Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 1, 2015

LTDL NI ADA KE TIDAK ADA? KENAPA SENYAP SUNYI TANPA SEBARANG PROMOSI DAN PUBLISITI?



Kecuali beberapa malam sudah, promosi LTDL yang merupakan antara sukan lumba basikal berprestij yang pernah diwujudkan di negara ini, begitu lembab dan langsung tidak kelihatan.

Apa yang sudah berlaku kepada LTDL yang khabarnya hak penganjurannya telah diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dan tidak lagi dikendalikan oleh Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia yang sangat bermasalah sehinggakan pembayaran gaji jurulatih pun telah menjadi khabar masyhur di seluruh dunia?

Diberitakan, proses penyerahan hak penganjuran LTDL kepada syarikat terbabit juga bermasalah apabila PKBM dilaporkan sangat kuat menentang kerana faktor 'kewangan'. Selain daripada penajaan daripada KBS yang sudah dikerat lebih daripada separuh berbanding yang diterima oleh PKBM yang menganjurkannya sebelum ini, syarikat terbabit juga menghadapi kesuntukan masa untuk mendapatkan penajaan dan memberikan hak-hak liputan kepada stesen-stesen penyiaran sukan antarabangsa.


Pun begitu, ada juga dengar cerita-cerita kononnya, syarikat tersebut telah menggunakan 'hubungan dalam' bagi mendapatkan penajaan daripada Proton. Cerita-cerita nakal, syarikat tersebut menerima hampir SETENGAH BILION RINGGIT daripada Proton yang sedang kesesakan.

Ramai yang tidak tahu, bila LTDL akan bermula dan berakhir. Tetapi sumber menyatakan, jelajah telah disingkatkan dengan beberapa buah negeri, telah dikeluarkan daripada siri jelajah tersebut. Dalam satu temubual, pemilik syarikat tersebut, Malik Mydin dengan bangganya memberitahu, syarikatnya akan membawa 10 pasukan World Tour, 12 Pro-Continental dan 10 Asia Continental untuk turut serta dalam LTDL 2015 yang dijangka bakal dilangsungkan pada bulan ini. Selain itu disasarkan 20 sehinga 22 pasukan serta pelumba ternama untuk bersaing dalam LTDL 2015.

Bagaimanapun, melihat kepada kesuraman publisiti, tidak pula dapat dipastikan sama ada LTDL benar-benar dapat dan berjaya dianjurkan. Syarikat berkenaan, sudah tentu telah menggaji dan mengupah syarikat-syarikat pengiklanan dan promosi untuk menunjukkan kewujudan LTDL, tetapi sehingga setakat ini, publisiti dan promosi kecuali di Buletin Utama TV3 beberapa malam sudah yang menunjukkan penerimaan tajaan 'ikan bilis' untuk LTDL.


Sewajarnya LTDL yang pernah meletakkan Malaysia dalam peta sukan lumba basikal dan jelajah basikal dunia, dinaikkan martabatnya semula. Apatah lagi, LTDL merupakan antara yang ternama selepas Tour De France dan beberapa jelajah lain, yang bukan sahaja dapat menaikkan martabat sukan berbasikal, tetapi juga meningkatkan populariti pelancongan negara.

Mungkin dari satu segi, para skeptik akan melihat apa sangatlah sukan berbasikal di mana para pelumba Malaysia hanyalah menyertai untuk melengkapkan kuota. Namun dari banyak segi yang lain, LTDL mampu menjana pendapatan negara terutama sekali dari segi pelancongan memandangkan jelajahnya turut melibatkan banyak kawasan yang kurang diberikan perhatian pelancongan.

Cuma masalahnya, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan pandai bekerjasama atau tidak, atau menteri-menterinya sekadar pandai bercakap dan berstokin pink tetapi gagal melihat bulatan yang lebih besar selain daripada bulatan dalam kepala mereka?




No comments:

 
Blogger Templates