Niatnya, hanyalah mahu menyelamatkan air muka para pemimpin kesayangannya yang tiba-tiba sahaja menjadi bungkam dengan kedatangan Raja 'DEWA NASIB' itu. Hiruk pikuk tentang RM2.6 bilion yang selama ini dijadikan bahan momokan dan penghinaan terhadap Najib Abdul Razak, terus sunyi sepi. Kalau ada pun yang berbunyi, hanyalah cengkerik-cengkerik seperti bekas pegawai TUDM, Zaidi yang kini menjadi pegawai khas Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Namun fitnahnya terhadap Angkatan Tentera Malaysia, khususnya terhadap Tentera Udara Diraja Malaysia, benar-benar melampau.
Perkataan 'Diraja' itu sendiri sudah cukup untuk menggambarkan bahawa angkatan tersebut berada di bawah naungan Raja-Raja Melayu.
Mungkin dia beranggapan, muatnaiknya itu hanyalah perkara 'gurauan'. Namun menghina angkatan tentera sendiri, merupakan satu kesalahan berat.
Justeru, difahamkan beberapa laporan polis telah dibuat oleh beberapa pihak di seluruh Malaysia.
Nampaknya, masih ada lagi yang tidak mengambil teladan daripada 'peristiwa-peristiwa silam' apabila membabitkan perkara seperti ini.
4 comments:
Boneka Arab Saudi di Yemen dihalau keluar oleh Houthi iaitu satu kumpulan yang serba kekurangan Dan miskin. Tapi Arab Saudi dengan bantuan AS, UK, Israel,dan semua negara2 Sunni yg kaya mengebom secara rambang ke atas Houthi tapi kumpulan ini masih bertahan. Jadi bolehlah dirumuskan Saudi itu adalah Negara kafir kerana mendapat bantuan golongan kafir. Tunjuk saja keimanan di depan tapi habuk pun tak ada pada hakikatnya.
kalau nak saman tu saman betul2.tunjuk kan bahawa kenyataan itu memang fitnah semata mata.
Houthi tu syiah
Kalangan keluarga AlSaud mencerminkan kerakusan Dan jati diri penganut mazhab wahabi yg amat rendah. Mazhab ini mungkin di ujudkan oleh Yahudi utk British memerintah Saudi menerusi keluarga yg bengis ini. Kebetulan Saudi diwakilkan untuk menghapuskan pihak2 yg bertentangan dgn Anglo Amerika.
Post a Comment