Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 26, 2018

GAGAL GUNA SARAWAK REPORT, SEKARANG MAHATHIR NAK JAHANAMKAN FELDA DENGAN KEMPEN BOIKOT MINYAK SAWIT PULA?!!!


14 orang delegasi Kedutaan Eropah telah bertemu dengan Dr. Mahathir.

Bagi para penyokong Mahathir, ia merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan, apatah lagi setelah Dr. Mahathir sekarang ini merupakan calon Perdana Menteri mewakili Pakatan Harapan. Dan seperti biasalah, apabila sokongan daripada Barat diterima, ia dianggap sebagai satu pengiktirafan yang sangat besar walaupun pada masa yang sama, 14 buah negara yang sama sedang melakukan kempen yang sangat agresif untuk menjatuhkan dan menjahanamkan lebih 300,000 orang peneroka FELDA di seluruh Malaysia.

Kempen boikot minyak sawit bukan baru berlaku. Sudah terlalu lama kempen boikot tersebut dilaksanakan di negara-negara Eropah. Minyak sawit diberikan pelbagai tanggapan buruk termasuklah kesan kepada kesihatan walaupun tiada sebarang bukti klinikal dan farmaseutikal yang mengiktiraf tohmahan berkenaan walaupun minyak sawit terbukti mengandungi carotenoids, phytosterols, Vitamin E dan Vitamin A yang sangat baik untuk jantung dan badan manusia. Sebaliknya, minyak soya yang diketahui memberi kesan buruk kepada buah pinggang dan hati manusia pula, dikempen sebagai minyak sayuran yang lebih berkhasiat.

Memandangkan faktor tentang masalah kesihatan tidak lagi relevan bagi membolehkan pemboikotan minyak sawit, alasan yang digunakan sekarang adalah alam sekitar. (RUJUK SINI) Boikot minyak sawit bererti, membantu menyelamatkan alam sekitar. Seolah-olah kacang soya, bunga matahari, jagung, kacang tanah, dan sebagainya yang diekstrak di Eropah, untuk dijadikan minyak masak, tidak memerlukan tanah dan kawasan lapang. Negara-negara Eropah tersebut cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menerangkan segala hutan-hutannya bagi memberi laluan kepada penananam kelapa sawit.

Malaysia terutama menerusi Menteri Luar, Anifah Aman menjalankan kempen secara aktif untuk memastikan kempen boikot oleh negara-negara Eropah tersebut ditarik kembali memandangkan ia akan memberi kesan besar khususnya kepada golongan pekebun kecil dan peserta FELDA.


Pada November 2017, Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan abang kepada Anifah Aman telah memanggil Duta-Duta Eropah ke Sabah untuk bercakap tentang kempen berkenaan. (RUJUK SINI)

Minggu lepas pula, wakil-wakil peneroka FELDA membuat tunjuk perasaan membantah kempen boikot minyak sawit oleh negara-negara Eropah.

Ternyata, aspirasi untuk menyelamatkan salah satu daripada pendapatan negara tidak disukai oleh sebilangan orang yang mahu mencari kuasa di negara ini. Sebaliknya, mereka menggunakan kesempatan itu untuk mencari sokongan bagi memberi tekanan, sepertimana yang mereka lakukan ketika menggunakan Sawarak Report dan Wall Street Journal bagi mewujudkan cerita-cerita bohong tentang 1MDB dan pentadbiran negara.

Ketika Wall Street Journal dan Sarawak Report semakin longlai serta pembohongan mereka semakin terbongkar, kini minyak sawit pula digunakan sebagai senjata.


Sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, tiada sebarang usaha untuk membantu para peserta, peneroka dan keluarga FELDA. Malahan FELDA pernah disarankan untuk diswastakan dengan para peserta, peneroka dan ahli keluarga mereka menjadi hamba tebusan syarikat kapitalis yang berjaya menguasai FELDA. Bagaimanapun, tentangan dari dalam UMNO sendiri, berjaya menyelamatkan FELDA daripada jatuh ke tangan kaum kapitalis walaupun Presiden UMNO pada waktu itu berusaha menjahanamkannya.

Sekarang, Presiden UMNO itu telah menjadi 'mantan'. Namun impiannya untuk menghamba-abdikan FELDA, serta tenaga kerja di dalamnya tidak pernah padam dan susut.

Apa sebenarnya dendam Mahathir kepada FELDA sehingga dia sampai hati untuk menjadikan FELDA sebagai medan hamba abdi yang boleh diperdagangkan?


No comments:

 
Blogger Templates