Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 15, 2018

MUKHRIZ TERDESAK APABILA MENYERTAI PEMIMPIN DAP MENCERCA IBADAH UMRAH NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Isu perjuangan anti-rasuah dan melabelkan pemimpin-pemimpin utama kerajaan sebagai pengamal rasuah serta penyalahguna kuasa, bukanlah isu baru. Ia bukanlah isu yang baru timbul pada zaman Najib Abdul Razak. Malahan ia jauh lebih hebat pada zaman Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan pelbagai pendedahan terutama sekali membabitkan anak-anaknya termasuklah Mukhriz Mahathir.

Malahan Mukhriz Mahathir sendiri meninggalkan banyak isu di Kedah selepas dia digulingkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

MBI sebagai contoh, 'kehilangan' banyak wang walaupun pada zaman Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah era PAS, meninggalkan sejumlah wang tunai yang cukup besar di dalam syarikat berkenan. Rezab tunai Kerajaan Negeri Kedah juga mengalami penyusutan ketara pada tiga tahun Mukhriz memegang jawatan Menteri Besar Kedah. Selain itu beberapa isu termasuklah pembalakan di Bukit Enggang turut mewarnai pentadbiran Mukhriz sekaligus mutu pentadbiran serta indeks rasuah dan salahguna kuasa pada zamannya turut dipertikaikan.

Sampai ke hari ini, Mukhriz Mahathir terus mendiamkan diri berhubung ratusan syarikat yang berada di bawah tangannya. Malah cerita tentang syarikatnya yang memperolehi tender dan pembekalan cara mudah menggunakan kuasa bapanya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri menerusi tunjuk terus beberapa minggu sebelum bapanya meletakkan jawatan.

Mukhriz menyertai gerombolan pemimpin biadap DAP mencerca ibadah ziarah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak dan keluarganya di Makkah dan Madinah. Pada ketika pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming melabelkan ibadah ziarah Najib sekeluarga sebagai 'bercuti ke Makkah menggunakan wang rakyat',  Mukhriz muncul dengan ulasan yang lebih canggih.

Dalam laporan Malaysian Insight, Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata, Najib berpura-pura warak dan melakukan ibadah untuk tujuan politik, sedangkan pada masa yang sama, melakukan rasuah tahap mega. (RUJUK SINI)


Sebagai seorang Islam, Mukhriz sepatutnya tidak mempertikaikan ibadah sesiapa pun, walaupun musuh politiknya kecuali menunjukkan dia sudah terlalu terdesak untuk menang bersabung.

Soal sama ada ibadah Najib diterima atau tidak, itu bukanlah urusan manusia. Apatah lagi oleh orang-orang seperti Mukhriz Mahathir atau mana-mana anak dan keluarga Mahathir yang kaya raya dengan wang, keringat serta susah payah rakyat Malaysia. Ini kerana pada ketika anak-anak Mahathir bermegah dengan perolehan kontrak bernilai ratusan juta daripada kerajaan menerusi campurtangan bapa mereka, rakyat Malaysisa terpaksa berkorban dengan nilai matawang yang jatuh teruk dan rezab negara yang hampir kering pada penghujung 1990-an.

Tidak selayaknya orang seperti Mukhriz yang diketahui hidup mewah hasil daripada campurtangan bapanya, bercakap soal rasuah. Seharusnya dia selesaikan dahulu isu Opcom yang baru-baru ini dilaporkan dia telah menjual sebahagian sahamnya sekaligus memberikan pulangan yang sangat lumayan kepadanya tanpa menjejaskan pegangannya ke atas syarikat monopoli itu.


No comments:

 
Blogger Templates