendiri. 

Ramai percaya, keadaan itu sudah pun menjadi kemenangan besar Mahathir ke atas DAP apabila DAP mengalami penyusutan sokongan. Dan seandainya dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, calon BN dari MCA berjaya memperolehi sekurang-kurangnya 40% undi masyarakat Cina Tanjung Piai, Mahathir pasti akan tersenyum lebar kerana sedikit sebanyak, Mahathir boleh menggunakan kuku besinya dalam kepimpinan tertinggi Pakatan.

Mahathir akan ada alasan untuk membuktikan bahawa DAP juga telah kehilangan sokongan akar umbi, bukan PPBM sahaja yang menghadapi dilema berkenaan.

Disebabkan itulah, kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah perdana yang turut membariskan Anwar Ibrahim di Pusat Perniagaan Kota Emas, diberikan liputan yang besar dan dipropagandakan sebagai tanda-tanda kemenangan untuk Pakatan Harapan. 


Sebenarnya ia adalah isyarat DAP dan Anwar Ibrahim kepada Mahathir yang dijadualkan akan berkempen di tapak hentian bas Kukup malam esok. Kegagalan penganjur ceramah membabitkan Mahathir membawa lebih ramai pendengar dan hadirin dalam ceramah membabitkan Mahathir, memberikan isyarat bahawa Mahathir sudah kalah dalam permainannya dengan Anwar Ibrahim. 

Ramai sudah boleh menjangkakan, apa sebenarnya yang akan diucapkan oleh Mahathir dalam kempen itu nanti. Perkara yang sama, isu yang sama... semuanya akan berkisar tentang Najib, kes mahkamahnya dan kerosakan negara yang diwarisi Pakatan Harapan dari zaman Najib.

Sedangkan isu sebenar yang ditunggu-tunggu oleh rakyat dan pengundi sebenarnya ialah membabitkan Pakatan Harapan dan Mahathir sendiri. (RUJUK SINI

Banyak janji yang gagal ditunaikan. Kata Pakatan, mereka terpaksa menanggung masalah negara yang ditinggalkan Najib dan skandal 1MDB. Walhal, mereka memang gemar berjanji palsu, bahkan mengurangkan banyak bantuan kebajikan kepada rakyat.


Apabila banyak bantuan kebajikan semakin berkurangan, kerajaan PH kata, terpaksa menanggung hutang negara akibat salah Najib dan skandal 1MDB. Walhal, mereka ligat menambah hutang negara.

Apabila hutang negara makin bertambah-tambah, kerajaan PH kata, terpaksa menanggung hutang lama akibat salah Najib dan skandal 1MDB. Walhal sebenarnya, mereka gagal menambah pendapatan dan mengurus ekonomi negara.

Apabila ekonomi negara makin teruk, kerajaan PH kata, terpaksa menyelesaikan krisis kepercayaan akibat salah Najib dan skandal 1MDB. Walhal sebenarnya, mereka gagal menarik minat pelabur asing.


Apabila pelabur asing tidak yakin dengan suasana tidak stabil politik Malaysia, PH kata, terpaksa menanggung salah laku Najib dan fahaman UMNO-PAS yang rasis dan ekstremis. Walhal sebenarnya, mereka bergaduh sesama sendiri dan DAP sendiri parti yang penuh rasisme dan perbuatan melampau.

Senarainya panjang dan mirip 'Bangau oh Bangau', tetapi versi PH, pusing-pusing lagu mana pun tetap menjadikan Najib sebagai alasan.

No comments:

 
Blogger Templates