Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 4, 2018

PKR MULA LANGGAR KAWASAN PAS DAN PPBM SELEPAS MUHYIDDIN DIURA-URAKAN BERTANDING DI MUAR!!!



Semakin kuat desas-desus yang mengatakan, Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM merangkap penyandang jawatan Ahli Parlimen Pagoh akan berpindah ke Muar selepas Pagoh diisytiharkan kubu selamat untuk PPBM.

Parlimen Muar terdiri daripada satu Parlimen dan dua DUN. Parlimen Muar disandang oleh Razali Ibrahim dari BN yang hanya memperolehi majoriti 1,646 undi berbanding nama yang tidak dikenali ditampilkan oleh PKR pada PRU-13 lalu iaitu Nor Hizwan Ahmad.

Manakala DUN Maharani pula dikuasai oleh PAS yang meletakkan Muhammad Taslim yang berjaya mengalahkan calon BN, Datuk Zulkhairi Ahmad dengan majoriti 3,136 undi. Muhammad memperolehi 12, 731 undi berbanding Zulkhairi yang hanya memperolehi 9,595 undi. Muhammad adalah penyandang.



DUN Sungai Balang pula berjaya dimenangi oleh Zaiton Ismail yang memperolehi 9,716 undi berbanding calon PAS, Malik Mohamed Diah yang memperolehi 8,081 undi.

Bagaimanapun, berbanding Muhyiddin Yassin yang dilihat sebagai liabiliti terutama sekali membabitkan kes peribadinya dalam perceraian sepasang suami isteri sehingga Muhyiddin seperti hilang dari radar politik arus perdana dan lebih banyak dibayangi oleh Mahathir dan anaknya, Mukhriz, PKR sebenarnya mempunyai calon lain yang lebih sesuai untuk Parlimen Muar. Apatah lagi, pada PRU lalu, PKR terpaksa mengalah kepada PAS di Muar, dan akhirnya PKR tidak memperolehi satu pun kerusi sedangkan PAS memiliki kerusi DUN Maharani.



Umum mengetahui, hubungan antara PKR dengan PAS telah putus selepas PKR berkeras untuk bekerjasama dengan DAP dan PPBM serta PAN. Seperti di Selangor dan di Kedah, PKR segera mengambil kesempatan dengan membayangkan yang mereka akan bertanding bagi pihak Pakatan Harapan di tempat-tempat yang pernah ditandingi oleh PAS walaupun umum mengetahui PKR hanya bergantung kepada PAS sebelum ini.

Parlimen Muar juga bakal menyaksikan perkara yang sama.



Untuk Parlimen Muar, PKR sudah pun mempunyai calon mereka sendiri, bukannya Muhyiddin Yassin. Calon untuk PKR adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sekarang, Mohd Rashid Hasnon.

Mohd Rashid Hasnon adalah anak jati Muar. Pendidikan awalnya adalah di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi. Rashid menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Dia kemudiannya menerusi pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990.


Peluang untuk Mohd Rashid Hasnon dikatakan jauh lebih cerah di Parlimen Muar berbanding Muhyiddin Yassin apatah lagi Syed Saddiq Abdul Rahman yang diura-urakan lebih awal akan disandarkan PPBM di Parlimen Muar pada PRU kali ini.

Dan PKR juga tidak mahu melepaskan DUN Sungai Balang walaupun mereka pejam mata dengan DUN Maharani. Biarpun PAN juga mengintai peluang di Sungai Balang menerusi tuntutan Salehuddin Ayub, namun seperti yang diketahui, berbanding PKR, PAN tidak mempunyai calon dan nama mantap di Sungai Balang.



Justeru, PKR memulakan kempen secara agresif di Muar. Dua malam sudah bertempat di 33, Sungai Balang Besar, Muar, berlangsung program ceramah umum Pakatan Harapan 'MUAR KUNCI KE PUTRAJAYA'.

Program tersebut sebenarnya anjuran PPBM yang menampilkan Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai 'key person' tetapi perhatian kepadanya telah dirampas oleh Nurul Izzah, Teo Nie Chin, Salahuddin Ayub, Yatin Sarpan yang merupakan Ketua PKR Cabang Muar dan Naim Jusri yang merupakan Ketua AMK Cabang Muar selain juga merupakan Penyelaras DUN Sungai Balang serta Mohd Haslin Abdul Latif AJK PAN Kawasan Muar.

Mukhriz Mahathir yang sepatutnya turut hadir, tidak muncul-muncul dan akhirnya memberi alasan kononnya terpaksa menghadiri retreat PPBM di Bukit Merah Lake Town. 



Mungkin menyedari bahawa program tersebut dianjurkan oleh PPBM, menyebabkan jumlah kehadiran terlalu hambar. Dianggarkan lebih kurang 160 orang sahaja yang hadir walaupun barisan yang ditampilkan untuk menyampaikan ceramah adalah 'bintang-bintang' Pakatan. Tidak seperti ketika program yang diadakan semasa PRU-13 lepas iaitu semasa PAS masih berada bersama-sama Pakatan Harapan, jumlah penyertaan kaum Cina dalam majlis itu juga sangat daif.

Laungan 'REFORMASI' yang dibuat oleh Nurul Izzah sewaktu mengakhiri ucapannya, hanya disambut hambar oleh para hadirin. Manakala sebahagian hadiri pula dilihat meninggalkan majlis ketika Salahuddin Ayob sedang memberikan ucapan.

Sekaligus memberi isyarat jelas bahawa PPBM bakal dan sepatutnya diketepikan kerana menjadi antara faktor penyumbang utama mengapa kurangnya sambutan untuk PKR dan DAP. Kehambaran di Muar sebenarnya bukanlah kali pertama yang melibatkan PPBM bahkan di Taiping di mana Mahathir turut berkempen malam tadi pun, jumlah kehadiran terlalu menyedihkan walaupun jentera PPBM cuba menggambarkannya sebagai gah!


No comments:

 
Blogger Templates