Kenyataan Mukhriz kononnya dia malu mengaku menjadi rakyat Malaysia sebaliknya mengaku sebagai rakyat Brunei konon-kononnya kerana malu sebenarnya menyerlahkan perangai hodoh dan BANGANGNYA sendiri! (RUJUK SINI)
Selama dua penggal, (sepenggal sebagai Ahli Parlimen dan sepenggal sebagai ADUN), kawasan Air Hitam dan Jerlun yang diwakilinya langsung tidak mengalami sebarang perubahan yang signifikan. Malahan tiga tahun dia menjadi Menteri Besar Kedah, Kedah bukan sahaja hilang sebahagian besar pendapatan, malahan rezab negeri juga kontang sekontang-kontangnya.
Memang memalukan bagi sesiapa sahaja yang berasal dari Kedah kerana memiliki seorang Menteri Besar sebodoh Mukhriz Mahathir yang hanya tahu melaram, berlagak dan berfoya-foya tanpa peduli kebajikan serta keperluan rakyat. Mukhriz sepanjang tiga tahun menjadi Menteri Besar hanya pandai berlakon tanpa tahu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi, termasuklah menjanjikan sesuatu yang tidak masuk akal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang kemudian disalahkan Kerajaan Pusat kerana 'tidak memberikan perutukan' walaupun sebenarnya kuasa Kerajaan Negeri adalah tanah, lokasi di mana lapangan terbang tersebut perlu wujud.
Apa yang boleh dibanggakan dengan Mukhriz selaku ADUN Air Hitam?
Langsung tidak ada!
Mukhriz dan seluruh keluarganya telah memalukan rakyat Malaysia semenjak dari tahun 90-an lagi apabila cerita tentang penyelewengan serta salahguna kuasa yang menyaksikan harta kekayaan negara hanya berkisar di dalam keluarga mereka sahaja, berbanding masalah yang disebutnya.
Masalah yang cuba dibesar-besarkan oleh Mukhriz dan puaknya, sedang diselesaikan, malahan semakin hari, semakin jelas Bandar Malaysia dan TRX walaupun usaha-usaha sabotaj dijalankan termasuklah menghalang IPO 1MDB daripada diterbitkan.
Sedangkan Mukhriz dan ahli keluarganya pula terus memekak apabila harta kekayaan negara yang mereka perolehi menerusi jalan pengecoh, cuba disekat oleh entiti yang mereka katakan sebagai masalah itu.
Maka tidak hairanlah orang seperti Mukhriz yang tidak ada maruah dan harga diri, kaya dengan hasil negara, kemudiannya cuba berlagak konon-kononnya malu dengan keadaan negara ini, walaupun sebahagian besar daripada masalah negara ini adalah berpunca daripada dia dan keluarganya.
Berapa lama lagi agaknya Mukhriz boleh bertahan dengan rasa malunya itu terutama apabila kontrak dan keistimewaan besarnya terdedah sedikit demi sedikit?
Malu lagi?
Sepatutnya Mukhriz patut lebih malu tentang dirinya berbanding negara!
No comments:
Post a Comment