Dan itulah yang berlaku!
Para penyokong Pakatan khususnya PKR sentiasa bercakap besar kononnya Kerajaan Negeri Selangor sahaja yang memberikan AIR PERCUMA kepada rakyat. Bagi yang kurang membaca, kurang mengkaji dan hanya tahu mendengar cerita di kedai kopi, keabsahan cerita tersebut tidak pernah dipertikaikan.
Hakikatnya, AIR PERCUMA yang dibangga-banggakan itu adalah AIR PERCUMA KERAJAAN PERSEKUTUAN!!!
Ini adalah kerana Kerajaan Pusat telah melaburkan sejumlah RM22.3 bilion kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah air yang sekian lama menjadi masalah kepada penduduk Lembah Kelang. Namun apa yang Azmin Ali buat?
Azmin Ali lebih mementingkan populariti dan penipuan! Dia melengah-lengahkan pembinaan loji baru dan pembelian SPLASH selain menggunakan wang tersebut sebanyak RM14 juta setiap tahun untuk memenuhi janji populis 'AIR PERCUMA'nya.
Selangor telah dibangunkan dari zaman Barisan Nasional sebagai salah satu nadi ekonomi negara selain Pulau Pinang. Di Selangorlah, Kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan pelbagai kemajuan dan kecanggihan sistem termasuklah yang terbaru, MRT bagi memastikan ekonomi terus dipacu dan taraf hidup rakyat berkembang. Dari Selangor, barulah negeri-negeri lain mendapat tempias.
Itulah kesilapan besar Barisan Nasional ketika berkuasa di Selangor dahulu. Penumpukan sepenuhnya kemajuan di Selangor dan Pulau Pinang akhirnya mengenepikan negeri-negeri lain, terutama sekali Sabah dan Sarawak. Dan sekarang, Pakatan mendabik dada kononnya merekalah yang memajukan Selangor dan Pulau Pinang walaupun hakikatnya, sebelum mereka mengambilalih pentadbiran, Selangor dan Pulau Pinang jauh lebih maju berbanding di tangan mereka.
Kembali semula kepada penstrukturan air, Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional telah menyerahkan RM14 bilion untuk skim penstrukturan semua industri bekalan air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).
Sama seperti dalam beberapa kes, Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali cukup hebat dan bijak dalam mencuri dan merompak wang rakyat. Sepertimana pentadbirannya menghilangkan peruntukan MARRIS bahkan menggunakan peruntukan tersebut untuk menyelenggara pangsapuri kos rendah di Selangor.
Kerajaan Selangor menerima RM416,971,395 pada 2012, RM498,033,994 (2013), RM523,486,773 (2014),RM468,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan RM546,591,098 (2017) untuk MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalanraya Malaysia. Pertanyaan di DUN Selangor tentang peruntukan MARRIS yang telah disalahguna dan tidak diisytiharkan, tidak pernah dijawab oleh Azmin Ali sehingga ke hari ini kecuali membuat penafian kosong semata-mata. (RUJUK SINI)
Sepatutnya pelaburan RM14 bilion yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat akan membolehkan rakyat Selangor menikmati 99% akses kepada bekalan air bersih dengan kadar tarif domestik yang rendah iaitu hanya 57 sen bagi 20 meteri padu pertama atau kira-kira RM11.
Peruntukan telah diberi untuk mengambilalih semua aset air namun apa yang berlaku ialah, Azmin Ali sendiri menaikkan harga dan kos pengambilalihan selepas berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim kepada angka 10 kali ganda lebih besar daripada yang ditetapkan oleh Khalid Ibrahim dan dipersetujui oleh SPAN.
Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali ialah cuba untuk melengah-lengahkan pembayaran tersebut dengan mengorbankan lebih setengah juta pengguna air di Lembah Kelang. Ketiadaan bekalan air, perkhidmatan air yang teruk, dan alasan-alasan seperti kos penggantian batang paip, akan dijadikan alasan mengapa hutang tidak boleh dibayar. Akhirnya RM14 bilion akan hilang di bawah karpet Azmin Ali!
Bijak tak?
Sebenarnya masalah gangguan bekalan air membabitkan 427 kawasan di Selangor serta Lembah Kelang akhirnya membuka kepada persoalan tentang sejauh mana keberkesanan dan kemampuan pengurusan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali apabila kerosakan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) sebenarnya sudah berlarutan semenjak Disember 2016.
Amat mustahil Kerajaan Negeri tidak mengetahui masalah tersebut. Ke mana wang peruntukan Kerajaan Pusat untuk perkhidmatan air? Kenapa loji-loji pam air bersih di SSP3 yang menjadi antara nadi utama penduduk Lembah Kelang dan Selangor tidak diperbaiki segera, sebaliknya pembaikan tersebut hanya diberikan kepada kontraktor pada Januari lalu? Apa permainan Azmin Ali? Atau selepas sembang besar tentang rezab tunai Selangor yang sangat hebat itu, akhirnya masalah air menunjukkan sebenarnya perbendaharaan Selangor telah kering kontang dikerjakan Azmin dan suku-sakatnya?
2 comments:
Pengundi selangor rasa nikmat kot dgn masalah bekalan air, tu yg buat depa masih sayang kat Azmin
bulletin dedak memang tepat terkini dan ......
Post a Comment